
Siapa sahaja yang tidak suka jualan ekspo, lebih-lebih lagi yang menjual produk kecantikan dan penjagaan kulit dengan harga ‘tak masuk akal’.
Jangankan perempuan, lelaki pun aka tergugat jika melihat jualan ekspo kerana rata-rata barangan seperti syampu, deodorant dan minyak rambut dijualdengan harga yang sangat murah.
Bertempat di Sungei Wang Plaza Bukit Bintang, Guardian telah pun mengadakan jualan penghabisan stok serendah RM2 sehingga 10 Julai nanti dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Antara produk yang dijual dengan harga diskaun adalah sabun mandian badan, facial mask, syampu, skincare dan banyak lagi.










Jadi, bagi sesiapa yang sedang mencari barangan penjagaan diri, inilah masanya untuk korang dapatkan dengan harga terbaik!
Sumber: Rizal Hakimm
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah Boleh Solat Jumaat Selepas 7 Minggu Tertinggal? Nasihat & Pandangan KKM Dijadikan Rujukan Oleh Menteri Agama

Selepas tujuh minggu tidak berpeluang menunaikan solat fardu Jumaat, hari ini Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam mesyuarat pagi tadi, 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441H, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Garis panduan ini disediakan bagi penelitian para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik MKI sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sebagaimana amalan kebiasaan, resolusi muzakarah ini akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri. Hal ini jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja.
“Buat masa ini, saya menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu UiTM Di Hatiku ‘Mendunia’, Graduan Luar Negara Siap Jadikan Muzik Latar!

Beberapa klip video dimuat naik graduan dari negara barat mencuri tumpuan rakyat Malaysia gara-gara menggunakan lagu rasmi UiTM ketika merakam momen graduasi mereka.
Dua hantaran video telah menjadi sorotan warganet Malaysia kerana lagu kebanggaan universiti itu iaitu ‘UiTM di Hatiku’ digunakan masyarakat di luar negara.
Menerusi akaun @whiteboy_612, dia dilihat menggunakan lagu UiTM sebagai latar videonya sekali gus dihujani komen lucu daripada netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah Menjadi Graduan Ke Sejuta UITM, Gadis Ini Bersyukur Dapat Tajaan Belajar Dari Naib Canselor!

Majoriti warganet berseloroh bertanya individu tersebut graduan dari UiTM mana.
Menjengah ke akaun @d0ublechin2.0 pula, ruangan komentar gadis mat saleh itu juga dibanjiri komen-komen selepas menggunakan lagu berkenaan.
“Akak belajar dekat UiTM Jengka ke,” antara komen yang ditinggalkan.

“UITM going international! Hahaha,” komen pula pengguna lain.
Pastinya menambah rasa bangga dalam kalangan bekas graduan universiti itu apabila lagu tersebut mendunia dan digunakan graduan dari universiti luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet MMA, Victoria Lee Meninggal Dunia Pada Usia 18 Tahun

Ajal tidak mengenal usia…
Begitulah apa yang menimpa seorang atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada usia 18 tahun pada 26 Disember lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Atlet Remaja Perempuan Malaysia Ini Dinobat Terhebat Sukan MMA Di Asia
Mengikut laporan CNA, hal ini disahkan sendiri oleh kakak kepada atlet ini menerusi laman Instagram dan mengatakan ia perkhabaran yang sukar buat keluarganya untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

“Pada 26 Disember 2022, keluarga kami mengalami sesuatu yang tidak perlu dilalui oleh keluarga.
“Amat sukar mengatakan ini, Victoria kami telah meninggal dunia. Dia pergi terlalu cepat dan keluarga kami benar-benar hancur sejak itu, kami merinduinya.”
Kematian Victoria Lee di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe, Jumaat lalu namun punca kematiannya tidak diberitahu kepada umum.

Info berkaitan Victoria Lee,
1. Victoria Lee dilahirkan di Hawaii, Victoria Lee mewakili dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.
2. Victoria dilantik sebagai penolong tenaga pengajar di Evolve MMA, rangkaian gim seni bela diri di Singapura.
3. Menurut South China Morning Post, dia dijadualkan bertanding dalam perlawanan MMA Profesional keempatnya menentang Zeba Bano di India pada 14 Januari di Bangkok.
4. Dia turut diberi gelaran ‘The Prodigy’ dan merupakan adik kepada ONE juara lightweight dan welterweight Christian Lee.
5. Difahamkan, Victoria Lee membuat penampilan pertama MMA profesionalnya pada Februari 2021, mengalahkan pemain Thailand Sunisa Srisen.
Tentu sekali hal ini merupakan kehilangan besar buat dunia MMA. Takziah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Victoria Lee.
BACA LAGI : 5 Atlet Muslim MMA Bakal Teruskan Legasi Kejuaraan ‘The Eagle’, Antaranya Sepupu Dan Rakan Khabib
Sumber: CNA, South China Morning Post
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

