Jarang Makan Buah & Lebihkan Fast Food, Bila Kahwin Jangan Menyesal!

Share

Buah-buah merupakan makanan yang wajib diambil setiap hari. Ini kerana kandungan nutrisinya memang sangat diperlukan oleh tubuh. Jika makan buah-buah setiap hari, korang bukan saja boleh dapat merampingkan tubuh tetapi sistem pencernaan juga lebih mudah.

Tetapi ramai yang mengambil remeh pengambilan buah-buahan atas pelbagai alasan. Tak jumpa, susah nak beli, tak suka makan dan pelbagai alasan lagi.

Sebelum terus beralasan, baca kajian yang ditulis oleh seorang profesor mengenai risiko tak suka atau jarang makan buah dan apabila kita selalu melebihkan pengambilan fast food dalam kehidupan seharian.

Baca tulisan oleh Dr Syahr di laman fbnya mengenai kajian “menakutkan” ini.

 

Kajian di Australia oleh Professor Claire Roberts dari The University of Adelaide mendapati wanita yang tak suka atau jarang makan buah-buahan mempunyai risiko 12% lebih tinggi sukar untuk mengandung berbanding wanita yang makan buah-buahan.

Kajian oleh kumpulan saintis dan pakar perubatan yang sama mendapati wanita yang suka makan makanan segera (1 hingga 4 kali seminggu) menghadapi 16% lebih sukar untuk hamil berbanding wanita yang tidak makan makanan segera.

Jadi, mana-mana wanita yang sukar mengandung yang tak suka makan buah, boleh cuba perbanyakkan makan buah. Mana-mana wanita yang sukar mengandung yang suka makanan segera, kurangkanlah makan makanan segera.

Sebagai ibu bapa, salah satu aspek pendidikan anak-anak yang kita wajar beri penekanan adalah ajar anak-anak (terutamanya anak perempuan) supaya suka makan buah-buahan segar dan supaya tak suka makan makanan segera seperti jajan, donat manis berkalori tinggi dan seumpamanya.

Bukan ajar anak makan supplemen itu ini, bukan selalu bawa anak makan mi Maggi. Ada baiknya kurangkan makan KFC, McDonald’s, Baskin Robin, dan seumpamanya. Sekali-sekala, bolehlah.

Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
07/05/2018 #ParentingDrSyahr

IKLAN