Pernah dengar tentang mySalam tak? Untuk pengetahuan korang, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Jika sebelum ini skim perlindungan insuran ini hanya diberi kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berpendapatan RM24,000 setahun ke bawah dan menetapkan 36 jenis penyakit kritikal di mana tuntutan boleh dibuat tetapi mulai semalam, kerajaan telah memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 iaitu individu yang mempunyai pendapatan kasar melebihi RM100,000 setahun.
RM8000, banyak juga tukan.

Senarai 45 penyakit kritikal yang disenaraikan ialah pembedahan otak, kanser, Alzheimer, koma, pembedahan pintasan arteri koronari, pekak (kekal & tak boleh pulih), kegagalan hati tahap akhir, serangan jantung (keterukan tertentu), hilang upaya sendiri, kelumpuhan anggota, Parkinson, strok/ angin ahmar, kelecuran (tahap teruk) dan banyak lagi.

Korang boleh masuk ke laman web nie untuk tahu senarai 45 penyakit teruk https://www.mysalam.com.my/b40/info/?

IKLAN

Memetik portal FMT, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perluasan skim ini dijangka akan membawa manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020.

Boleh Claim RM8000 Dari Kerajaan Jika Kena 45  Penyakit Kritikal Ini, Rugi Jika Tak Tuntut

Boleh Claim RM8000 Dari Kerajaan Jika Kena 45  Penyakit Kritikal Ini, Rugi Jika Tak Tuntut

Jelasnya, golongan itu boleh melengkapkan proses pendaftaran bermula hari ini (11 Feb) hingga 31 Mac dan membuat tuntutan mulai Mei akan datang.

IKLAN

“Selepas tarikh (pendaftaran) tersebut, semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mengemukakan tuntutan masin-masing,” katanya dalam ucapan majlis perluasan skim mySalam di Kementerian Kewangan.

IKLAN

Hadir sama, Timbalannya Amiruddin Hamzah, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye.

Skim mySalam yang dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 24 Jan tahun lalu merupakan perlindungan takaful yang disediakan kepada golongan B40 melalui kerjasama awam swasta antara kerajaan persekutuan dan Great Eastern Takaful Bhd.

Perlindungan takaful itu disediakan dengan memberi bayaran bantuan tunai sekali gus sebanyak RM8,000 bagi mereka yang disahkan menghidap salah 1 daripada 45 penyakit kritikal serta elaun hospital harian sebanyak RM50 sehari atau maksimum RM700 setahun.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI