Jerawat! Ia masalah yang agak merisaukan di kalangan remaja kerana pada usia ini kulit wajah akan mula menampakkan masalah. Apabila semakin banyak jerawat memenuhkan wajah, ketika itulah rasa risau meningkat mendadak.
Baca perkongsian artikel dari page The Diagnosa Original mengenai jerawat muka atau disebut sebagai Acne Vulgaris yang ditulis oleh Dr Latif Saad. Jerawat Muka dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Acne Vulgaris. Ia merupakan salah satu mimpi ngeri terutamanya bagi mereka yang bergelar remaja. Bahkan masalah inilah yang selalu berlaku dikalangan remaja.
Setelah seseorang itu mencapai akil baligh, maka badan mengalami perubahan yang ketara terutamanya bagi organ reproduktif. Perkara lain yang menjadi perubahan pada badan adalah jerawat yang lebih mudah terbentuk hingga meninggalkan parut di bahagian muka.
Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan seseorang remaja tersebut.
Apakah masalah jerawat muka?
Seperti yang dikatakan diatas, jerawat iaitu Acne vulgaris merupakan salah satu masalah kulit yang kerap berlaku dikalangan remaja. Perkara ini berlaku disebabkan sumbatan pada liang roma kulit. Ini akan menyebabkan sebum yang dihasilkan daripada liang tersebut terkumpul di dalam kawasan yang tersumbat.
Liang yang tersumbat ini juga akan memudahkan lagi jangkitan kuman berlaku. Ini akan menyebabkan terbentuknya nanah dikawasan jerawat yang terlibat. Perkara ini selalunya berlaku dikawasan badan yang mempunyai kalenjar sebum yang banyak seperti di muka, bahagian belakang badan dan juga bahagian atas dada.
Apakah punca kepada masalah jerawat di muka?
Ads
Banyak faktor dan punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca tersebut adalah:
Keturunan(Genetik). Ahli keluarga yang mempunyai masalah jerawat akan meningkat risiko ahli keluarga yang lain untuk menghadapi masalah yang sama.
Ketika mana akil baligh, kalenjar sebum akan menjadi aktif menghasilkan sebum yang lebih dan ini menyebabkan masalah jerawat lebih mudah berlaku.
Jangkitan kuman pada kawasan liang roma. Kuman yang kerap menyebabkan jangkitan di kawasan ini adalah Propionibacterium acnes
Terdapat kosmetik yang disediakan menggunakan sediaan minyak. Kosmetik jenis ini akan lebih mudah untuk menyebabkan sumbatan pada liang roma.
Penggunaan steroid boleh merangsang penghasilan sebum secara berlebihan pada kalenjar sebum.
Terdapat segolongan kaum wanita yang akan menghadapi masalah jerawat yang teruk ketika mana mereka mengandung.
Genetik sangat memainkan peranan yang penting kerana ada sesetengah individu yang sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Ia akan menyebabkan kalenjar sebum menghasilkan sebum dengan lebih banyak terutamanya ketika seseorang itu mencapai akil baligh. Kemudian bakteria Propionibacterium acnes pula akan berperanan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat muka ini berlaku.
Apakah jenis jerawat yang ada?
Dua jenis jerawat yang perlu diketahui adalah:
Ads
Komedo terbuka(open comedo) dan ia dikenali sebagai ‘black head‘. Seperti namanya iaitu black head merujuk kepada warna jerawat tersebut iaitu berwarna hitam. Warna hitam ini terjadi disebabkan liang roma terbuka menyebabkan kandungan sebum terdedah kepada udara dan kekotoran. Ini akan menyebabkan sebum yang terdedah itu menjadi warna hitam
Komedo tertutup(closed comedo) juga dikenali sebagai ‘White head‘. Dalam masalah ini, liang roma jerawat tersebut masih tertutup dan melindungi sebum di dalamnya. Oleh itu, jerawat tersebut akan kelihatan berwarna putih.
Apakah yang akan berlaku pada mereka yang menghadapi jerawat muka?
Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ini selalunya akan baik dengan sendirinya ketika mereka menjejak dewasa. Jerawat yang teruk dan tidak terkawal pula boleh menyebabkan penampilan seseorang itu tidak baik. Ini boleh memberi kesan kepada psikososial dan juga metnal mereka kerana rupa paras fizikal yang tidak elok. Malah masalah ini juga akan menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri dan tidak yakin apabila berhadapan dengan orang lain.
Apakah simptom mereka yang mengalami masalah jerawat?
Terdapat beberapa simptom yang boleh dialami oleh pesakit. Ianya adalah
Ads
Komedo tertutup(white head) dan juga Komedo terbuka(black head).
Jerawat yang mengandungi nanah. Selalunya jika komedo yang ditekan oleh diri sendiri boleh dijangkiti bakteria luar hingga menyebabkan jangkitan kuman. Ini akan menyebabkan pembentukan nanah dan kawasan tersebut akan kelihatan merah
Jerawat yang bernodul. Seseorang yang mengalami komedo yang teruk akan mempunyai nodul yang besar. Ia disebabkan keradangan dan pembentukan tisu parut dikawasan tersebut hingga menyebabkan terbentuknya ketulan-ketulan dibahagian kulit yang terlibat.
Mereka yang mempunyai komedo sahaja selalunya tidak akan berjumpa dengan doktor. Tetapi jika ia mempunyai komplikasi seperti bernanah ataupun bernodul, barulah pesakit tersebut selalunya akan berjumpa dengan perawat kesihatan
Apakah penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama?
Terdapat beberapa penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama. Ia adalah:
Rosacea
Sebaceous hyperplasia
Keradangan folikel
Syringoma
Apakah ujian yang dibuat untuk mengesahkan masalah jerawat ini?
Masalah jerawat tidak memerlukan ujian khas untuk mengesan masalah ini. Cukup dengan pemeriksaan fizikal sahaja dapat mengetahui masalah tersebut. Tetapi jika masalah ini juga mempunyai simptom yang lain sebagai contoh bulu yang tumbuh secara lebat pada sesorang perempuan, maka penyiasatan yang lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengesan punca kepada masalah tersebut. Mereka yang mengalami masalah ‘Polycystic Ovarian Syndrome‘ selalunya mempunyai simptom ini.
Apakah rawatan untuk masalah jerawat ini?
Pesakit yang tidak mengalami masalah jerawat yang teruk selalunya tidak akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Ia disebabkan masalah tersebut kebanyakannya boleh sembuh dengan sendirinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mencuba untuk diet. Separuhnya berjaya tetapi ada juga yang gagal sama ada berhenti di tengah jalan atau tubuh tidak susut biar segala usaha sudah dilakukan.
Ada ketikanya ramai mengesyorkan senaman, kurangkan minuman manis, berlemak, tidak makan nasi serta lain-lain petua. Namun metabolisme tubuh seorang individu cukup berbeza satu sama lain. Ada yang tubuhnya memang gemuk air dan bila berdiet kesan nampak ketara. Tapi jika tubuh dan rangkanya agak besar, biar sudah diet, tubuhnya tetap nampak berisi lagi.
Tapi pengalaman seorang remaja dari Filipina, Luchie De Leon mungkin boleh menjadi inspirasi buat ramai wanita yang idamkan tubuh kurus. Dietnya cukup mudah, HANYA MINUM AIR PUTIH dalam jumlah yang banyak. Nak lebih sedap, campurkan dengan sedikit lemon dan sesekali halia. Jadi tak adalah bosan sangatkan.
Dalam entrinya dengan berat badan 63 kg Luchie berkata, dia memulakan dietnya selepas penat berusaha termasuk joging, kurungkan makanan tetapi semua itu tidak memberi kesan kepada tubuhnya.
Akhirnya dia nekad untuk hanya minum air putih sahaja selepas membaca manfaat yang diperolehnya jika minum banyak air putih.
Rampingkan, dietnya hanyalaha air putih sahaja
Ini bentuk badannya yang dahulu
Perkongsiannya menjadi viral selepas dia memuatnaik gambar terkininya selepas dua bulan mengamalkan diet tidak mudarat iaitu hanya minum air putih. Tambahnya lagi, dia kurang ke gym dan jarang mengambil minuman ringan atau berkarbonat.
Kini bentuk badannya memang menjadi idaman ramai wanita sebayanya. Malah Luchie De Leon turut berkongsi rahsia dietnya.
Minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sebelum makan.
Setiap kali perut terasa lapar, minumlah air putih. Jika dalam tempoh 10 minit rasa lapar itu tetap ada, itu tandanya tubuh memang perlukan makanan. Makanlah dalam jumlah sedikit. Tetapi jika rasa lapar itu hilang, cuba lagi minit air putih sebagai”trick” pada minda.
Kalau mahu minum air putih bercampur lemon itu agak baik kerana lemon bertindak sangat efetif untuk detoks.
Jika tidak keberatan, campurlah sedikit hirisan halia atau air perahan halia ke dalam air putih kerana ia juga elok untuk membuang angin dalam tubuh.
Ternyata selepas beberapa bulan berlalu, tubuhnya terus ramping dan dirinya kelihatan jauh muda berbanding ketika tubuhnya berisi dahulu. Kata Luchie, dia hanya sekadar berkongsi pengalaman dirinya sahaja yang mana ianya mungkin kurang sesuai dan tidak menjadi bagi sesetengah orang.
Jadi bagi yang ingin mencuba diet sepertinya, bolehlah mencuba ya. Harap tubuh korang kelihatan seperti apa yang korang impikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang jumpa individu yang suka sangat sangat korek tahi telinga? Dah jadi macam rutin, selepas saja mandi mesti gatal tangan ambil cutton bud dan bersihkan telinga tu. Katanya nak jaga kebersihan.
Ada sebab kenapa doktor tak bagi amalkan tabiat korek telinga, tak kiralah sama ada korang gunakan besi, cotton bud atau apa saja.
Ear wax, cerumen atau tahi telinga ada fungsinya sendiri. Antaranya adalah seperti:
1. Membentuk lapisan acidic coat yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid-rich cerumen. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
So, sebenarnya korang tak perlu pun buang tahi telinga tu melainkan ada dua sebab iaitu;
1. Mengalami masalah pendengaran (kurang jelas)
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’.
Tanda-tanda impacted ear wax (tahi telinga keras)
1. Kurang pendengaran disebabkan bunyi berdesing, bunyi luar biasa, tidak normal dan sebagainya.
2. Rasa telinga tertutup atau block
3. Sakit telinga secara tiba-tiba dan tiada tanda jangkitan seperti demam
Kalua tak boleh korek telinga, then macam mana nak buat? Ha, good question. Doktor menasihatkan untuk guna ubat titis telinga bagi melembutkan tahi telinga. Selain tu, ear syringing. Ada sesetengah menggunakan cara ini untuk membersihkan telinga iaitu dengan menggunakan air.
Teknik paling berkesan adalah ear suctioning , dimana doctor akan menyedut tahi telinga keluar. Ini akan dilakukan sekiranya korang mengalami masalah tahi telinga keras saja.
Sekarang dah faham kan kenapa korek telinga tu tak bagus? Benda ni dah lama kita dengar dan ada yang cakap ia adalah mitos semata-mata. Tapi, doktor pun dah jelaskan sendiri isu ini. So, korang fikirlah sendiri ye!
Siti Nordiana, yang lebih dikenali sebagai Nana, adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Meniti usia 39 tahun, wajah nana yang kekal awet muda sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Dikenali dengan suara merdu dan penampilan yang menawan, Siti Nordiana juga sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.
Moga Siti Nordiana terus sukses dalam perniagaan dan menjadi sumber inspirasi kaum wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.