Semalam, atlet berdarah campuran Malaysia – Australia, Russel Alexander Nasir Taib dinobatkan sebagai atlet pecut 200m terbaru kebangsaan apabila mencatat masa 20.77 s sewaktu meraih pingat perak di Trek Klasik Queenland di Australia sekaligus memadamkan rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Khairul Hafiz atau mendapat gelaran The Speedy Jantan dua tahun lalu.
Peminat olahraga pasti masih mengingati momen paling indah dalam hidup Khairul Hafiz apabila anak muda dari Melaka ini berjaya mencatat 20.90s sekaligus berjaya memadamkan rekod 200m 49 tahun yang dipegang oleh Tan Sri Dr. M Jegathesan ketika melakukannya di Sukan Olimpik, Mexico dengan catatan masa 20.92s pada tahun 1968.
Khairul Hafiz a.ka. The Speedy Jantan berjaya meleburkan rekod 49 tahun milik Tan Sri M Jagathesan yang dibuat pada Sukan Olimpik 1968
Biar pelbagai gelaran diberi kepadanya termasuk The Flying Youth, namun Khairul Hafiz kekal menggunakan gelaran The Speedy Jantan dan terus mencatat pelbagai kemenangan.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim mengesahkan rekod tersebut sambil mendedahkan Russel Alexander bakal menerima insentif RM1,000 kerana mencipta rekod baharu kebangsaan. Sebelum ini Russel pernah mencuba tetapi tidak berjaya termasuk pernah melakukan catatan 20.94 s sebelum memecahkannya semalam.
Atlet ini berdarah campuran Malaysia – Australia dan sejak kecil minat dalam sukan olahraga
Siapa Russel?
Dalam fb rasminya atas nama Russel Alexander Nasir Taib, atlet pecut ini mencatatkan pada usianya 3 tahun, dia dan keluarganya berpindah ke Hobart, Tasmania. Sejak kecil minatnya terarah dalam bidang sukan termasuk bermain bola sepak, ragbi dan sukan lain.
Pada usianya 12 tahun, dia menyedari minatnya dalam olahraga khususnya acara pecut. Selepas memenangi gelaran Australian Junior Nasional U14 bagi acara 100 meter pecut, Russel akui dia berpotensi pergi jauh dalam bidang sukan dan berusaha keras demi mencapai impian tersebut dengan usaha dan kerja keras.
KIta doakan kejayaan milik anak muda berbakat iniBerusaha keras dan akhirnya berjaya memadamkan rekod kebangsaan 200m dipegang The Speedy Jantan
Pernah menang 8 kali emas bagi acara 100 m, 200 m, 400 m termasuk 4×100 m berpasukan pada tahun 2015 antara kejayaan dicatatnya ketika remaja.
Jelas Russel, dia pernah mencatatkan masa 45.57 ketika menyertai kejohanan The Australian Junior National Championships bagi kategori 400m dan memandangkan dia bukan warganegara Australia, Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim menawarkannya mewakili Malaysia.
Tq Datuk kerana nampak potensi Russel.
Sebagai atlet pelari pecut, ada masa turun dan naiknya namun katanya dia bersemangat untuk lebih berjaya di masa depan.
Russel bersama sebahagian atlet yang mewakili negara dalam kejohanan sukan di Trek Klasik Queenland di Australia. Gambar fb milik RusselRussel akui impiannya adalah ke Sukan Olimpik. Gambar dari fb miliknya
Terinspirasi dari kejayaan atlet lain seperti Usain Bold, Micheal Jordon, Mohamed Ali dan sebagainya, bagi Russel kesemua atlet ini berusaha keras untuk jadi terbaik seperti hari ini.
Matlamat utama Russel adalah ke Sukan Olimpik! Yeah! Go Malaysia.
Russel percaya, impian itu boleh menjadi kenyataan jika adanya sokongan, kerja keras serta minda yang disetkan adalah cara untuknya mencapai impian tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja baru saja melabuhkan tirainya, tahniah kepada semua Dewi-dewi pemenang! Pastinya korang ada favorite Dewi korang kan? Apa kata korang test personality korang ni. Mana tahu sebenarnya dah dekat dah personality korang ni dengan dewi-dewi kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun 1998, acara Rainforest World Music Festival (RWMF) pastinya akan berjaya menarik ribuan penonton yang terdiri daripada pelancong dalam negara dan antarabangsa ke bumi Sarawak pada setiap tahun
Malangnya pada tahun lalu, ia tersekat dek kerana pandemik COVID-19 yang menghalang mana-mana konsert serta festival muzik dilangsungkan di seluruh dunia. Namun pada tahun ini, RWMF akan dapat ditonton secara live apabila ia akan dibawakan khas di platform e-Dagang rasminya, Shopee!
Rainforest World Music Festival 2021 Virtual Experience di Shopee Live dari 18-20 Jun pada 6 petang..
Selama tiga hari berturut-turut dari 18 hingga 20 Jun 2021, RWMF akan disiarkan secara langgsung menerusi Shopee Live dari jam 6.00 petang dan ia adalah percuma. Lalu, berjuta-juta penonton akan mendapat akses untuk menontonnya dari keselesaan rumah sendiri.
Untuk pengetahuan korang, RWMF menjadi salah sebuah festival yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat muzik kerana ia meraikan budaya dan warisan melalui gubahan muzik indah.
Setiap tahun, pengunjung akan berkumpul di kaki Gunung Santubong di Sarawak untuk menikmati pengalaman baharu di pentas konsert, pameran budaya, bengkel dan mendapatkan kraftangan dan makanan yang jarang diperolehi di mana-mana tempat lain.
Walaupun RWMF tahun ini hanya disiarkan secara virtual, namun ia masih menjanjikan rasa puas kepada penonton.
Antara barisan penghibur yang ditampilkan kali ini ialah Alena Murang yang baru saja melancarkan album berjudul Sky Songs. KEMADA, Sang Rawi, Matthew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan juara Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Tuku’ Kame’.
And guess what, sesudah berakhirnya RWMF 2021 pada minggy ini, sebuah lagi acara yang turut akan disiarkan menerusi Shopee Live dari 26 hingga 27 Jun hadapan. Siapa tidak pernah dengar tentang Borneo Jazz Festival (BJF).
Persembahan jazz unggul ini akan disiarkan bermula jam 6 petang dan ia menampilkan barisan pemuzik seperti Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan Pete Kallang.
*
Sempena penganjuran dua acara ini, Shopee selaku rakan e-Dagang rasmi bersama-sama Lembaga Pelancongan Sarawak kini membuka kedai rasminya di Shopee. Korang boleh memilikimerchandise menarik RWMF dan BJF seperti baju T, pelitup muka batik Linut, pelitup muka batik dan produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang.
Memandangkan ia berlangsung seiring dengan 7.7 Jualan Tengah Tahun Shopee, korang juga tidak harus melepaskan peluang mendapatkan Laksa Sarawak, Mee Kolo dan Teh 3 Lapis sedap. Hanya masukkan saja kata kunci ‘Sarawak’ di bar carian Shopee dan korang akan menemui lebih banyak produk berkaitan.
So guys, mark your dates okay! 18 hingga 20 Jun untuk Rainforest World Music Festival dan 26 hingga 27 Jun untuk Borneo Jazz Festival. Tontonnya DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!