Setibanya musim minggu fesyen di kota-kota berstail Eropah, peminat grup K-pop wanita sensasi Blackpink pastinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan ahli kegemaran mereka di pertunjukan fesyen berbeza.
Bagi yang menggemari persona rapper dan pelakon Jennie Kim, tentunya korang akan setia menunggu gaya apa pula yang akan dipilih bagi pertunjukan fesyen Chanel; jenama yang telah diwakilinya sejak tahun 2017 lagi.
Saban tahun, Jennie tidak pernah gagal memberikan inspirasi kepada fesyenista sedunia dalam persalinan Chanel-nya; seperti yang dilakukannya pada petang ini.
Sempena pertunjukan koleksi Musim Bunga/Panas 2023 sebentar tadi, Jennie digayakan dalam dress paras peha dengan potongan sebelah bahu terdedah sambil dipadankan dengan jaket berpaten sama. Di atasnya tertera logo serta perkataan Chanel. Manakala dandanan rambutnya dibiarkan ringkas terikat dengan ikatan ponytail.
Ini bukanlah kali pertama nama Jennie trending di platform media sosial sewaktu kemunculannya di kota Paris itu.
Jom lihat lima lagi gaya Chanel Jennie sejak bergelar tetamu barisan hadapan di pertunjukan fesyen jenama Perancis itu.
Ads
Oktober 2018
Setelah dinamakan sebagai duta antarabangsa Chanel pada tahun 2017, ini merupakan kemunculan pertamanya di Minggu Fasyen Paris di mana dia glowing dalam set pantsuit berfabrik tweed. Warna biru yang dipilih amat bersesuaian dengan ilham percutian tepian pantai Chanel pada musim itu.
Mac 2019
Dengan persekitaran set serba putih ibarat winter wonderland, Jennie digayakan dalam dress putih dengan perincian piping hitam keemasan serta tali pinggang dempak Chanel. Persis puteri diraja Korea, bukan? Pertunjukan fesyen ini bertambah istimewa apabila ini merupakan koleksi terakhir yang direka oleh Karl Lagerfeld sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Ads
Oktober 2019
Yes, siapa boleh lupakan gaya ikonik ini? Bersempena pertunjukan Musim Bunga/Panas 2020, Jennie hadir dengan penampilan season appropriate dan chic dalam top biru, kardigan ungu serta seluar denim berona dusty blue. Khabarnya, tiga item yang dipakai oleh Jennie ini pantas habis terjual selepas pertunjukan fesyen ini!
Tepat dua tahun berlalu selepas sekatan pandemik COVID-19 melanda dunia. Bagi kemunculan comeback ini, Jennie tidak mengecewakan apabila bintang K-pop itu tampil daring dalam persalinan two piece bersama aksesori mutiara keemasan. Jennie benar-benar menggarap identiti sebagai gadis Korea ‘modern yet timeless‘ yang selalu dikaitkan dengannya.
Ads
Mac 2022
REMAJA merasakan gaya kelima ini merupakan salah satu gaya terbaik yang pernah disarungkan Jennie. Ia merupakan gabungan sempurna di antara gaya elegan, chic dan kasual; semuanya pada waktu yang sama.
Dah tahu bagaimana untuk bergaya ala Jennie, jom lihat apakah rahsia untuk cantik sepertinya pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah penantian selama tiga tahun, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh Miss Supranational Malaysia 2022, Melisha Lin tiba jua semalam.
Bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Melisha telahpun ‘terbang’ ke Poland bagi menyertai pertandingan Miss Supranational 2022 sambil ditemani oleh para penyokongnya yang setia menunggu waktu perlepasan.
Wakil Malaysia berusia 24 tahun itu manis berkebaya songket hasil ciptaan Senorita Wedding Planner dan ternyata teruja dengan detik tersebut.
“Kepada kesemua rakan dunia ratu cantik saya, wakil negara dan peminat yang datang dari sepelusuk negara untuk menghantar saya, terima kasih banyak-banyak.
“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya dan sama-sama ‘standing with me in the eyes of the world’. Saya akan lakukan yang terbaik demi membuatkan kita semua bangga. Teruskan menyokong dan mengundi saya di aplikasi Miss Supranational,” ujarnya.
Dalam pada itu, sewaktu ditemui REMAJA ketika majlis pemahkotaan tiara Miss Supranational rasminya pada 17 Jun lalu, Melisha sempat memaklumkan bahawa dia telahpun berkenalan dengan wakil-wakil ke Miss Supranational 2022 yang lain.
“Saya telah mendekati sebahagian daripada mereka dan seringkali berhubung. Kami tidak sabar untuk bertemu nanti dan saling mengucapkan tahniah kepada wakil yang baru saja dimahkotakan,” tambahnya.
Apabila ditanya mengenai tarikan Miss Supranational kepada diri Melisha sendiri berbanding pertandingan ratu cantik antarabangsa lain, graduan Pengurusan Pemasaran ini berkongsi maksud di sebalik gelaran ‘Supranational’ itu dan mengapa ia bermakna buatnya.
“Tahukah kamu, Supranational bermaksud ‘The Power to Influence’ atau ‘Kuasa untuk Mempengaruhi’. Saya selalu cuba mencipta impak dan mempengaruhi belia di luar sana.
“Saya mempunyai platform yang memberi kesedaran tentang kesihatan mental bernama YANA (You Are Not Alone) dan itulah yang saya gemar lakukan. Saya ingin sekali kembangkan YANA menjadi pergerakan antarabangsa yang memberi bantuan serta kesedaran mengenai kesihatan mental,” katanya.
Pada kesempatan ini, REMAJA mengucapkan all the best buat Melisha Lin dan semoga perjalanannya di Poland akan berjalan lancar dalam misinya untuk membawa pulang mahkota ‘Blue Crown’ yang diimpi-impikan seluruh rakyat Malaysia itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena ulang tahun ke-60 majalah sensasi Sports Illustrated Swimsuit, model hijabi Halima Aden diiktiraf sebagai salah seorang daripada 27 wanita ‘Lagenda’ yang menghiasi wajah hadapan ataupun cover majalah berkenaan.
Halima, 26 pernah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi wanita hijabi dan Muslimah pertama yang dipaparkan oleh majalah berkenaan.
Dalam paparan isu berkenaan, Halima menyarungkan burkini dan hijab – sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana penghias wajah tersebut.
Halima Aden.
Dan pada tahun berikutnya, sekali lagi gadis kacukan Somali-Amerika yang dilahirkan di Kenya itu diberikan kesempatan untuk dipaparkan sebagai gadis Sports Illustrated.
“Don’t change yourself, change the game..” – Halima aden
Bersempena isu khas ini, Halima kembali untuk menghiasinya dengan paparan perkembangan terbarunya.
Tampil eksklusif dalam balutan busana labuci merah jambu dan gaya hijab dalam rona sama, Halima berterima kasih apabila diberikan gelaran Sports Illustrated Swimsuit Legend di samping wanita-wanita hebat lain seperti Martha Stewart, Tyra Banks, Gayle King, Chrissy Teigen dan ramai lagi.
“Saya amat terharu, tidak percaya saya akan berada bersama begitu ramai wanita ikonik. Tetapi saya semestinya percaya saya juga bakal menjadi seorang ‘legenda’ seperti mereka satu hari nanti.
“Seiring dengan usia saya memasuki 26 tahun, saya rasa kita boleh saling membantu dengan terus memberikan peluang kepada orang baharu melakukan apa yang mereka inginkan, jadi autentik dan tidak mudah menghukumi orang lain.”
“Sports Illustrated Swimsuit tentunya adalah salah satu platform yang memberikan kami ruang untuk saling menyokong satu sama lain. Be each other’s biggest cheerleaders,” katanya dalam temubual itu.
Terdahulu, Halima pernah mengejutkan dunia peragaan fesyen apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia glamor setelah merasakan dirinya semakin menjauhi ajaran agama Islam apabila bergelar model popular antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss America merupakan sebuah pertandingan ratu cantik tertua di Amerika Syarikat bahkan di dunia, ia telah diadakan sejak tahun 1921 lagi. Uniknya pemenang pertandingan ini tidak akan mewakili negara untuk ke mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa.
Sebaliknya Miss America lebih memfokuskan kepada pemerkasaan wanita menerusi pemberian biasiswa pelajaran. Jadi tidak hairanlah jika peserta-peserta pertandingan ini semuanya memiliki latar pendidikan yang baik. Menariknya, acara baju renang tidak lagi diadakan sebagai sebahagian dari cabaran dalam pertandingan ini.
Terbaharu, Grace Stanke,20, berasal dari Wisconsin telah dinobatkan sebagai Miss America 2023.Dia berjaya mengalahkan 50 peserta lain untuk memenangi sebuah mahkota dan juga biasiswa bernilai USD50 ribu. Pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dari University of Wisconsin ini telah dimahkotakan oleh pemenang Miss America 2022, Emma Broyles.
Grace bermain biola dalam segmen bakat, menjawab soalan di atas pentas, berjalan di landasan dengan gaun petang dan menekankan matlamat kerjayanya sebagai penyokong kuasa nuclear. Dia memukau panel hakim dengan jawapannya semasa segmen permaidani merah dan juga soal jawab di pusingan akhir.
Satu momen menarik, Miss America 2022 menggayakan gaun dengan wajah-wajah pemenang Miss America sebelum ini. Iconic!
Miss New York, Taryn Delanie Smith dinobatkan sebagai naib juara. Manakala Miss Texas, Averie Bishop dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Melengkapkan kedudukan lima terbaik adalah wakil West Virginia, Elizabeth Lynch dan wakil Georgia, Kelsey Hollis. Mereka masing-masing berpuas hati di kedudukan keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!