Begitulah apa yang menimpa seorang atlet sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada usia 18 tahun pada 26 Disember lalu.
Mengikut laporan CNA, hal ini disahkan sendiri oleh kakak kepada atlet ini menerusi laman Instagram dan mengatakan ia perkhabaran yang sukar buat keluarganya untuk memaklumkan mengenai perkara itu.
Kredit foto: CNA
“Pada 26 Disember 2022, keluarga kami mengalami sesuatu yang tidak perlu dilalui oleh keluarga.
“Amat sukar mengatakan ini, Victoria kami telah meninggal dunia. Dia pergi terlalu cepat dan keluarga kami benar-benar hancur sejak itu, kami merinduinya.”
Ads
Kematian Victoria Lee di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe, Jumaat lalu namun punca kematiannya tidak diberitahu kepada umum.
Kredit foto: CNA
Info berkaitan Victoria Lee,
1. Victoria Lee dilahirkan di Hawaii, Victoria Lee mewakili dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.
2. Victoria dilantik sebagai penolong tenaga pengajar di Evolve MMA, rangkaian gim seni bela diri di Singapura.
Ads
3. Menurut South China Morning Post, dia dijadualkan bertanding dalam perlawanan MMA Profesional keempatnya menentang Zeba Bano di India pada 14 Januari di Bangkok.
4. Dia turut diberi gelaran ‘The Prodigy’ dan merupakan adik kepada ONE juara lightweight dan welterweight Christian Lee.
5. Difahamkan, Victoria Lee membuat penampilan pertama MMA profesionalnya pada Februari 2021, mengalahkan pemain Thailand Sunisa Srisen.
Ads
Tentu sekali hal ini merupakan kehilangan besar buat dunia MMA. Takziah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Victoria Lee.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah pun diumumkan semalam dan apa yang menarik perhatian media adalah apabila anak seorang pemandu lori sampah telah dianugerahkan Pelajar Terbaik STPM 2019 bagi kategori bawah 40 (B40).
Nuraini Jalaluddin merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak mempunyai keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 5A.
Kredit foto: Harian Metro
Gadis yang berusia 20 tahun ini menjelaskan bahawa dengan mempunyai pelajaran sahaja dapat mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik.
“Ayah saya telah memandu trak sampah selama 33 tahun dan akan bersara bulan depan, saya harap dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tidak kiralah sama ada kita hidup dalam serba kekurangan atau pun tidak, paling penting adalah usaha dan semangat untuk berjaya dalam bidang akademik.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Nuraini Jalaluddin. Semoga kamu lebih cemerlang dalam meneruskan peringkat akademik yang lebih tinggi.
Ditempatkan di Sekolah Henry Gurney tidak mematahkan semangat pelajar dan calon SPM 2021 untuk terus bangkit menjadi seorang individu yang lebih baik.
Pelajar-pelajar Sekolah Henry Gurney Melaka membuktikan bahawa dirinya mampu menerima keputusan cemerlang dalam SPM walaupun pernah dipandang rendah oleh masyarakat.
Menerusi laman Facebook milik Sekolah Henry Gurney Melaka, mereka turut tidak melepaskan peluang meraikan 11 pelajar yang mencapai kejayaan dan mencatat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini menerusi Majlis Penyampaian Slip SPM 2021.
Foto Via Facebook
Difahamkan, dua dari pelajar mereka telah berjaya mendapatkan keputusan 7A dalam peperiksaan tersebut, ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.
“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.
“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka,” tulisnya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.
Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jujurnya, berita penutupan salah sebuah kilang utama syarikat kenderaan terkemuka Jepun, HONDA di Sayama, Wilayah Saitama pada penghujung tahun lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Ini kerana sebelum ini, Honda pernah mengumumkan syarikat itu akan beralih kepada penghasilan kenderaan jenis elektrik menjelang 2040 dan peralihan ini tentunya melibatkan banyak penstrukturan semula.
Menurut laporan Nikkei, sebuah acara penutupan ringkas telahpun berlangsung di fasiliti tersebut pada 27 Disember 2021 sebagai tanda pengakhiran operasi pemasangan di kilang bersejarah itu.
Dalam pada itu, kilang tersebut masih meneruskan operasi memasang dan penghasilan alat ganti bagi model Honda Civic, Honda Accord, Honda Step WGN dan Honda Odyssey sahaja sebelum ia ditutup sepenuhnya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.
Setelah itu, operasi kilang ini akan dipindahkan ke fasiliti Yorii yang juga terletak di Saitama, Jepun dalam usaha mengurangkan kos tetap dan meningkatkan kadar operasi semasa.
Jika dibandingkan dengan jenama automotif rakan senegara iaitu Toyota Motor, mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan kapasiti produksi di Jepun yang dimaklumkan boleh melebihi lebih 3 juta unit setahun. Begitu juga dengan produksi sebuah lagi jenama terkenal Jepun, Nissan Motor yang menghasilkan kira-kira 1.34 juta unit setahun.
Mengapa agaknya Honda pula yang mengecilkan skala penghasilan unit mereka?
Salah satu faktor di sebalik pembuatan berskala kecil Honda di Jepun adalah kerana produk Honda dalam pasaran Jepun sebenarnya membentuk peratusan kecil daripada jumlah jualan global jika dibandingkan dengan pesaingnya iaitu Toyota Motor dan Nissan Motor.
Jadi, perubahan ini boleh dianggap sebagai satu strategi Honda untuk bersaing dan mengekalkan momentum mereka di pasaran tempatan Jepun dan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!