Selepas sedekad mencipta suara, tawa dan kenangan bersama pendengar, Jep Sepahtu secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada Sinar, stesen radio yang telah menjadi rumah keduanya selama 10 tahun.
Sepanjang tempoh tersebut, Sinar bukan sekadar tempat bekerja, tetapi menjadi ruang Jep membina hubungan erat dengan pendengar yang setia menemani setiap pagi mereka.
Keputusan Jep Sepahtu tinggalkan Sinar bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya lahir daripada perjalanan panjang yang penuh kenangan dan pembelajaran.
Dalam ucapan terakhir yang sarat dengan emosi, Jep tidak memilih untuk berbicara tentang pencapaian mahupun populariti.
Sebaliknya, beliau menzahirkan penghargaan tulus kepada pihak yang paling setia menyokongnya sejak hari pertama para pendengar Sinar.
Menurut Jep, tempoh 10 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Ia cukup panjang untuk menguji kesetiaan, kepercayaan dan sokongan yang benar-benar ikhlas.
Katanya, sokongan mungkin datang dan pergi, namun pendengar Sinar kekal bersamanya dalam setiap fasa perjalanan kerjaya, bermula dari era Sepahtu Reunion sehinggalah ke dunia penyiaran radio.
Ads
Kesetiaan Pendengar Menjadi Kekuatan Utama
Bagi Jep, kekuatan sebenar sepanjang berada di Sinar bukan terletak pada angka populariti semata-mata, tetapi pada kesetiaan pendengar yang terus setia walaupun arus perubahan melanda industri hiburan dan penyiaran.
Kepercayaan inilah yang menjadikan pengalaman selama sedekad itu sangat bermakna.
Isu Jep Sepahtu tinggalkan Sinar turut membuka mata ramai bahawa hubungan antara penyampai radio dan pendengar bukan sekadar profesional, tetapi terbina atas rasa percaya dan kejujuran yang berterusan.
Penghargaan Buat Rakan Penyampai Dan Pengurusan
Beliau turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada mentor, pihak pengurusan serta rakan-rakan penyampai yang pernah bergandingan dengannya sepanjang berada di Sinar.
Ads
Antara nama yang disebut termasuk rakan penyampai yang pernah menjadi pasangan siaran pagi seperti Rahim, Shuib, Angah, Eliza serta beberapa individu lain.
Setiap mereka memainkan peranan tersendiri dalam membentuk perjalanan profesional Jep sebagai penyampai radio.
Dinamika dan keserasian yang terjalin di udara bukan sesuatu yang mudah dibina, namun berjaya dicipta melalui kerjasama dan saling menghormati.
Dalam nada merendah diri, Jep turut memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh tersebut terdapat gurauan, kata-kata atau tindakan yang mungkin pernah mengguris perasaan mana-mana pihak.
Jelasnya, dunia radio menuntut keserasian dan chemistry, namun beliau mengakui tidak semua gurauan dapat diterima dalam keadaan dan emosi yang berbeza.
Ads
“Kalau ada kata-kata yang terkasar bahasa atau gurauan yang buat sesiapa terasa, saya mohon ampun dan maaf,” ujar Jep dengan penuh keikhlasan.
Ucapan perpisahan itu turut ditujukan khas kepada pendengar setia Sinar yang sentiasa berada di belakangnya selama ini. Jep mengakui, tanpa pendengar, segala usaha dan perjalanan selama sedekad itu tidak akan membawa makna.
Walaupun episodnya bersama Sinar kini berakhir, Jep berharap ukhuwah yang terjalin sepanjang tempoh tersebut tidak terputus.
Sebaliknya, ia diharap terus kekal sebagai kenangan manis serta doa yang baik-baik buat semua pihak yang pernah terlibat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Big Stage musim ke-5 (BS5) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah menyaksikan peserta bernama Nadeera Zaini, dinobatkan sebagai juara.
Dalam memacukan perjalanan seninya yang baharu sahaja bermula, label hiburan
terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment menghadiahkan lagu baharu khas buat Nadeera sebagai penghargaan terhadap kemenangannya.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Pn. Azlin Reza Azmi, dia menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi penyanyi itu selain menyifatkan bakat yang ada pada Nadeera sememangnya melayakkan dirinya untuk mendapat lagu baharu berkenaan.
“Sesungguhnya pihak Astro amat berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Nadeera. Sepanjang sepuluh minggu berentap, ramai telah menyaksikan kesungguhan serta kemampuan penyanyi ini yang sememangnya layak bergelar juara.
“Ternyata Big Stage merupakan tempat lahirnya bintang-bintang industri muzik baharu yang berkemampuan untuk mencapai kejayaan pada tahap internasional. Oleh itu, pihak Rocketfuel berbesar hati menghadiahkan sebuah lagu.
“Ciptaan komposer tersohor dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang merupakan pencipta lagu ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian penyanyi antarabangsa terkemuka, Justin Bieber. Kami berharap Nadeera mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan lagu yang bakal dirakamkan nanti.”
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd sememangnya menghargai bakat-bakat baharu yang lahir dari pertandingan realiti terutamanya terbitan Astro, dan sebagai tanda sokongannya terhadap industri muzik Malaysia, pendekatan sebegini selalunya diambil agar artis tersebut dapat berkembang lebih maju pada masa hadapan.
“Rocketfuel sememangnya memberikan sokongan dan galakan 100% untuk penggerak muzik pelapis baharu industri hiburan Malaysia agar mereka dapat pergi jauh lagi dalam kerjaya masing-masing.
“Sekali gus menjadikan program Big Stage sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan agar program ini lebih maju ke hadapan dengan konten-konten yang bermutu dan berkualiti,” ujar Ketua Rocketfuel Entertainment, En. Prem Anand.
Untuk info, produser muzik dan penyanyi-penggubah lagu asal Korea Selatan, Hyuk Shin telah menubuhkan team A-Rex yang bertanggungjawab menciptakan lagu popular ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian Justin Bieber pada tahun 2009 yang meledak.
Beliau juga telah bekerja dengan ramai penyanyi antarabangsa K-pop yang terkenal seperti GFriend, EXO, Shinee, DEAN, Oh My Girl, Girls’ Generation, Monsta X, NCT, GOT7 dan SF9.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Cik B di TikTok miliknya mencuri perhatian ramai selepas aksi spontan dan ‘rare’ yang ditunjukkan olehnya di gimnasium tular di media sosial.
Dalam video tu, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu dilihat menjadikan bodyguard sendiri sebagai punching bag.
“Gym tak ada punching bag,” tulis Cik B ringkas di ruangan kapsyen.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan dah pun meraih lebih 208 ribu tontonan, 18 ribu tanda suka dan 135 komen.
Rata-rata netizen terhibur dan tak sangka dengan aksi selamba Cik B itu.
“Cik B nak tanya, mana nak dapat punching bag tu?” seloroh seorang netizen.
“Cik B tolong kongsi link punching bag ini,” tambah seorang lagi dengan nada berseloroh.
“Helok (kacak) punching begnya pun…”sempat netizen lain ‘usha’ bodyguard tu juga.
Video berdurasi pendek itu menunjukkan Cik B serius sparring dengan bodyguard seakan-akan sedang berlatih seni mempertahankan diri. Tapi yang buat ramai teruja mestilah sebab ‘punching bag’ dia bukan calang-calang orang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sepanjang tujuh tahun lalu, pengunjung ke acara tahunan Nights of Fright akan mengerumuni Sunway Lagoon pada waktu malam untuk merasai suasana seram sempena Halloween.
Namun pada tahun ini, ‘hantu-hantu’ mereka nak keluar pada waktu siang pula!
Aik lain maciem..
Perubahan tersebut perlu dilakukan untuk mengikut piawaian standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Iyalah, kita kan tidak dibenarkan untuk mengadakan aktiviti pada waktu malam dalam kondisi orang ramai berkumpul.
Justeru, nama Nights of Fright telah ditukar kepada Day.Light.Fright sepanjang bulan Oktober ini.
Tapi itulah, bila sudah bertukar kepada siang hari, pengunjung masih akan merasa takut ke?
Menurut Sunway Lagoon, mereka masih mengekalkan 3 buah rumah hantu (Horrorwood, Sharknado Alive dan Zombie Lockdown) dan sebuah teater berhantu (ScaryTales Theatre) yang memerlukan pengunjung masuk ke ruang gelap.
Sharknado AliveZombie Lockdown
Selain daripada tarikan rumah hantu, menariknya pada tahun ini pengunjung akan dibenarkan untuk ‘enjoy’ di taman tema airnya. Haa berbaloi lah dengan harga tiket masuk
Pengunjung boleh memilih untuk datang pada setiap hari Sabtu dan Ahad, dari 3 Oktober sehingga 1 September ini.
Korang sudah boleh mendapatkan tiket Day.Light.Fright secara online DI SINI.
*
Sementara nak tempah tiket tu, jom lihat pengalaman REMAJA sendiri di Nights of Fright pada tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!