Baru-baru ini telah tular di TikTok satu video yang telah dimuat naik yang memaparkan seorang penyanyi muda bernama Fatimah Noryyah atau dikenali sebagai Timah; menyanyikan lagunya di pentas kecil Gegar Vaganza.
Timah difahamkan adalah penyanyi jemputan program Gegar Vaganza Live terbabit. Usai daripada persembahan tersebut, nyanyiannya telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang terhibur apabila mendengar lirik lagunya dan ada juga yang menganggap lagu berjudul ‘Eleh He Eleh’ itu pelik dan tidak sesuai untuk dinyanyikan. Banyak kecaman yang telah diterima secara bertubi-tubi.
“Aku klu ada org buat lagu untuk aku mcm ni biarlah aku tk jadi penyanyi pon tk pelah..”
“*uninstall telinga*”
“Malu siot kalau org aku kenal buat lagu cam nie.. Tak mengaku member..”
Akui terkejut dan terkilan
Menurut temu bual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, Timah akui sedikit terkejut dan terkilan disebabkan komen-komen kecaman yang telah diterimanya. Maklumlah, ini merupakan pertama kali dia dikecam.
Ads
“Inilah pertama kali saya menerima kecaman. Memang terkejut dan pada awalnya agak sedikit kecewa. Bagaimanapun sekarang ini saya sudah tidak lagi ambil peduli.
“Netizen kecam sebab tajuk lagu itu pelik dan liriknya seperti kebudak-budakan. Sedangkan mereka tidak tahu saya baru berumur 14 tahun. Jadi rasanya ia sesuai untuk saya.
“Janganlah buat saya begini. Saya masih muda lagi. Takut rasanya apabila menerima kecaman,” ujarnya lagi.
Walaupun telah dikecam hebat, Timah masih berfikiran positif dan mengambil hikmah daripada apa yang berlaku. Di sebalik kata-kata negatif netizen, ada hikmah dimana namanya mula dikenali dan lagu tersebut juga banyak digunakan di media sosial.
“Apabila orang bercakap tentang lagu itu, secara tidak langsung nama saya juga menjadi sebutan. Sedikit sebanyak ia boleh bantu untuk terus promosikan kerjaya seni saya.
Ads
“Ibu juga ada berpesan supaya tidak mudah rasa kecewa kerana ini adalah sebahagian yang perlu dihadapi dalam dunia seni. Apa yang penting adalah lagu tersebut berjaya mendapat perhatian ramai,”jelasnya.
Dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan sekelasnya apabila dikecam.
“Selepas mendapat kecaman, ada rakan-rakan sekelas yang marah dengan komen netizen. Mereka sendiri sanggup nak pertahankan saya.”
Ini baru namanya kawan sejati. Kalau korang nak tahu, lagu Eleh He Eleh ini telah dilancarkan pada September yang lalu dan merupakan ciptaan bersama Faizal Tahir, Glow Rush, Acap Salim dan Nick Ariff. Manakala liriknya pula ditulis oleh Shah Shamsiri, Glow Rush, Acap Salim dan Nick Arif.
Yang penting, sikap Timah yang tidak patah semangat walaupun dikecam ini haruslah dipuji. Kalau min, dah lama dah min ‘koyak’. Min harap penyanyi muda ini akan teruskan berkarya dalam industri seni Malaysia. Abaikan sahaja kecaman yang tidak ‘bermanfaat’ daripada netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop terkenal, Suga BTS baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila sempat menyentuh mengenai bulan Ramadan ketika mengadakan siaran langsung sempena sambutan hari jadinya. Momen ringkas itu segera menjadi perbualan dalam kalangan ARMY yang menghargai keprihatinannya terhadap mereka yang sedang menjalani ibadah puasa.
Menerusi sebuah siaran langsung di Weverse, Suga atau pemilik nama sebenar Min Yoongi (33) muncul secara santai untuk berinteraksi dengan peminat yang menyertai sesi tersebut. Penyanyi rap itu dilihat meluangkan masa berbual mengenai pelbagai perkara termasuk persiapan semasa, jadual latihan yang padat serta beberapa projek akan datang.
Pada masa yang sama, Suga turut menyedari terdapat komen daripada peminat yang menyebut tentang Ramadan. Dengan nada santai dan ingin tahu, beliau berkata,
“Ada yang sedang menyambut Ramadan dan berpuasa. Setahu saya, ketika Ramadan kamu boleh makan selepas matahari terbenam, betul tak? Saya juga makan pertama kali selepas matahari terbenam,” katanya
Walaupun hanya seketika, kenyataan tersebut terus tular dan mendapat perhatian ramai peminat terutama dalam kalangan ARMY beragama Islam. Ramai yang berasa dihargai apabila idola mereka mengambil maklum mengenai bulan suci yang disambut oleh jutaan peminat di seluruh dunia.
Seperti diketahui umum, BTS memiliki pengaruh global yang sangat besar dengan komuniti peminat yang luas termasuk di Timur Tengah, Asia Tenggara serta beberapa negara Asia Selatan di mana Ramadan disambut secara meluas setiap tahun.
Sementara itu, di media sosial, peminat turut berkongsi reaksi mereka terhadap momen tersebut dengan nada berseloroh. Malah ada yang bergurau mengatakan Suga seolah-olah ‘berpuasa’ bersama mereka, manakala segelintir peminat secara jenaka memanggilnya sebagai ‘Brother Yoongi’ kerana sikap umat Islam yang sinonim menghargai hubungan persaudaraan sesama muslim.
Siaran langsung berkenaan juga berlangsung dalam suasana santai apabila Suga dilihat muncul bersama beberapa kek hari jadi. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana meluangkan masa menonton sebelum sempat menyanyikan lagu “Happy Birthday” kepada dirinya sendiri bagi menyambut ulang tahun kelahirannya pada 9 Mac, semalam.
Dalam perkembangan terkini, BTS bakal melancarkan album terbaru berjudul ‘Arirang’ pada 20 Mac ini sebelum memulakan konsert jelajah dunia bermula April depan. Kumpulan sensasi K-Pop itu juga dijangka bakal memeriahkan pentas di Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember ini sebagai sebahagian daripada siri jelajah berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ni kalau nak beli kerepek biasa pun dah berganda-ganda harganya. Disebabkan itu ramai yang mencipta resipi sendiri dan hasilnya lebih berbaloi.
Seperti apa yang dilakukan oleh Wann Rohani di laman Facebooknya, resipi Mac & Cheese Crispy menjadi viral setelah mendapat lebih kurang 5.1k shares di media sosial.
Sesuai sangat la kalau korang nak jadikan kudapan ini sebagai kuih raya last minit. Hiks!
Bahan-bahan:
– Makaroni/pasta
– Cheese powder
Cara memasak:
1. Masukkan makaroni dalam mangkuk dan rendam dengan air selama 45 minit. Tak perlu rebus,rendamkan saja.
Kalau rendam lama sangat pun takut kembang. Kalau sekejap sangat, nanti goreng jadi keras pula. So, dalam 45 minit tu dah just nice la
2. Selepas 45 minit, pasta kelihatan kembang sikit. Kalau tak nak keras selepas digoreng, rendam dengan lebih lama
3. Panaskan minyak, sedia untuk digoreng
4. Semasa menggoreng, jangan kacau-kacau dan pastikan setiap ketul pasta tersebut tidak melekat
5. Selepas bertukar menjadi warna keemasan, tos kan pasta
6. Kemudian, masukkan pasta yang telah digoreng tadi dalam bekas yang ada penutup. Masukkan cheese powder
7. Akhir sekali, tutup bekas dan goncang sampai kesemua bahan rata
8. Siap! Inilah hasilnya, sangat mudah dan yang penting sedap
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepada pelajar lain yang pernah atau sedang mengambil bidang perakaunan di kolej dan universiti, pastinya korang pernah terdengar mengenai kertas Financial Reporting (F7) dalam peperiksaan Persatuan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Kertas ACCA F7 ini adalah kemahiran laporan kewangan yang lebih advance selepas ‘double entry book keeping’ yang dipelajari pada peringkat ACCA F3.
Ia juga adalah subjek pautan kepada laporan ‘P2 advanced Corporate Reporting’.
Dengar je dah tahu, ACCA F7 ini bukanlah kertas yang mudah.
Namun itu tak dijadikan sebagai halangan oleh Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21. yang mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas tersebut.
Kejayaan itu bermakna Wan Nur Mafudah ialah anak berbangsa Melayu pertama yang mendapat tempat teratas di dunia dengan memperolehi markah 95 peratus!
Wan Nur Mafudah (tiga dari kiri) bergambar bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) dan penerima anugerah ACCA dari United Kingdom semalam.
Sebelum ini, ada juga beberapa pelajar berbangsa Melayu yang pernah berjaya unuk ACCA F7 ini dengan memperolehi tempat kedua, ketiga dan keenam, sejak tahun 2016 hingga tahun lepas.
Kongsi Wan Nur Mafudah, dia sememangnya meminati bidang perakauan sejak sekolah terutama ketika memasuki kelas perakaunan, ekonomi dan matematik.
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di MRSM Besut dengan keputusan 8A 1B, saya menyambung pelajaran dalam asas bidang perakauan di Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur selama setahun setengah.
“Di situ, saya memperoleh biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sambung belajar di Kolej Intec,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Raja itu kepada wartawan BERNAMA.
Seperti biasa, semua orang ingin tahu apa rahsia di sebalik kejayaan tersebut.
Wan Nur Mafudah katanya menggunakan teknik mengajar semula subjek yang sudah difahaminya kepada rakan lain. Mungkin dengan cara ini, mudah untuk seseorang mengulang kembali nota, kan?
Selain itu, dia turut menasihatkan agar remaja di sekolah menengah yang ingin mengambil bidang perakaunan agar memberi penekanan kepada subjek Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi dan Bahasa Inggeris kerana 4 subjek itu adalah asas yang penting.
“Subjek lain seperti Teknologi Maklumat (IT) dan Matematik juga perlu dikuasai,” katanya lagi.
Semalam, melalui akaun Twitter, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapkan tahniah kepada Wan Nur Mafudah atas kejayaan tersebut.
“Tahniah berjaya cipta sejarah dan harumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Tahniah juga buat seluruh ahli keluarga beliau.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!