Begitulah yang dikatakan apabila muka naik jerawat dan sebaik sahaja jerawat kecut datang pula isu parut jerawat yang degil taknak pudar. Haih…apalah nasib kan?
Sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa, mesti kalian takkan dapat lari dari isu kulit muka, terutama sekali isu parut jerawat yang amat susah untuk dihilangkan.
Namun, usah khawatir kerana lambakan produk kecantikan di pasaran kini mampu menyelesaikan masalah ini tanpa perlu mengeringkan dompet. Meh sini Remaja kongsi tiga produk berkesan untuk menghilangkan parut jerawat di muka!
Krim Pelindung Muka (Sunscreen)
Selain melindungi kulit anda daripada sinaran UV, sunscreen juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat di muka dan masalah tona kulit tidak sekata.
Apabila anda berada di luar kawasan tertutup, anda akan terdedah kepada terik matahari di mana ianya boleh menyebabkan parut jerawat semakin gelap. Haiyooo!
Jadi pastikan anda guna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 30 minit sebelum keluar dari rumah untuk dapatkan perlindungan kulit yang paling efisien.
Ads
Bagi mereka yang masih muda remaja, anda boleh dapatkan 3W Clinic Intensive UV Sunscreen Cream di Aeon Wellness berdekatan. Harganya yang murah dan berpatutan semestinya menjadi daya penarik golongan pelajar.
2. Vitamin C
Vitamin C adalah bahan antioksidan yang telah dikaji bertahun-tahun dan telah terbukti secara saintifik memberi manfaat yang ketara kepada kulit. Membaiki kerosakan matahari, meminimumkan garis halus dan menghidratkan kulit kering hanyalah sebahagian daripada faedahnya.
Parut jerawat juga boleh dirawat dan dicegah dengan menggunakan produk yang mengandungi Vitamin C di dalamnya. Sebagai contoh, Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser!
Ads
Produk jenama dari Jepun ini mengandungi formula Vitamin C asli yang diperhalusi dengan teliti untuk mengoptimumkan keberkesanannya dalam memulihkan kekusaman, merawat parut jerawat, memudarkan jeragat dan menghasilkan kulit yang sihat dan berseri dari dalam.
Salah satu faktor pembezaan utama pelembap ini ialah penyerapannya yang cepat ke dalam kulit, memberikan penghidratan yang berpanjangan tanpa sebarang rasa melekit yang tidak menyenangkan atau sisa berminyak.
3. Retinol
Juga dikenali sebagai vitamin A, retinol seiring dengan rawatan anti-penuaan lain di luar sana boleh digunakan untuk membuka pori-pori tersumbat dan memudarkan parut dengan lebih efisien.
Ads
Namun anda perlu berhati-hati kerana sekiranya dipakai terlalu kerap dengan kuantiti yang banyak, kulit anda mungkin ada terasa pedih sedikit dek kerana bahan di dalamnya. Pakai sikit-sikit sahaja dulu okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Watson, Pixel, Sasa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend sekarang, golongan muda remaja terutamanya suka mewarna dan meluruskan rambut. Style tu memang la style tapi korang pernah terfikir tak berapa banyak bahan kimia yang terkandung dalam ubat rambut tu?
Bahan asas di dalam pewarna rambut dan meluruskan rambut kebiasaannya adalah hidrogen peroksida dan ammonia. Kandungan hidrogen peroksida di dalam sediaan pewarna rambut akan menentukan jenis pewarna rambut tersebut.
Tapi paling menakutkan, kajian telah membuktikan golongan yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser payudara.
Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati lebih 50,000 orang menggunakan bahan-bahan tersebut melebihi lapan tahun.
Golongan wanita dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara kekal bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
Manakala wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut yang mempunyai kandungan kimia selama lima hingga lapan minggu berdepan dengan risiko lebih tinggi dengan 30 peratus.
Pasukan pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala.
Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara ini dengan hanya mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut
Untuk info, terdapat lebih 5,000 bahan kimia yang digunakan dalam satu produk pewarna rambut. Wow!
Jadi sungguh jelas membuktikan bahawa mewarna atau meluruskan rambut ini secara kerap boleh membahayakan kesihatan. Tapi pada pandangan penulis la kan, korang lagi cantik dengan warna rambut yang semulajadi. So pilih nak cantik ke nak sakit?Hiks..
Sumber : Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, apabila Malaysia menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Universe International, antara saat yang paling dinantikan oleh para penggemar dunia ratu cantik adalah momen wakil Malaysia beraksi di pentas bagi segmen kostum nasional.
Baru-baru ini, Remaja menyaksikan penantian kostum Malaysia bagi edisi 2024 yang bakal diperagakan oleh wakil negara, Sandra Lim muncul di dalam persalinan kostum bertemakan pahlawan negeri Pahang iaitu Puteri Walinong Sari secara langsung di Auditorium MYEG Tower, Damansara pada Rabu, semalam.
Kostum nasional sentuhan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail itu tampil dalam sentuhan songket tradisional indah dan tampak cukup menyakinkan ketika ia dipertontonkan pertama kali di sidang media.
Aksesori pedang juga ditambah bagi menunjukkan jiwa seorang pahlawan persis dengan personaliti peribadi Sandra Lim yang juga merupakan atlet wushu dan mempunyai kemahiran dalam bermain pedang.
Dalam pada itu, bagi gaun malam dengan tema ‘Reaching For The Stars’, Sandra tampil mempesona dalam busana berwarna kilauan keemasan yang membuatkan Miss Universe Malaysia itu nampak memukau.
Memetik kenyataan perekanya, walaupun hanya mengambil masa kurang dari sebulan untuk menyiapkan setiap busana. Ezuwan berharap agar kostum nasional ini berjaya membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan representasi budaya negara kita di pentas antarabangsa dan mendoakan yang terbaik untuk Sandra.
Sementara itu Sandra berkata, dia teruja selepas melihat setiap hasil rekaan dihasilkan oleh Ezuwan Ismail. Selain itu, konsep kostum dan gaun malam tepat dengan konsep keyakinan yang ingin dipertontonkan olehnya di pentas Miss Universe International nanti.
Selain mahu membawa semangat dan budaya Malaysia yang ada dalam dirinya di mata dunia, Sandra ingin menunjukkan bahawa wanita juga mampu menjadi seorang pemimpin dan tampil sebagai simbol berkuasa.
Tambah Sandra, dia juga mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa setiap perjalanan ini adalah mengenai kerja keras orang ramai, mempunyai tujuan dan dia mahu menjadikan semuanya bermakna.
Susulan itu, Sandra turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan menyatakan bahawa dirinya hanya sebagai wakil untuk ke pentas berprestasi itu tetapi semuanya adalah tentang Malaysia.
Sekadar info, penganjuran Miss Universe 2024 kali ke-73 ini akan berlangsung di Mexico, 16 November depan. Sandra Lim difahamkan akan berangkat pada 28 Oktober ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss Universe 2023 baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi menyaksikan wakil Nicaragua bergelar juara edisi ke-72 pertandingan tersebut.
Merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia, acara yang diadakan di El Salvador itu berlangsung gemilang dengan barisan menteri, selebriti serta penyokong tegar yang memenuhi arena.
Ini antara 10 momen menarik yang berlaku di pentas finale.
Juara Miss Universe 2023 yang mewakili Nicaragua, Shyennis Palacios mencipta sejarah apabila menjadi peserta pertama dari negaranya yang berjaya memenangi pertandingan itu.
Wakil Thailand, Antonia Porsild yang merupakan juara Miss Supranational 2019 sebelum ini memberikan saingan sengit dan mengakhiri pertandingan berada di kedudukan naib juara.
Camila Avella yang mewakili Colombia merupakan seorang isteri dan ibu beranak satu pertama menyertai pertandingan ini. Di berjaya mara sehingga ke kedudukan top 5.
Wakil Pakistan, Erica Robin membuat kejutan apabila berjaya tembus ke kedudukan separuh akhir. Ini merupakan kali pertama Pakista bertandingan di pertandingan Miss Universe.
Bagi menghormati negaranya yang mana majoriti merupakan beragama Islam, wakil Pakistan menggayakan burkini bagi sesi pakaian renang dan tidak menampakkan susuk tubuhnya.
Plus size girl of the competition, Jane Dipika Garret yang mewakili Nepal membuktikan bahawa saiz tubuh bukanlah halangan apabila dia berjaya membawa negaranya mara ke peringkat separuh akhir.
Wakil Portugal, Marina Machete menjadi wanita transgender pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Sebelum ini pada tahun 2018, Angela Ponce dari Sepanyol merupakan wanita transgender pertama yang bertanding namun tidak bejaya ke separuh akhir.
Ndoun Issie Marie Princesse menjadi wakil Cameroon pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan Miss Universe.
Serena Lee dan persalinan kebaya songket untuk sesi kostum nasional.
Wakil Malaysia, Serena Lee gagal mara ke peringkat separuh akhir menjadikan ini tahun ke 53 wakil negara kita tidak berjaya memecah kemarau unplaced.
Walaupun tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir, wakil Angola, Ana Coimbra berjaya memenangi anugerah dalam kategori Voice of Change menyaksikan kerja-kerja kebajikannya memberi impak besar.
Edisi kali ini menyaksikan lebih 85 wakil dari seluruh pelusuk dunia bertanding. Dalam pengumuman terkini, Mexico bakal menjadi tuan rumah edisi ke-73 Miss Universe tahun hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!