Hati memang teringin nak menyiapkan pencuci mulut ataupun dessert yang sedap untuk keluarga sendiri. Tapi tak reti weh!

 

Nak guna oven jarang sekali. Nak gunakan equipment lain di dalam dapur memang tak lahh, nanti emak mengamuk.

So, REMAJA dan Cadbury Malaysia nak kongsikan 2 resepi mudah (dan gerenti licin) agar korang boleh cuba tanpa menggunakan peralatan yang terlalu complicated. Tak perlu bakar pun.

Apa yang korang perlukan hanyalah bahan utamanya iaitu biskut OREO dan coklat CADBURY,

 

01

Kek Batik Ultimate Dengan OREO & Cadbury

Jom Cuba 2 Resepi Dessert Gunakan OREO & Coklat Cadbury, Tak Leceh Nak Buat

IKLAN

Bahan-bahan

  • 150g Golden OREO cookies, patahkan kepada 4
  • 100g CADBURY Dairy Milk Chocolate Neaps
  • 30g Serbuk koko
  • 50g Mentega tanpa garam
  • 100g Susu Pekat
  • 50g Gula Kastor
  • 2 Biji telur

Untuk hiasan

  • Biskut OREO original, patahkan kepada 4
  • Biskut OREO golden, patahkan kepada 4

Cara Penyediaan

  1. Cairkan CADBURY DAILY MILK Chocolate Neaps, serbuk koko, mentega, susu pekat dan gula di dalam periuk kecil dengan api sederhana perlahan.
  2. Gaulkan campuran coklat berterusan sehingga cair sempurna dan sekata. Alihkan daripada api.
  3. Kacau masuk telur dan pukul sehingga sekata.
  4. Campurkan biskut OREO golden dan kacau sehingga semua disalut sempurna.
  5. Mampatkan campuran ke dalam tin kek dan taburkan bahan-bahan hiasan.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit atau semalaman.
  7. Apabila sudah sedia, potong dan hidangkan.

 

*Serius sedap!*

IKLAN

Jika korang inginkan dessert yang sejuk dan melegakan tekak semasa bulan Ramadan ini, resepi kedua ini amat mudah untuk dibuat dan slurpp sedap.

 

02

Puding Krim Tanpa Bakar OREO

Jom Cuba 2 Resepi Dessert Gunakan OREO & Coklat Cadbury, Tak Leceh Nak Buat

Bahan-Bahan

IKLAN
  • 20g Agar-agar bertali
  • 1200ml Air
  • 20g Gula batu
  • 390ml Susu sejat
  • 250g Susu pekat manis
  • 280g Biskut OREA original
  • 1sb Madu

Cara Penyediaan

  1. Rendamkan agar-agar di dalam air selama 30 minit.
  2. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Kacay sehingga larut.
  3. Masukkan gula batu, tuangkan susu sejat, susu pekat manis dan madu. Gaul sekata.
  4. Tuangkan campuran itu ke dalam acuan. Susun biskut OREA original ke dalam campuran secara rawak.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk dingin sehingga pejal.

*

Untuk mengetahui resepi dessert menggunakan biskut OREO dan coklat CADBURY yang lain, korang boleh melayari akaun YouTube Cadbury Dairy Milk Malaysia

Bagi yang prefer untuk menyediakan lasagna semasa berbuka puasa, korang boleh cuba resepi di bawah juga.

Resipi Lasagna Guna Roti, Kos Lebih Murah & Hasilnya Memang Sedap

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI