
Di waktu endemik COVID-19 sekarang ini yang masih menyaksikan puluhan ribu kes positif setiap hari, ramai yang berkongsi info berguna tentang jenis-jenis ubatan yang boleh diambil sewaktu disahkan positif.
Antara simptom yang kerap berlaku kepada pesakit COVID-19 adalah sakit tekak dan batuk. Sebelum ini kami pernah berkongsi info berkaitan dengan ubat spray yang boleh melegakan kesakitan tekak, kini kami ingin kongsikan pula jenis-jenis ubat hisap yang paling popular bagi merawat sakit tekak, Difflam.

Jom kita lihat antara jenis-jenis Difflam yang sesuai dengan kegunaan korang untuk dijadikan rujukan semasa membeli.
1. Difflam Anti Inflammatory Lozenges with Anti Bacterial
Legakan sakit tekak, kurangkan radang dan bunuh kuman.
2. Difflam Anti Inflammatory Anti Bacterial Lozenges with Cough Suppressant
Legakan sakit tekak, kurangkan radang dan bunuh kuman + legakan batuk.

3. Difflam Hextra Sore Throat Lozenges
Legakan sakit tekak, kurangkan radang dan bunuh kuman + rasa kebas.

4. Difflam Forte – Jenis spray
Legakan sakit tekak, kurangkan radang dan bunuh kuman.

5. Difflam C
Antiseptic bunuh kuman.

Selepas ini kalau nak beli korang dah tahu yang mana sesuai mengikut jenis-jenis kesakitan. Pilihlah ubat yang tepat agar dapat membantu menyembuhkan dengan segera.
Apa-apa pun diharap kita semua dilindungi daripada virus berbahaya ini dan semoga penularan COVID-19 semakin berkurangan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekolah Buka : Separuh Pelajar Di Dalam Kelas, Separuh Lagi Di Rumah

Jika mengikut perancangan awal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekolah menengah di seluruh Malaysia dijangka akan bersedia untuk dibuka kembali bermula 3 Oktober ini membabitkan ‘batch’ pertama pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
Namun persoalan sama ada ia selamat untuk membenarkan keseluruhan pelajar tingkatan lima dan enam untuk berada dalam kompaun sekolah tersebut masih menjadi tanda soal terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang risau akan faktor kesihatan dan keselamatan anak mereka.
Apakah meja kelas perlu disusun pada jarak 1 meter? Adakah cukup ruang kelas yang ada bagi memuatkan para pelajar yang pastinya akan melimpah disebabkan penjarakan fizikal ini. Banyak persoalan yang timbul sebenarnya. Lalu, sidang media khas yang dikendalikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin pada sebelah petang ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan baharu dengan strategi pembukaan semula sekolah.
Pertamanya, sekolah akan menggunakan sistem penggiliran minggu di dalam kelas. Kaedah ini membahagikan pelajar kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dan kedua akan dibenarkan mengikuti kelas di sekolah secara bergilir-gilir.

Kapasiti 50 peratus saja kumpulan pelajar yang akan hadir pada minggu pertama manakala 50 peratus lagi akan mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah atau PDPR. Memasuki minggu kedua, mereka akan bertukar giliran dan pusingan ini akan terus dilaksanakan.
Kaedah ini demi mengurangkan risiko jangkitan di dalam kelas serta mengelakkan keadaan bersesak yang dialami di luar sekolah sewaktu masa kehadiran dan masa pulang pada tahun lalu.
Pendekatan terbaru ini diambil setelah pihak kementerian menerima pandangan dari semua pihak terbabit bagi mencari jalan tengah terbaik. Akui Datuk Radzi, ini bukanlah satu kerangka sempurna dan ia tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Namun buat masa ini, ia adalah satu kerangka terbaik dalam konteks pemulihan negara terutamanya dalam sektor pendidikan.
“Apa yang penting adalah membawa kembali anak-anak ini ke sekolah kerana mereka telah lama renggang daripada sekolah. Maka sebab itu, keputusan dibuat melihat kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada kaedah penggiliran ini. Mereka bebas untuk hadir ke sekolah pada setiap minggu atau tidak perlu hadir ke sekolah lalu meneruskan sistem PdPR yang dilaksanakan selama ini. Ia diberikan kepada:
- Murid Berkeperluan Khas (MBK) di SMKPK/SMPKV/SKPK dan PPKI.
- Murid tingkatan 6 semester 2 dan IBD Tahun 2.
- Murid sekolah asrama sepenuhnya – Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SABK Berasrama Penuh, Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Malaysia.
- Murid kelas peperiksaan antarabangsa – IGSCE O-Level, A Level, Australia Higher School Certificate & IBDP.
- Murid prasekolah/tadika swasta/pusat perkembangan minda (4-6 tahun)
- Sekolah kurang murid (kurang dari 150 murid)
*
Datuk Radzi juga mengingatkan bahawa semua sekolah di negeri Fasa Satu perlu meneruskan sistem PdPR dan masih tidak dibenarkan pulang ke sekolah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diberi 10 Minit Tatap Jenazah Isteri, Banduan Sebak 6 Anak Kecil Rangkul Kaki

Al-Fatihah untuk arwah.
Namun perkongsian majikan ini Hamidah Sulaiman di fbnya yang berkongsi nasib pekerjanya yang maut dalam kemalangan semalam begitu menyentuh hati.
Kalau ada usaha kita untuk membantu, bantulah agar nasib anak-anak ini dipelihara apatah lagi dua hari lagi kita akan melalui bulan Ramadan.
Baca kisah dikongsi majikan arwah.
Ini kisah anak-anak arwah staff saya yang meninggal dunia semalam. Mereka 6 beradik.
Sulung darjah 6 yang bongsu satu tahun setengah. Hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Kematian yang amat menginsafkan.
Ini kisah mereka sekelurga.
Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar arwah selepas solat Jumaat tadi. Jenazah belum sampai. Masih di hospital.
Suaminya di dalam penjara. Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan arwah yang membayar wang denda sehingga lah yang kali terakhir ini arwah sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Arwah, mama hebat. Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan nasi lemak. Arwah menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas. Pulang semula ke rumah menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi.
Selesai menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Bekerja sebagai cleaner di sebuah bank. Jarak perjalanan ke tempat kerja antara 30-45 minit.
Setiap sabtu dan ahad arwah akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit.
Baru saya tahu. Tiada sehari pun hari rehat buat beliau. Arwah bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau 7 beranak.

Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah. Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi.
Hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu jenazah sampai ke masjid. Sepanjang menunggu saya mendengar cerita-cerita baik tentang arwah.
Sehinggalah selesai solat jenazah, apabila imam berkata bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab ‘baik’. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab baik. Kata Imam,
Ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami arwah tiba, boleh la melihat dan mencium arwah buat kali terakhir.
Hiba.
Anak-anak arwah dipimpin oleh saudara mara ke hadapan. Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang berlaku. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya.
Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami arwah.
Sebak
Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak arwah. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dari pintu masjid. Tangannya bergari sebelah. Ditemani 2 orang pegawai penjara.
Allah.. air mata ini tidak dapat aku tahan. Sungguh, cerita seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali.
Suaminya terus dibawa ke hadapan jenazah. Menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak arwah memeluk ayah mereka. Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini. Si kecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan momen ini.
Tidak sampai 10 minit, lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya, penjara! Tidak dapat menghantar arwah isteri ke tempat rehatnya yang abadi.
Wahai pekerjaku yang baik budi dan berdedikasi, engkau meninggalkan senyuman di wajahmu. Sudah kerap kali kau mengadu penat pada kawan mu sekalipon tidak pernah engkau ceritakan masalah ini kepada majikanmu.
Semalam, Allah SWT merehatkan mu. Habis sudah penat mu di dunia ini bekerja siang malam, menguruskan anak-anak dan menjaga maruah suami mu sehinggakan aku majikan mu tidak tahu langsung kamu bekerja seorang diri menyara keluarga.
Wanita hebat,
Semoga Allah SWT lapangkan kuburmu menempatkan rohmu bersama orang-orang soleh.
Kuatkan lah hati anak-anak ini. Masih terniang perbualan terakhir saya bersama arwah minggu lepas di Sultan Salai, akak hantar semua anak-anak akak masuk sekolah cina. Sebab akak nak anak-anak akak pandai berdikari.
Sehingga cacatan ini ditulis, sebak masih ada. Siapalah yang akan menjaga 6 orang anak arwah sementara ayah mereka di dalam penjara. Arwah sudah tidak mempunyai bapa, ibu mertua dan ayah mertua.
.
.
Catatan saya ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, ambillah pengajaran daripada kisah benar ini.
Sebelum melakukan apa-apa yang boleh merosakkan diri sendiri, ingat juga kesan yang akan terjadi kepada anak-anak dan isteri akibat perbuatan diri sendiri.
Allah SWT susun jalan cerita seperti ini untuk memberikan pengajaran kepada kita semua yang masih bernyawa.
*SUMBANGAN DAN BANTUAN IKHLAS*
Assalamualaikum..
Terima kasih pad yg cakna & alert tentang
*6 BERADIK KEHILANGAN IBU DALAM KEMALANGAN MOTOR*
Pada 25 April 2019 (Khamis) ketika baru pulang dari tempat kerja sebagai cleaner di sebuah bank di rembau..
Anak yang sulung berumur 12 tahun (darjah 6) dan Yang bongsu berumur (setahun).
Buat sementara waktu mereka kini tinggal bersama pakcik saudara di Kampung Legong Ulu, Kota, Negeri Sembilan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau mahu membuat sumbangan ikhlas pada anak-anak tersebut boleh berhubung dengan penjaga waris :
*NORAZILA BT SAHRAN*
(IBU SAUDARA)
No Tel: 0167534022
*SAJIRIN BIN KASSIM*
(DATUK SAUDARA)
No Tel: 0193508629
Akaun : CIMB
( 0504 000 5041205 )
Sebarang maklumat selain dari di atas adalah tidak benar sama sekali. Wallahualam..
Sekiranya tidak mampu bantu, bantulah share, semoga ada insan-insan yang dapat membantu anak-anak kecil ini dan keluarga terdekat. Allah kira semua itu walaupun kita hanya sekadar share.
C&P
Semoga semua urusan 6 beradik ni dipermudahkan oleh Allah.. Aamiin.
Al fatehah untuk arwah ibunya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
UiTM Anjak Tarikh Pentaksiran & Penilaian, Elak Lebih Ramai Pelajar Tertekan

Perkhabaran mengenai pemergian seorang pelajar dar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kedah (kampus Sungai Petani) semalam telah mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan pelajar institusi itu sendiri.
Menerusi memo yang dikeluarkan oleh pejabat Pengurusan Persatuan Pelajar (OMSA) semalam, pelajar tersebut dikenalpasti sebagai Allahyarhamah Nur Natasya Ezreen binti Azemi. Begitupun, pihak institusi tidak menyertakan memo bersama penjelasan punca di sebalik pemergiannya.


Dalam pada itu, pihak UiTM menerusi akaun Facebook rasmi Hal Ehwal Akademik UiTM (BHEA) mengeluarkan kenyataan pada hari ini berhubung pembaharuan jadual pembelajaran mereka.
Untuk pengetahuan, UiTM kini bersiap sedia untuk memulakan minggu penilaian akhir semester bermula 22 Julai hingga 12 Ogos 2021.
Atas dasar prihatin setelah mendengar berita kesakitan, kesusahan, kelaparan, kesempitan hidup malah kematian dalam kalangan warga UiTM akibat pandemik COVID-19, BHEA berharap agar para pelajar, terutamanya dapat mengawal emosi dengan bijaksana dan dapatkan bantuan segera sekiranya perlu.
UiTM juga mengambil keputusan untuk membenarkan aktiviti pentaksiran dan penilaian dilanjutkan sepanjang minggu penilaian akhir hingga bulan Ogos 2021. Ini termasuklah ujian, kuiz, tugasan akademik, projek dan ‘Final Year Project’ (FYP) para pelajar.
Justeru, pelajar diharap dapat menggunakan peluang ini untuk berbincang dengan pensyarah, penasihat akademik dan fakulti/kampus mereka bagi tujuan penjadualan semula tarikh-tarikh penting dalam jadual akademik mereka.
“Marilah kita sama-sama satu UiTM dan Malaysia tanpa mengenal siapa anda, berdoa agar kita semua berada dengan baik-baik sahaja,” catat akaun tersebut tengah hari tadi.

Rata-rata pelajar di media sosial memberikan respon positif di atas inisiatif ini agar kesejahteraan para pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran jarak jauh (ODL) terjaga.
Warganet turut berharap agar lebih banyak institusi lain yang mengambil tindakan serupa sebelum apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku dalam kalangan pelajar mereka.
Ingat korang, jika merasa tertekan ataupun penat, berhenti dahulu daripada terus mengulang kaji dan berehat sekurang-kurangnya untuk 5 minit. Walaupun kita sedaya mungkin cuba mengejar dateline tugasan dan sebagainya, kesihatan mental dan fizikal kita lebih utama.
Terdahulu, REMAJA telah menemubual pengarah klinikal Solace Asia, Dr Prem dan mendapatkan tip penjagaan kesihatan mental semasa tempoh perintah berkurung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

