Selesa, comel dan penuh warna-warni! Begitulah gambaran paling tepat untuk kolaborasi terbaru Skechers bersama Care Bears yang menghidupkan kembali karakter ikonik dari zaman kanak-kanak menerusi koleksi kasut yang cukup playful. Menggabungkan elemen nostalgia dengan rekaan kontemporari, koleksi ini tampil sebagai pilihan menarik buat peminat Care Bears daripada pelbagai generasi yang mahu menyuntik sedikit keceriaan dalam gaya harian.
Baru saja dilancarkan pada 11 September lalu, koleksi ini merangkumi dua gaya Foamies untuk wanita, satu rekaan Foamies untuk kanak-kanak perempuan serta enam model kasut untuk kanak-kanak perempuan dan toddler. Setiap rekaan mengetengahkan karakter Care Bears, warna-warna ceria, kemasan ‘glitter’ dan elemen ‘light-up’, selain dilengkapi teknologi ‘comfort’ daripada Skechers seperti ‘Air-Cooled Memory Foam’, ‘flexible traction outsole’ dan material EVA kalis air pada model terpilih.
Menurut Presiden Skechers, Michael Greenberg, elemen nostalgia menjadi antara tarikan utama kolaborasi ini, khususnya apabila Care Bears terus dekat dengan generasi dewasa yang membesar bersama karakter tersebut.
“Nostalgia sedang mendapat tempatnya dan Care Bears merupakan antara kenangan zaman kanak-kanak yang paling menjadi dambaan jutaan orang dewasa hari ini.”
“Mereka membesar dengan mesej tentang kasih sayang, perpaduan dan keselamatan emosi yang kami rasakan sangat selari dengan misi jenama kami untuk memberikan keselesaan kepada dunia,” katanya.
Ads
Selain itu, beliau melihat koleksi ini sebagai gabungan segar dan ‘playful’ yang membolehkan peminat meraikan karakter Care Bears kegemaran mereka menerusi pelbagai warna dan corak pada rekaan ikonik Skechers.
Bagi koleksi wanita, Foamies Max Cushioning hadir dengan pilihan warna seperti Pink, Lavender dan White pada harga RM299, menampilkan enam karakter Care Bears termasuk Cheer Bear, Good Luck Bear dan Sweet Dreams Bear. Sementara itu, Foamies Surge berharga RM259 hadir dalam Lavender, Blue dan Pink dengan elemen pelangi, bintang, awan serta CaliBits berbentuk wajah karakter Care Bears. Untuk si kecil pula, Foamies Swifters berharga RM199 menawarkan rekaan bertali pelangi bersama perincian Care Bears dan ciri yang lebih ‘light-up’.
Ads
Sementara itu, pilihan kasut ‘sneakers’ untuk kanak-kanak pula hadir menerusi beberapa siri termasuk Skechers x Care Bears Hugs N Snugs, Skechers Street x Care Bears UNO Lite serta Skechers Twinkle Toes x Care Bears Twinkle Sparks. Harga bermula RM259, dengan rekaan yang menampilkan karakter Care Bears, grafik berwarna-warni, glitter serta ciri light-up dan cushioned insoles.
Lebih daripada sekadar aksesori pelengkap gaya, koleksi ini membawa semula dunia “Care-A-Lot” dalam bentuk yang lebih dekat dengan kehidupan seharian. Daripada outing santai hinggalah pengembaraan kecil bersama keluarga, rangkaian ini direka untuk memberikan pilihan mengikut personaliti pemakai sambil mengekalkan fokus Skechers terhadap keselesaan dan fungsi.
It is your time to look adorable! Bermula daripada RM199, koleksi Skechers x Care Bears kini boleh didapati di cawangan terpilih Skechers seluruh negara termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC Mall dan The Exchange TRX Mall, selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi Skechers Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu Fesyen di negara Eropah mulai hangat dilangsungkan pada bulan ini bersempena kempen musim bunga/panas 2023 and it can only mean one thing : penampilan selebriti!
Jika pada minggu lalu, peminat teruja menyaksikan kelibat beberapa selebriti kelahiran Malaysia berada di kota New York sebagai jemputan khas ke pertunjukan fesyen Coach. Antaranya termasuklah penyanyi Yuna, Joe Flizzow, Daiyan Trisha dan pengacara, Yaya Zahir.
Pada minggu ini mula, sekumpulan lagi selebriti Malaysia telah ‘terbang’ ke Milan, Itali untuk pertunjukan fesyen jenama pakaian sukan dari Jepun, Onitsuka Tiger pula pada 21 September 2022. Mereka terdiri daripada duta pertama Onitsuka Tiger dari Malaysia Hael Husaini, Daiyan Trisha dan pasangan fesyenista negara, Scha Alyahya serta Awal Ashaari.
Wakil Malaysia bersama selebriti Indonesia, Luna Maya.
Di bawah kelolaan Andrea Pompilio yang juga bertanggungjawab ke atas hala tuju jenama Asics, Onitsuka Tiger perlu membuktikan bahawa persalinan kasual dan sukan yang sudah sinonim dengan jenama itu juga boleh ditransformasikan dengan rekaan dan siluet yang berbeza.
Helaian pakaian daripada koleksi Onitsuka Tiger kali ini majoritinya terdiri daripada warna hitam dan putih. Kedengaran basic namun ia diolah dengan cara Andrea. Pilihan seluar trek kelihatan kemas, manakala hoodie labuh hingga melepasi lutut pula dipadankan dengan celana pendek di dalam.
Hael Husaini.
Ternyata, Andrea memilih konsep uniseks bagi koleksi kali ini apabila setiap satu boleh digayakan oleh mana-mana jantina; seperti yang ditunjukkan oleh selebriti Malaysia yang berada di sana.
Hael Husaini memilih top labuh bersama jaket bomber berkolar, manakala Daiyan pula kelihatan edgy dalam persalinan sweater dress dan skirt bersama sneakers putih.
(Dari Kiri) : Kim Yugyeom dari Got7 dan Hael Husaini.(Dari Kiri) : Daiyan Trisha dan Hael Husaini.Daiyan Trisha.
Kehadiran Scha Alyahya dalam dress serba hitam bersama sarung kaki berpaten belang harimau (juga dalam rona hitam) bertambah menarik apabila pasangannya, Awal Ashaari bertindak berani untuk memadankan top putih dan vest hitam dengan aksesori skaf kepala.
Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Scha dan Awal kini akan terus berada di Milan bagi menghadiri beberapa lagi pertunjukan fesyen jenama terkemuka seperti Moschino, Emporio Armani dan Boss.
Untuk melihat koleksi penuh Onitsuka Tiger musim bunga/luruh 2023, KLIK DI SINI.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun Baru pada kali ini mungkin tidak semeriah tahun-tahun lalu disebabkan oleh kekangan pandemik dan juga musim banjir yang melanda negara kita. Bagaimanapun, ia tidak seharusnya melemahkan semangat kita sebagai rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2022 dengan semangat dan azam yang baru.
Well well, jenama barangan kemas yang popular di Malaysia baru saja mengeluarkan koleksi baharu yang dilihat bersesuaian bagi menyambut tahun baru ini.
Jom lihat sama ada ia berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak.
Koleksi terbaru Pandora, iaitu Pandora Moments kali ini tidak kurang hebatnya dengan menampilkan ‘Simbol dan Warna’ dengan simbolik untuk mencipta momen yang tidak dapat dilupakan.
Malah, korang mampu tonjolkan karektor diri, tak mustahil korang akan tertarik untuk menukar aksesori yang baru kan?
“Simbol sangat relevan dari segi budaya, hari ini dan sepanjang sejarah. Kami telah mencipta alam semesta simbolisme, menjadikan Pandora destinasi untuk barang kemas yang menjadi azimat yang kita bawa sebagai nasib, perlindungan atau hubungan dengan harapan dan keinginan,” kata Filippo Ficarelli dan Francesco Terzo, Pengarah Kreatif Pandora.
Jadi, kamu yang macam mana orangnya? Rambang mata bukan?
Untuk info koleksi terbaru ini dilancarkan pada hari ini iaitu 6 Januari 2022, jadi apa tunggu lagi. Boleh lawati www.pandora.net atau ke butik-butik Pandora yang berdekatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara Miss Eco International yang baharu telah pun diumumkan sebentar tadi. Wakil dari Filipina, Kathleen Paton yang tampil mempesona dan cerdas telah memukau perhatian para juri lantas berjaya membawa mahkota tersebut pulang ke negaranya.
Dia dimahkotakan oleh pemenang Miss Eco International 2020, Gizelle Uys dan diperhatikan oleh pemegang lesen Miss Eco International, Dr Amaal Rezk. Wakil dari Belgium dan Amerika Syarikat pula berada dalam kedudukan tempat kedua dan ketiga. Miss Eco International membawa isu-isu tentang kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik.
Ketika sesi soal jawab di peringkat top 5 bagi menentukan juara, Kathleen telah ditanya,“Sebagai pemegang gelaran, anda seorang tokoh masyarakat. Adakah penting untuk kekal neutral dalam isu sosial yang kontroversi atau menggunakan gelaran anda untuk mempromosikan kepercayaan anda sendiri, dan mengapa?
“Sejujurnya itu adalah soalan yang sukar kerana kita berada di barisan utama yang berdepan dengan pendapat dan negativity setiap hari, terutamanya di media sosial. Saya percaya sebagai seorang pemimpin dan sebagai seseorang yang sangat berpengaruh dalam masyarakat, kita kadang-kadang terpaksa menggunakan suara kita dalam keadaan fikiran yang sangat neutral kerana kita mempunyai kedudukan yang sangat berpengaruh.
“Tetapi dalam berbuat demikian kita juga perlu menggunakan suara kita untuk mendorong orang lain untuk mempertahankan apa yang betul, dan saya fikir ia memerlukan banyak usaha terutama dalam menonjolkan kompas moral yang terbaik,” jawabnya bernas.
Wakil Malaysia, Prasana Shri menamatkan perjuangannya di kedudukan kelima dan pada malam tersebut dia turut dinobatkan sebagai pemenang Best Eco Dress. Satu pencapaian yang cukup membanggakan. Sebelum ini di pusingan awal, dia telah pun dinobatkan sebagai pemenang Miss Elegant dan juga Best Evening Gown.
Prasana ketika berada dalam sesi soal jawab top 5 telah menerima soalan tentang apakah kualiti terbaik yang ibu bapa boleh ajar kepada anak-anak mereka. Jawab wanita berusia 25 tahun ini, “Kualiti terbaik yang boleh diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka ialah rasa hormat. Hormat antara satu sama lain, hormat semua orang di sekeliling kita dan alam sekitar, dunia. Selain daripada itu, mereka harus mengajar mereka bagaimana menjadi baik, dan menjadi orang yang dipercayai kepada orang ramai.
“Kerana kita berada di dunia ini bersama-sama dengan orang di sekeliling kita. Jika kita tidak mempercayai dan menghormati mereka, tiada siapa yang akan menghormati kita. Sentiasa memberi dan menerima, dan menghormati semua orang.”
Kostum nasional ‘Pasar Tani’ yang dipersembahkan Prasana ketika sesi pembukaan pentas finale Miss Eco international 2022.
Syabas REMAJA ucapkan, dan semoga tahun hadapan wakil Malaysia akan membawa pulang gelaran juara pula.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!