Saban minggu, nama pelakon dan pengacara, Janna Nick pasti tidak pernah lekang daripada menduduki carta topik trending di Twitter.
Namun semuanya dilihat kerana kontroversi ‘perbalahan dengan warganet’ hingga menyeret namanya ke lubuk negativiti.
Kami sangkakan Janna sudah lali dengan cercaan yang dilontarkan kepadanya…tetapi satu lagi kontoroversi melandanya.
Kali ini, situasinya sedikit berbeza apabila Janna dikaitkan dengan seorang selebriti K-pop yang telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu iaitu Jonghyun, salah seorang ahli grup SHINee.
Biarpun sudah tiga tahun berlalu sejak video tular Janna dan pelakon, Sharifah Sakinah mengelakkan pemergian artis K-pop itu, nampakn K-Netz tidak mudah untuk melupakannya ya.
Lalu, demi memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap video yang kembali ditularkan itu, Janna memuat naik video baharu di akaun media sosialnya.
Ads
Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
“Jujur demi Allah, saya tak tahu-menahu pasal video artis K-pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu. Saya hanya gelak sahaja dalam video itu.
“Tapi kalau perkara ini dibesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini sudah tak kelakar. Apa ini adik-adik? Jadi saya nak beritahu saya sumpah demi Allah saya tak tahu,” katanya sambil memegang Al-Quran ketika melakukan pengakuan itu.
Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
Okay, Janna pun sudah perjelaskan semuanya, mengapakah warganet masih seakan berdendam dengannya?
Mengikut tinjauan REMAJA kepada kata-kata warganet mengenai isu ini, Janna kata mereka dilihat kembali ‘menghentam’ peminat K-pop yang disifatkannya melontarkan kata-kata yang terlalu kasar dan kesat.
Ads
“Segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus, atau saya menyanyi tak sedap.. saya boleh terima. Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima.
“Mungkin kadang-kadang saya terlebih cakap. Tapi apa yang awak rasa itu sama ke dengan apa yang saya rasa,” katanya yang merasakan dirinya difitnah dengan kata-kata segelintir warganet.
“Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf? Disebabkan saya tak suka nak layang benda-benda ini, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hati.”
“Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-pop. Saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa. Saya minat maaf,” tuntas pelakon ‘Melastik Ke Hatimu’ itu.
Sumber: Tangkap Layar Twitter @jannanick.
Ads
Janna Nick ‘Hilang’ Dari Radar?
Sehari selepas permohonan maaf Janna Nick itu dilakukan, hashtag #JannaNickIsGongToJailParty dilihat tiba-tiba bertebaran di radar Twitter Malaysia.
Rupa-rupanya, isu video dari tahun 2018 itu telah mendapat perhatian peminat K-pop dari Korea Selatan dan hashtag tersebut telah disokong oleh peminat di sana.
Bukan hanya isu mempersendakan mendiang Jonghyun yang membuatkan mereka tidak berpuas hati. Malah, mereka turut menyelar salah seorang karakter dalam telemovie arahan Janna ‘Delen’ yang diberikan nama Lisa Blackpig (merujuk kepada Lisa Blackpink).
Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
Lantas mereka tidak membuang masa dengan mengutuk perbuatan Janna tersebut kerana tidak menghormati idol kegemaran mereka itu. Tinjauan REMAJA kepada akaun Instagram Janna Nick pula mendapati ia telah ‘kosong’ tanpa sebarang muat naik dan info.
Adakah Janna mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaunnya itu demi mendapat ketenangan buat sementara waktu atau akaunnya telah dinyahaktif kerana laporan peminat K-pop?
Mungkin benarlah telahan selebriti yang pernah terlibat dalam ‘perang’ bersama warganet sebelum ini, mereka tidak boleh menang apabila menentang mereka.
Situasi pandemik sepanjang tahun 2020 telah memaksa peminat muzik di seluruh dunia untuk akur dengan ketiadaan konsert daripada artis kegemaran mereka.
Oleh sebab itu, semakin ramai penggiat seni yang mencari alternatif untuk mendekatkan diri dengan peminat dengan cara melakukan konsert virtual berbayar secara atas talian.
Walaupun dilihat sebagai persembahan ‘online’ saja, namun korang akan terkejut apabila mengetahui ramai yang sanggup berbelanjaan membeli tiket akses demi melayan artis kegemaran masing-masing.
Namun baru-baru ini , dipetik dari Korea Herald, SM Entertainment bakal mengadakan konsert global yang akan diadakan pada 1 Januari 2021, 1 Petang (KST) dalam talian secara percuma sempena Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi. Wah!!!
Lagi menarik, Konsert ‘SMTOWN Live” ini akan live-streamed pada jumaat ini pada pelbagai platform media sosial termasuklah Youtube, Twitter, Facebook, TikTok, Japan KNTV, dan Beyond Live.
Last but not least, kalau korang nak tahu turut membuat persembahan di konsert ini secara percuma ialah artis terkenal SM Entertainment seperti Aespa, TVXQ, Super Junior, Taeyeon Girls’ Generation, Taemin SHINee, Baekhyun dan Kai EXO, Red Velvet, NCT dan ramai lagi. Are you ready?
Untuk info, mengunakan tema “Culture Humanity”, SM berkata persembahan istimewa ini direka untuk untuk menghiburkan dan membawa harapan baru kepada semua orang di seluruh dunia yang mengalami kesukaran dengan pandemik COVID-19 pada Tahun Baru.
Konsert yang dikenali sebagai SMTOWN LIVE “Culture Humanity” ini boleh ditonton di SINI.
Selain kesihatan mental dan fizikal, seorang penyanyi juga perlu menjaga suara dengan baik kerana itu aset buat mereka.
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang penyanyi demi menjaga pita suara mereka dan salah satunya mengamalkan minuman dan makanan secara tradisional.
Terbaru, tular satu video di Tiktok penyanyi kelahiran British, Zayn Malik menunjukkan salah satu minuman yang diamalkannya bagi menjaga suaranya.
Menerusi video singkat yang dimuat naik itu, bekas ahli kumpulan One Direction itu menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman rasanya seperti madu. Zayn juga menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.
“Ini seperti madu dari China. Ia sangat bagus untuk pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa”
“Saya bawa ini ke mana saja saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air, memang best…”
Dalam pada itu, ia telah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular yang dikenali warga tempatan.
Rata-rata mereka berasa lucu dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut diamalkan penyanyi antarabangsa ini. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, rumah penyanyi rap terkenal, Drake diserang dan kejadian tembakan telah berlaku sehingga menyebabkan penjaga keselamatan rumahnya terpaksa dikejarkan ke hospital.
Drake atau nama sebenar Aubrey Drake Graham, 38 bagaimanapun dilaporkan selamat dan polis tidak dapat memastikan sama ada Drake berada di rumahnya yang terletak di Toronto, Kanada pada malam kejadian 7 Mei lalu.
Kredit: Associated Press
Menurut laporan Toronto Sun dan Page Six, penjaga keselamatan rumah Drake ditembak di hadapan rumah rapper tersebut pada Selasa lalu oleh individu tidak dikenali yang memandu sebuah kereta.
Penjaga keselamatan yang berusia 48 tahun itu, ditembak beberapa kali pada pukul 2.10 pagi waktu setempat dan daripada salah satu tembakan tersebut telah terkena pada bahagian atas dada mangsa.
Sebuah kenderaan ambulans langsung dipanggil bagi membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Sunnybrook. Pembedahan terus dilakukan, luka yang dialami oleh penjaga keselamatan rumah Drake dikatakan tidak mengenai bahagian badan yang penting dan dilaporkan selamat.
Kredit: Associated Press
Kini, kawasan rumah pelantun God’s Plan itu dipasang garisan kuning dan dikawal ketat oleh pihak polis.
Pihak polis juga menyatakan mereka sedar penembakan ini terjadi selang beberapa hari selepas Drake terlibat dengan ‘perang’ lagu diss yang menyindir antara satu sama lain dengan penyanyi rap, Kendrick Lamar.
Pengawai Penyiasat Polis Toronto, Inspektor Paul Krawczyk berkata, pihaknya juga dimaklumkan mengenai perselisihan tersebut. Namun, mereka masih perlu menyiasat apakah motif kejadian tembakan yang melibatkan penjaga keselamatan rumah penyanyi tersebut.
Kredit: rollingstone
Dalam laporan Page Six walau bagaimanapun menyebut, pertelingkahan antara Drake dan Kendrick Lamar, rapper pelantun HUMBLE tersebut masih belum dikaitkan dengan kes itu.
Sekadar info, kebelakangan ini Kendrick Lamar dan Drake saling menyindir melalui lagu terbaru masing-masing. Keduanya rapper tersebut juga dikatakan telah lama berselisihan faham sejak tahun 2010-an dahulu lagi dan keadaan menjadi semakin hangat sejak akhir ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.