Pelakon berbakat besar, Zahiran Macwilson yang kini sedang sarat hamil bayi keduanya mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan dalam sebuah majlis pengumuman, semalam.

It’s a girl (bayi perempuan). Alhamdulillah,” coretnya ringkas dalam ruangan kapsyen.

BACA JUGA: “Tidak Sabar Untuk 2024…” – Aiman Hakim Dedah Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua

Zahirah Macwilson Bakal Lahir Bayi Perempuan, Ramai Yang Tumpang ‘Excited’!

Majlis istimewa itu disambut meriah bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka.

Kemeriahan acara berkenaan turut dikongsikan kepada peminat menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya.

IKLAN

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Aiman apabila bakal menyambut kelahiran anak perempuan selepas menimang cahaya mata lelaki pada tahun 2021.

 

Turut berkongsi rasa keterujaan, rata-rata peminat dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan urusan pasangan itu dipermudahkan.

IKLAN

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan Zahirah bersalin kelak. Tahniah,” ujar peminat.

“Alhamdulillah, moga baby dan mommy sihat-sihat selalu,” kongsi pengikut.

“Allah sangat baik pada mereka kerana diberikan rezeki anak lelaki dan perempuan,” tutur netizen.

IKLAN

Zahirah Macwilson Bakal Lahir Bayi Perempuan, Ramai Yang Tumpang ‘Excited’!

Sebelum ini, Aiman berkongsi gambar janin selepas isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi menandakan mereka bakal menyambut zuriat kedua.

Untuk makluman, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Zahirah Macwilson

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI