Negeri Johor akan kembali menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hari hujung minggu bermula 1 Januari 2025.
Perubahan ini diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi, dalam satu sidang media sebelum ini.
Malah, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkongsi menerusi laman media sosial baginda mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
Ads
“Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.
“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.
“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” ujarnya.
Ads
Johor sebelum ini menetapkan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu sejak 1 Januari 2014, bertujuan memberi lebih banyak masa untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa. Namun begitu, berdasarkan kajian terbaru, ramai pihak menyuarakan keperluan untuk menyelaraskan semula hari cuti hujung minggu dengan kebanyakan negeri lain di Malaysia dan perniagaan antarabangsa yang kebanyakannya beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel bersuara dan berasa marah berkenaan isu buli yang dilihat tidak berkesudahan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal baru-baru ini.
Hal ini rentetan daripada satu kes buli terbaharu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk dan tulang belakang pada 21 Oktober lalu.
Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin (27) melalui media sosialnya berkata institusi tersebut patut ‘dikuburkan’ sahaja kerana terlalu banyak kes buli sehingga ada yang meragut nyawa dilaporkan terjadi di institusi tersebut.
Naim Daniel
At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?
Sekadar info, sebelum ini seorang pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekelas menggunakan seterika wap gara-gara difitnah mencuri komputer riba.
Baru sahaja ingin mendaftar untuk suntikan vaksin, seorang pengguna Facebook ini terkejut apabila namanya dikatakan sudah menerima suntikan pertama vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.
Iena Zarina Mustapha telah pun berkongsi kisahnya dengan mengatakan bahawa dia baru sahaja ingin mendaftar vaksin, tiba-tiba menerusi update di aplikasi MySejahtera menyatakan dia sudah divaksin pada 3 Mac 2021 di klinik kesihatan Selising dan perlu mengambil vaksin kedua pada hari tersebut.
Jelasnya lagi, kenyataan itu juga mengarut kerana waktu cucuk vaksin itu adalah pada pukul 11.58 malam. Logik ke?
Wanita itu turut mempersoalkan bagaimana aplikasi tersebut boleh tersalah update data dan adakah data peribadi kita sudah tidak selamat lagi?
Iena turut menjelaskan dia bukanlah seorang frontliner dan apa yang dia tahu, hanya frontliner yang diutamakan untuk mengambil suntikan vaksin sekarang. Tambah pula, cucuk vaksin di klinik Selising yang mana dia sudah setahun tidak memijak bumi Kelantan. Bila telefon katanya doktor sibuk. Wanita ini berharap agar pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu, Unit Promosi Kesihatan Pasir Puteh (UPK) telah pun meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook milik Iena dengan memohon maaf atas kekeliruan ini. Kesilapan berlaku disebabkan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terlibat secara tidak sengaja telah tersalah memasukkan nombor kad pengenalannya.
Bagaimanapun, pihak UPK juga menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang pencabulan dalam data peribadi. Mereka telah pun memadamkan butiran wanita tersebut sebagai individu yang telah menerima vaksin. Proses validasi sistem dilakukan dari masa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti. Petugas barisan hadapan yang telah menerima vaksin tersebut telahpun dimaklumkan dan datanya juga sedang dikonsolidasi di dalam sistem.
Mahunya tak terkejut kan kalau kita lihat nama kita sudah divaksin walhal baru sahaja nak mendaftar. Diharap masyarakat lebih peka dan ambil tindakan sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada orang ramai.
Selepas beberapa bulan ibadah umrah dan haji dihadkan kerana wabak pandemik COVID-19, Arab Saudi akhirnya membenarkan pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober 2020.
Menurut Saudi Press Agency, bagi peringkat pertama sebanyak 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari bermula 4 Oktober. Untuk pengunjung dari luar negara pula, ia dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000 sehari.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan bahawa keputusan membenarkan pelaksanaan umrah adalah sebagai maklum balas terhadap ‘aspirasi umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia’ untuk mengerjakan ibadah itu dan menziarahi tempat suci tersebut.
Kota suci yang menarik kunjungan jutaan umat Islam setiap tahun itu juga adalah sumber ekonomi utamanya dan menerusi Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed Salman, beliau berharap dapat mentransformasi ekonomi negara tersebut daripada kebergantungan ekonomi terhadap eksport minyak utama dunia kepada sumber lain, termasuk pelancongan agama.
Kerajaan Saudi berharap dapat menerima kunjungan 30 juta Jemaah ke negara itu setiap tahun menjelang 2030.
Walau bagaimanapun, diharap pengawasan ketat diberikan sebelum membenarkan kemasukan pelancong dari luar negara untuk menunaikan umrah.
Hm, bagi rakyat Malaysia pula kita tunggu kerajaan membuka pintu sempadan dulu ya, insyaAllah selepas ini kita juga berpeluang menunaikan umrah semula.
Sama-sama kita doakan agar penularan wabak COVID-19 ini tamat secepat mungkin.
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.