Setelah kira-kira dua tahun pentas Puteri Indonesia sepi dek pengunduran negara seberang itu daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 yang dlangsungkan di Eilat, Israel; akhirnya kelmarin seorang juara baharu telahpun dimahkotakan sebagai Puteri Indonesia 2022.
Wakil dari Bali itu dikenali sebagai Laksmi Shari De Neefe Suardana yang juga merupakan anak kepada penganjur acara Ubud Writers Festival di Bali, Janet De Neefe.
Jelas terpancar keceriaan pada wajah Laksmi sesudah dirinya mengenepikan saingan 43 orang gadis lain yang mewakili 34 provinsi dari seluruh Indonesia.
Memasuki segmen utama pertandingan tersebut iaitu segmen soal jawab bagi tiga peserta terbaiknya, Laksmi telah menerima soalan daripada Penasihat Utama Yayasan Puteri Indonesia; Putri Kuswisnu Wardani yang berbunyi;
Ads
“Apakah pernah ada pengalaman dalam kehidupan kamu yang ingin kamu ubah. Sama ada ya ataupun tidak, jelaskan jawapan kamu,” katanya.
Ini merupakan jawapan Laksmi dalam bahasa Inggeris yang memahat nasibnya sebagai juara Puteri Indonesia 2022:
Ads
“Saya tidak pernah memiliki pengalaman lampau yang buruk dan saya sesali sebelum ini. Saya percaya dunia ini sudah direncanakan untuk saya dan ia membantu saya berkembang menjadi seorang insan yang lebih kuat, bijak.
“Itulah sebab mengapa saya mampu berdiri di sini pada malam ini, berkat pengalaman telah mengajar saya menjadi insan yang lebih baik, lebih berani. Dan saya tahu saya mampu mencapai apa-apa perkara sekalipun,” katanya.
Sebaik sahaja menyampaikan jawapan tersebut, juri sebulat suara memilih Laksmi sebagai Puteri Indonesia 2022 sekaligus akan mewakili Indonesia ke pentas Miss Universe 2022 kelak. Naib Juaranya pula ialah Cindy May McGuire yang sekaligus menggalas gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2022 manakala peserta kegemaran, Adinda Chresheilla dari Jawa Timur pula di tempat ketiga lalu menggalas gelaran Puteri Indonesia Pariwisata 2022.
Ads
Turut memeriahkan malam kemuncak kelmarin ialah Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India, Naib Juara Miss Supranational 2022, Karla Guilfu Acevedo dari Puerto Rico dan Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat dari Thailand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah dengar tentang mySalam tak? Untuk pengetahuan korang, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Jika sebelum ini skim perlindungan insuran ini hanya diberi kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berpendapatan RM24,000 setahun ke bawah dan menetapkan 36 jenis penyakit kritikal di mana tuntutan boleh dibuat tetapi mulai semalam, kerajaan telah memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 iaitu individu yang mempunyai pendapatan kasar melebihi RM100,000 setahun. RM8000, banyak juga tukan.
Senarai 45 penyakit kritikal yang disenaraikan ialah pembedahan otak, kanser, Alzheimer, koma, pembedahan pintasan arteri koronari, pekak (kekal & tak boleh pulih), kegagalan hati tahap akhir, serangan jantung (keterukan tertentu), hilang upaya sendiri, kelumpuhan anggota, Parkinson, strok/ angin ahmar, kelecuran (tahap teruk) dan banyak lagi.
Memetik portal FMT, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perluasan skim ini dijangka akan membawa manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020.
Jelasnya, golongan itu boleh melengkapkan proses pendaftaran bermula hari ini (11 Feb) hingga 31 Mac dan membuat tuntutan mulai Mei akan datang.
“Selepas tarikh (pendaftaran) tersebut, semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mengemukakan tuntutan masin-masing,” katanya dalam ucapan majlis perluasan skim mySalam di Kementerian Kewangan.
Hadir sama, Timbalannya Amiruddin Hamzah, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye.
Skim mySalam yang dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 24 Jan tahun lalu merupakan perlindungan takaful yang disediakan kepada golongan B40 melalui kerjasama awam swasta antara kerajaan persekutuan dan Great Eastern Takaful Bhd.
Perlindungan takaful itu disediakan dengan memberi bayaran bantuan tunai sekali gus sebanyak RM8,000 bagi mereka yang disahkan menghidap salah 1 daripada 45 penyakit kritikal serta elaun hospital harian sebanyak RM50 sehari atau maksimum RM700 setahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Love, Bonito, jenama pakaian wanita terkemuka di Asia Tenggara baru-baru ini meraikan kegembiraan bersama menerusi pembukaan kedai utama mereka di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Era di mana sambutan Tahun Baru Cina kelihatan berbeza bagi setiap keluarga, Love, Bonito meraikan perbezaan ini dengan koleksi baharu mereka bertemakan ‘Modern Reunions’.
Menampilkan gaya oriental moden, koleksi baharu ini tersedia dengan gaya kembar ibu-anak dan pakaian keluarga yang sepadan untuk majlis makan besar yang semestinya tidak dapat dilupakan.
Dengan pembukaan kedai keenam dan yang terbesar di Malaysia, Love, Bonito
meneruskan sambutan mereka dengan menampilkan Koleksi Tahun Baru Cina yang semestinya bakal menarik hati penggemar fesyen.
Setiap pakaian melambangkan simbol kebersamaan dengan pilihan warna bertuah, sulaman eksklusif Opulent Florals, dan tekstil broked Heirloom Botanicals dan Rekindled Blooms.
Rachel Lim, Pengasas Bersama Love, Bonito, menyatakan bahawa jenama ini
amat berbangga dengan kemampuan mereka dalam memenuhi keperluan wanita Asia Tenggara, khususnya menerusi koleksi kali ini.
“Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang sangat istimewa bagi semua dan kami
di Love, Bonito mahu menjadikan ini pengalaman yang bermakna bagi setiap
keluarga, sama ada bagi mereka yang baru bergelar ibu, keluarga pelbagai budaya,
dan mereka yang telah kehilangan orang tersayang,” kata Rachel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002 berkata, terdapat lebih 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi, 55 peratus berbanding 45 peratus daripada lelaki. Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2016 pula, kanser adalah kematian tertinggi di hospital kerajaan.
“Kematian akibat kanser payu dara adalah sebanyak 32.1 peratus, kanser kolon (10.7%) dan kanser serviks (7.7 %). Manakala bagi lelaki, kematian akibat kanser kolon mendahului dengan 16.4 % diikuti kanser paru-paru (15.8%) dan Nasopharynx Cancer (8.1 %).
Oktober merupakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara dan wanita digalakkan membuat pemeriksaan rapi
Fakta yang sangat menakutkan, 1 dari 19 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara.
Jika dahulu kita beranggapan kanser genetik (keturunan) tetapi sebenarnya tabiat pemakanan adalah punca kita mendapat penyakit digeruni ramai ini.
Dan lebih menakutkan, antara kajian mendapati pengambilan makanan sejuk beku seperti daging proses yang kita makan dan masak setiap hari boleh menjadi penyebabnya. Hendak buat spageti kita guna daging kisar sejuk beku, hendak buat meat ball leleh, kita gunakan juga.
Bila anak-anak nak makan burger kita buka peti ais dan masak. Hujung minggu bawa lagi anak-anak nikmati di restoran makanan segera. Dan kerana tabiat-tabiat pemakanan inilah merupakan penyebab kanser terjadinyanya kanser payudara.
Baca penerangan dibuat oleh pakar perubatan, Dr Zubaidi Haji Ahmad.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa bukan hanya pil hormone boleh menyebabkan kanser payudara tetapi dengan memakan daging berproses seperti bacon dan sausej secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
Seseorang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah umur, faktor keturunan, dan faktor terdedah pada perkara yang merangsangkan kanser.
Dalam kajian yang dibuat di Britain :
-1 dalam 7 wanita UK didiagnosa mengalami kanser payudara sepanjang hidup mereka.
-kurang 1% dari kes kanser payudara disebabkan oleh pil perancang kehamilan
-2% kes kanser payudara disebabkan oleh pil hormon yang diamalkan selepas menopause
-8% kes kanser payudara disebabkan oleh obesiti dan berlebihan berat badan
-5% kes kanser payudara disebabkan tidak menyusukan anak (not breastfeeding).
Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang bersumberkan daging berproses secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi mempunyai risiko 9% lebih tinggi dari wanita yang mengambil makanan seperti dalam kuantiti yang sedikit.
Kajian ini bertepatan dengan kajian yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO), yang mengatakan bahawa daging yang berproses menyebabkan kanser.
Walaupun ramai pakar menganggap ia adalah risiko yang kecil, tetapi siapa sangka bilangan yang kecil itu mungkin adalah kita. Kita termasuk bilangan yang kecil itu.
Ramai yang mengalami penyakit kanser payudara sendiri tidak menyangka mereka adalah golongan berisiko. Jadi lebih baik berhati-hati dan memberi perhatian kepada apa yang kita makan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengariskan pengambilan makanan daging sejuk beku ini mendedahkan wanita kepada kanser payudara lebih cepat jika kerap mengambilnya dengan kadar yang banyak berbanding yang jarang mengambilnya
Kajian yang diterbitkan itu melibatkan data lebih sejuta wanita. Kajian ini mengaitkan peningkatan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses dengan risiko kanser payudara. Namun kajian itu tidak menjelaskan adakah ia disebabkan oleh daging yang diproses atau proses pengilangan yang sedia kita tahu yang melibatkan penambahan pengawet, perasa dan pewarna agar daging yang berproses itu lebih tahan lama, lebih cantik dan lebih sedap.
Berapa banyak pengambilan daging berproses yang dibenarkan? Saya mencadangkan agar kita mengelakkan pengambilan daging berproses, kecuali kita tiada pilihan lain.
Pengambilan daging berproses sebanyak 9g atau lebih selama dua hari dalam seminggu, dianggap sebagai pengambilan yang berlebihan.
Dalam kajian terdahulu, di United Kingdom kira-kira 14 dari 100 wanita di sana akan mengalami penyakit kanser payudara sepanjang hidup mereka.
Penambahan 9% risiko akibat mengambil daging berproses akan menyebabkan penambahan satu lagi dari kes dalam setiap 100 orang wanita.
Namun begitu harus difahamkan, bahawa memakan daging merah dan memakan daging berproses adalah dua keadaan yang berbeza, walaupun kebanyakan daging berproses adalah daging merah.
Dalam kajian yang dijalankan dan diterbitkan dalam International Journal of Cancer, risiko ini hanya berlaku pada wanita yang mengambil daging berproses, bukannya mengambil daging merah.
Amalkan pengambilan daging merah segar dan bukannya daging sejuk beku. Nampak mudah disediakan tapi bahaya pada kesihatan
WHO sendiri menyenaraikan daging berproses sebagai faktor penyebab kanser yang menjadi punca utama penyakit kanser usus besar (kolon). WHO juga memberitahu daging merah itu sendiri mungkin penyebab kanser (red meat is “probably carcinogenic”).
Apakah itu daging berproses? Ia adalah daging yang telah menjalani proses di kilang bagi melambatkan kerosakan pada daging itu dengan menambahkan bahan pengawet, atau mengubah rasa daging itu dengan menambah perasa atau menampakkan daging tersebut lebih cantik dengan menambah pewarna agar daging tersebut nampak masih merah walaupun telah dikeluarkan lebih dari sebulan. Ini termasuk bacon, sausej, hot dogs, salami, daging burger dan seangkatan dengannya.
Bagaimana daging berproses ini menyebabkan kanser? Bahan-bahan kimia yang ditambah seperti pengawet, perasa dan pewarna adalah bahan yang bahaya jika diambil secara berterusan dalam makanan yang berproses.
Dengan menambahkan bahan-bahan itu pada daging merah, bahan-bahan ini berinteraksi dengan protein pada daging sehingga menyebabkan daging berproses ini menjadi karsinogenik. Karsinogenik adalah bahan yang merangsang terjadinya kanser.
Perlukah kita menghentikan pengambilan daging berproses? Pakar Perubatan Masyarakat Dr Maryam Farvid, dari Harvard TH Chan School of Public Health di Amerika Syarikat mencadangkan agar kita mengurangkan pengambilannya, jika tidak mampu menghentikannya.
Beliau memberitahu pengambilan daging merah dan daging berproses tidak melebihi 70g sehari.
Pada pendapat saya sendiri, semakin kita menghindari makanan yang berasaskan daging berproses ini semakin rendah kita mengalami penyakit kanser payudara ini.
Kita harus melatih keluarga terutamanya anak-anak kita, agar mengurangkan pengambilan makanan berproses terutamanya dagng berproses kerana ia bukan saja boleh menyebabkan kanser payudara tetapi juga kanser colon.
Semoga bermanfaat.
-Dr Zubaidi Hj Ahmad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!