Kalau dilihat sekarang ini ramai yang mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya dari segi pengambilan makanan.
Kemudian, ramai juga netizen yang suka berkongsi amalan hidup sihat yang diamalkan mereka serta memberi inspirasi kepada yang lain.
Terbaru, seorang wanita di Twitter yang dikenali sebagai Eva berkongsi mengenai pemakanan wanita untuk mendorong kesihatan hormon wanita dan kesihatan.
Katanya, dia tertarik dengan perkongsian Dr Nor Azima Mohd Razalli di radio IKIM mengenai topik tersebut.
“Tadi dengar seorang medical Dr ni share pasal pemakanan untuk wanita di stesen radio IKIM FM. Ni antara yg beliau share. Untuk mendorong keseimbangan hormon wanita dan kesihatan in general
“The best protein ialah simple protein iaitu ikan dan telur. Tepung sangat mengganggu keharmonian hormon wanita. Makanan berasaskan tepung contohnya ialah roti, pizza, mee, biskut, kuih muih.
Ads
“So elakkan ambik makanan berasaskan tepung di pagi hari contohnya kuih muih 3-4 biji sahaja, roti 2 keping sahaja sebab energy won’t be sustained.
“Untuk sarapan, lebih baik ambil nasi berbanding roti. So kalau memang nak makan besar waktu pagi, ambillah nasi segenggam, telur dan sayuran. Kalau taknak, makanlah telur dan sayur/buah
“Makanan hormon ialah kehijauan. Jadi lebihkan sayur dan buah dalam diet seharian untuk menyokong kestabilan hormon. Sebab wanita ni nak kekal sihat ceria kena happy dan tenang, dan kitaran hormon yang baik akan mendorong kita jadi happy dan tenang.
“Makanan jiwa pun boleh lebihkan hijau. So, spend la banyak masa outdoor tengok tumbuhan hijau, masuk hutan ke, pergi taman bunga ke hehe
Ads
“Banyak isu kesihatan zaman kini disebabkan pengambilan makanan yang terlalu pelbagai dan kompleks. Main meal lagi, snacking macam2 lagi. Keep our diet simple. Cheat days once in a while tak apa.
“Rajinkan diri buat pemeriksaan kesihatan. Kadang kita rasa kita sihat sebab boleh berdiri, duduk, berlari tapi sebenarnya tak. Dr ni cakap dia ada dapat kes pesakit umur muda dalam 26 tahun tapi condition buah pinggang dah tahap 3. Kidney failure is a silent killer.
“So beliau nasihatkan dalam setahun at least pergi la check darah sekali untuk tengok status kesihatan kita.
Ads
“Konklusinya, untuk wanita (lelaki pun boleh juga): Elakkan makanan berasaskan tepung, lebihkan ikan, telur, sayur dan buah. Belajar untuk tenang ,pilih nasi berbanding roti (kuantiti yang memadai), check darah dan kesihatan in general dan bersederhana dalam semua perkara. Wallahualam
“This blew up. Nothing to promote, really. Jom kita amalkan hidup sihat,” tulisnya.
Alhamdulillah, sangat bagus perkongsian tersebut. Mungkin lepas ini bolehlah kita semua amalkan amalan gaya hidup sihat kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The Penthouse telah pun berakhir dengan rating tertinggi sebanyak 23.6 dan 28.8 peratus. Menurut Nielsen Korea, ini merupakan peningkatan mendadak daripada rekod rating 24 peratus yang pernah dicatatkan oleh drama itu sebelum ini.
Sejak ditayangkan pada Oktober 2020, drama ini terus menguasai slot drama Isnin dan Selasa dengan rating hampir 10 peratus. Menjelang Disember, The Penthouse membuktikan popularitinya yang melonjak dengan menembusi angka 20 peratus dan minggu akhir tayangan pada 5 Januari lalu mendapat peningkatan rating hampir 30 peratus.
Drama ini mengisahkan tentang Sim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.
Walau bagaimanapun, selepas episode akhir The Penthouse, barisan pelakon seperti Kim So Yeon, Eugene Uhm Ki Joon, Shin Eun Kyung, Bong Tae Gyu, Jin Ji Hee, Kim Young Dae, Han Ji Hyun dan Choi Ye Bin khabarnya bakal menyertai drama tersebut bagi musim kedua.
Malah, Han Ji Hyun turut memberitahu bahawa plot cerita untuk musim kedua nanti akan lebih menarik dan mendebarkan. The Penthouse musim kedua akan memulakan penggambaran selepas para pelakon bercuti selama 10 hari dan kali ini ia bakal menyaksikan 12 episod untuk dipertaruhkan.
Peminat juga seakan-akan sudah tidak sabar untuk menantikan episod terbaru musim kedua nanti.
Apa yang menariknya lagi, drama musim ketiga juga sudah mula diperkatakan dan mempunyai 12 episod juga.
Wah, memang betul-betul dapat permintaan tinggi ni sampai dah ada perancangan untuk musim ketiga. Untuk korang yang belum tengok The Penthouse, sempat lagi nak marathon sebelum musim 2 bermula. Nanti tidaklah terpinga-pinga bila ramai yang bercakap tentang drama siri ini. Hiks!
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akhirnya tampil menjernihkan kekeliruan mengenai status pernikahan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Dalam satu kenyataan rasmi, JAIP mengesahkan bahawa perkahwinan pasangan itu adalah sah dan menepati hukum syarak.
Menurut jabatan tersebut, berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, pasangan berkenaan telah dinikahkan pada 4 November 2021, jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.
“Majlis akad nikah dijalankan dengan persetujuan dan kehadiran wali mujbir pengantin perempuan, iaitu bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.
“Bapa pengantin perempuan mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah itu,” kata JAIP.
Jabatan itu turut menjelaskan bahawa majlis pernikahan tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa akibat penularan COVID-19.
“Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum syarak,” jelas JAIP lagi.
Pengesahan ini secara tidak langsung meredakan spekulasi mengenai status perkahwinan pasangan berkenaan yang kini dikatakan berdepan kemelut rumah tangga.
Terdahulu, Uqasha mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran di Instagram mendakwa dirinya telah diperbodohkan oleh Kamal dan keluarga selepas mendapati tarikh pernikahan pada sijil berbeza dengan hari sebenar mereka dinikahkan.
Pelakon itu mendakwa dia sebenarnya dinikahkan pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun tarikh pada sijil pernikahan menunjukkan 4 November 2021 jam 9.30 malam. Bagaimanapun, hantaran tersebut kini telah dipadam daripada akaun Instagram miliknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia apabila seawal pagi mereka akan menikmati minuman manis seperti kopi ketika bersarapan. Mungkin bukan semua, tetapi kebanyakkannya memang akan order teh tarik, milo ais atau pun nescafe ais sekiranya makan di kedai kan?
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan risiko obesiti, kencing manis dan seterusnya boleh terkena penyakit jantung. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan gula dihadkan sekitar 50 gram sehari untuk dewasa dan ia meliputi sumber daripada makanan, minuman, kudapan ringan, gula-gula serta ais krim.
Bagi peminat tegar kopi, sudah tentu korang sering membeli minuman kopi dalam tin. Betul tak?
Korang tahu tak, minuman kopi tin antara yang mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Public Health Malaysia telah pun membongkar kandungan gula bagi beberapa minuman kopi dalam tin yang popular di Malaysia.
Tapi korang kena ingat, ini hanya kandungan bagi 100 ml, biasanya satu tin nescafe 240 ml. Jadi, sudah kandungan gula yang diambil adalah lebih tinggi. Itu pun kalau korang minum satu tin sehari, kalau lebih?
Ha, selepas ini apa kata cuba kurangkan untuk mengambil minuman kopi dalam tin. Buat sendiri lagi senang, boleh kita kurangkan jumlah kandungan gula tu.
Apa-apa pun pilihan di tangan korang. Tepuk dada, tanya selera!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.