Jangan Picit Sendiri Di Rumah, Ini 5 Cara Berkesan Hilangkan Blackhead

Share

Masalah blackhead bukan sahaja dialami oleh golongan wanita, malah lelaki juga turut terkesan sekiranya masalah ini berlaku kepada diri mereka.

Kulit muka yang berminyak berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori dan secara tidak langsung mengundang blackhead.

Jadi, bagaimana korang nak menghilangkan masalah blackhead ini secara berkesan, berikut 5 cara yang telah dikongsi oleh seorang doktor kecantikan di laman twitternya.

1. Gunakan krim yang mengandungi retinoids atau retinol

Korang boleh guna krim ini dalam dua atau tiga kali seminggu di kawasan yang mengalami masalah blackhead. Jangan guna terlalu banyak kerana ia boleh mengeringkan kulit.

2. Cari produk yang mengandungi salicylic acid

Produk yang mengandungi salicylic acid ini bagus untuk mengurangkan minyak, keratin plug dan blackhead dalam masa yang sama. Boleh diambil dalam bentuk cleanser/moisturizer atau serum.

3. Buat rawatan chemical peel

Chemical peel adalah antara rutin yang boleh dibuat untuk mengelakkan blackhead

daripada naik dan dalam pada masa yang sama juga ia dapat mengurangkan masalah ini. Korang boleh dapatkan rawatan chemical peel ini daripada doktor estetik.

4. Microdermabrasion treatment

Rawatan ini sangat sesuai untuk eksfoliasi kulit dan juga mengurangkan blackhead.

5. Jangan buang blackhead di rumah

Apabila korang melakukannya sendiri di rumah, terdapat risiko infeksi/tidak bersih yang boleh menjadikan blackhead tambah lebih teruk. Malah, ia juga berpotensi menambahkan lagi blackhead dan pori menjadi besar. Sebaliknya, dapatkan rawatan dan nasihat yang betul daripada doktor estetik.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta informasi untuk korang menyelesaikan masalah blackhead di kulit wajah. Paling penting, ingat jangan ‘cucuk’ sendiri untuk hilangkannya ya?

BACA: Wanita Ini Kongsi Step By Step Hilangkan Whitehead & Blackhead Guna Skincare Yang Sesuai

Sumber: Dr Nadya Amin

IKLAN