Baru-baru ini, seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an telah ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas dipercayai terlibat dalam kes penipuan membabitkan tiket konsert kumpulan wanita popular BLACKPINK.
Menurut laporan media tempatan Korea Selatan, Balai Polis Dongjak, Seoul telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa suspek yang dikenali sebagai Encik A telah diberkas pada 17 Jun lalu sekitar jam 9.20 malam di sebuah kafe di daerah Dongjak-gu.
Tindakan itu diambil selepas pihak polis melakukan intipan berikutan laporan penjualan tiket palsu.
Ads
Dalam pada itu, Encik A juga difahamkan telah cuba menjual tiket palsu konsert BLACKPINK kepada seorang pembeli yang mencurigai kesahihan tiket tersebut. Namun, pemeriksaan segera di lokasi kejadian menemui pelbagai bukti pemalsuan termasuk kesalahan ejaan dan cetakan yang tidak seragam.
Selain itu, mengikut hasil semakan lanjut bersama platform rasmi penjualan tiket, pihak polis mengesahkan bahawa tiket yang dibawa oleh suspek adalah tidak sah. Siasatan awal turut mendedahkan bahawa Encik A telah berjaya menjual kira-kira 500 keping tiket palsu melalui laman jual beli barangan terpakai.
Pada masa yang sama, anggaran keuntungan diperoleh Encik A daripada hasil penipuan tersebut dilaporkan mencecah 80 juta Won Korea, bersamaan lebih kurang RM270,000. Modus operandi suspek dipercayai menyasarkan peminat yang sanggup membayar harga premium demi mendapatkan tiket eksklusif ke konsert idola mereka.
Ads
Sementara itu, pihak berkuasa kini sedang memperluas siasatan bagi mengesan jika terdapat individu lain yang terlibat dalam sindiket tersebut serta kemungkinan wujudnya jaringan pemalsuan tiket di platform jualan lain.
Ads
Intihanya, kes ini juga sekaligus membuka mata masyarakat mengenai pentingnya pembelian tiket menerusi saluran yang sah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, terutamanya dalam dunia hiburan yang semakin terdedah kepada eksploitasi digital.
Dalam pada itu, BLACKPINK dijangka bakal membuat kemunculan semula dengan projek baharu selepas kejayaan album dan jelajah dunia sebelum ini. Kehadiran semula mereka yang dinanti ramai sudah tentu bakal mencetuskan fenomena global sekaligus menjadikan permintaan terhadap tiket konsert mereka sebagai antara yang paling tinggi di dunia hiburan masa kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian tentunya jatuh nampak pada jumlah undian peminat.
Tahun 2020 nampaknya menjadi milik penyanyi ‘Adlina Marie’, Haqiem Rusli apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk edisi kali ini.
Anugerah itu diterima Haqiem daripada Dato’ Rosyam Nor setelah dia membawa pulang kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular, terlebih dahulu malam ini.
Dengan undian sebanyak 22,332,676, Haqiem menzahirnya rasa syukur kepada Allah SWT di atas rezeki ini.
“Allahuakbar. Terima kasih kepada famili saya. Mak abah yang sedang tengok (di rumah). Qiem harap mak abah berbangga dengan Qiem.
“Terima kasih kepada TV3, Berita Harian, FMC dan Qiemillio (kelab peminat) yang terus mengundi Haqiem. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya. Assalamualaikum.
Dengan kemenangan ini, Haqiem menerima sebuah kereta model Nissan Leaf dan sebuah trofi.
Kehadiran tahun 2020 tak lama lagi membawa banyak maksud kepada Malaysia, terutamanya kepada arena sukan negara. Para atlet remaja dijangka bertarung mati-matian dalam beberapa kejohanan dunia yang bakal dianjurkan.
Antaranya termasuklah Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijangka akan berlangsung bermula 24 Julai. Kebanyakan persatuan sukan tempatan sedang sibuk mempersiapkan anak buah masing-masing untuk kelayakan ke Sukan Olimpik dan Persatuan Taekwondo Malaysia tak ketinggalan.
Bercakap dengan REMAJA sempena isu ‘I Am #RemajaMalaysia’ pada keluaran Julai – September 2019 ini ialah salah seorang atlet harapan Taekwondo negara iaitu Sara Yap Khim Wen.
Atlet berusia 25 tahun itu masih diingati sebagai penyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia 2018 di Indonesia dan kini, dia juga sedang mempersiapkan diri.
Foto : Nurul Niza
Atlet taekwondo negara, Sara Yap, memasang misi untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan selepas membawa khabar gembira dalam Kejohanan Kesatuan Taekwondo Asia, baru-baru ini.
Sara pulang daripada kejohanan di Filipina itu dengan kilauan pingat emas kategori berpasangan campuran.
Penglibatannya dalam kejohanan itu sedikit-sebanyak memberikan bayangan tentang cabaran yang akan dihadapinya dalam Sukan SEA.
“Sebelum Sukan Olimpik 2020, saya akan menyertai Sukan SEA di Filipina terlebih dahulu pada November ini. Kemenangan saya dan Yong Jin Kun (pasangan beregy) di Kejohanan Taekwondo Asia (pingat emas) baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan semangat.
Penata Gaya : FZ Aimman Baju T : Pestle & Mortar
“Bangga itu ada tapi kami tak boleh mendabik dada kerana atlet tuan rumah dan atlet negara lain pasti menjadikan kami sebagai sasaran yang perlu ditumpaskan,” katanya yang menyarungkan baju-T Pestle & Mortar pada sesi penggambaran.
*
Walaupun Sara merupakan atlet Taekwondo, namun dia bertanding dalam kategori Poomsae iaitu displin persembahan, bukannya displin tempur. Melalui kategori itu jugalah, dia memenangi pingat pertama negara pada tahun lalu di Sukan Asia 2018.
“Pingat gangsa itu amat bermakna bagi saya dan persatuan kerana Poomsae ialah displin yang baru diperkenalkan di Malaysia. Kali terakhir atlet Taekwondo memenangi pingat di peringkat Sukan Asia adalah pada tahun 2002 di Korea Selatan. Jadi ini adalah satu pemberi semangat kepada kami semua,” katanya yang tak lokek dengan senyuman.
*
Bercakap mengenai sumbangan atlet wanita pada Malaysia, Sara merasa tak seharusnya ada perbezaan di antara atlet lelaki dan wanita pada zaman ini.
Solekan & Dandanan : Dinie Awalluddin
“Atlet perempuan sudah membuktikan mereka juga boleh bersaing di peringkat antarabangsa dan menjuarai banyak kejohanan. Contoh terbaik pada saya ialah Datuk Nicol Ann David yang meneruskan momentum untuk bertahun-tahun lamanya.
“Beliau adalah salah seorang role model bagi kami semua, tak kiralah untuk atlet lelaki atau wanita.”
REMAJA ucapkan all the best kepada salah seorang personaliti I AM #RemajaMalaysia kali ini iaitu Sara Yap!
Dia merupakan seorang yang kental fizikal, mental dan jiwa ketika melangkah masuk ke gelanggang.
Majalah Remaja isu Julai – September 2019
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas sekarang sangat menguji kita. Lebih-lebih lagi bila perlu berada di luar seharian. Rasa angin bahang membuatkan tekak sering haus dan kalau boleh memang kita tercari-cari air yang boleh melegakan tekak kering.
Untuk memuaskan hati korang, kami ingin berkongsi satu resipi mudah yang confirm dapat menyegarkan badan selepas seharian berpanas di luar.
Resipi air honey lemon asam boi ini dikongsi oleh @khairulaming dan cara penyediaannya juga sangat murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Korang boleh buat sendiri dirumah sebab jauh lebih jimat kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual di luar.
So guys, bolehlah ambil resipi ini dan cuba sendiri di rumah. Good luck!
Bahan-bahan:
– 1.5 sudu madu
– 1 biji lemon
– Daun pudina
– Ais
– Air mineral
– Asam boi
Cara membuat:
1. Masukkan satu setengah sudu madu
2. Kemudian, perahkan satu biji lemon
3. Selepas itu, masukkan daun pudina dan hancurkan sedikit daun tersebut dengan menggunakan sudu
4. Masukkan ais
5. Seterusnya, tuangkan air mineral
6. Akhir sekali, masukkan lemon dan asam boi, kemudian kacau sehingga larut
Mudah je kan? Rasanya tak sampai 10 minit pun dah siap. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!