Pergolakan yang semakin meruncing di rantau Ukraine kini telah mencetuskan kegusaran masyarakat dunia.
Bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, misinya kini adalah untuk memindahkan 11 orang rakyat Malaysia yang berada di Ukraine.
Katanya yang sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari di Phnom Penh, Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv (juga dieja sebagai Kiev) Ukraine sedang berhubung dengan rakyat Malaysia di sana.
Ads
Mereka yang berada di luar Kyiv sedang merancang untuk keluar dari sana manakala mereka yang berada di Kyiv pula akan dikumpulkan di Kedutaan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, lapan orang dikenal pasti berada di Kyiv manakala selebihnya berada di luar ibu kota itu.
Sumber Foto : New Straits Times
“Keutamaan kerajaan adalah keselamatan rakyat,” jelasnya.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, beliau berkata, “Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia”.
Ads
Khabarnya, pelan pemindahan rakyat Malaysia ini akan menggunakan jalan darat ke Poland yang meliputi perjalanan 782 kilometer dan boleh mengambil masa 10 jam.
Bagi menjayakan operasi ini, Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv sedang berhubung dengan pihak berkaitan di Warsaw dan meminta bantuan mereka. Semoga usaha pergerakan melintasi sempadan ini akan dipermudahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dahulu, bila sebut soal dara atau selaput dara, inilah hal yang paling ditakuti ramai gadis. Dara begitu penting demi menunjukkan gadis tersebut masih perawan dan bukan pernah bergaul bebas dengan lelaki.
Tapi keadaan sudah berubah kerana banyak pengaruh budaya baru yang melanda budaya dan adat-adat ketimuran serta pegangan agama yang semakin terhakis akibat dari menerima budaya-budaya negatif yang dianggap lebih “advance” atau “trendy”.
Namun, di Iran nampaknya ia sesuatu yang sangat penting. Kebanyakan wanita di Iran didesak oleh bakal suami untuk mengambil ujian keperawanan di hospital dan dapatkan sijil sebagai bukti mereka masih dara.
Menurut laporan BBC News, sejak tahun lalu, isu ini semakin hangat dibahaskan apabila semakin ramai orang terutamanya golongan wanita berkempen untuk menentangnya.
Biarpun begitu, amalan sedemikian dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menurut WHO, ujian keperawanan tidak mempunyai merit saintifik kerana data yang dikeluarkan adalah tidak begitu tepat.
Suami menuduh isterinya tidak lagi perawan
Seorang wanita yang dikenali sebagai Maryam berkata, suaminya menuduh dia tidak lagi perawan pada malam pertama mereka bersama hanya kerana tiada darah yang keluar dari bahagian sulitnya ketika dia dan suami bersetubuh.
Menurutnya, dia sudah cuba meyakinkan suaminya mengenai status dirinya yang masih perawan dan tidak pernah bersetubuh dengan mana-mana lelaki sebelum ini namun, suaminya tidak mempercayai penjelasan yang telah diberikan oleh dirinya.
Gambar Hiasan ( Via Pexels)
Ujian keperawanan dilakukan selepas bertunang
Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik di Iran, kebiasaannya para gadis yang sudah bertunang akan mendapatkan ujian pemeriksaan dara bagi membuktikan mereka tidak pernah melakukan hubugan seks.
Bagaimanapun, menurut WHO, ujian keperawanan itu tidak mempunyai merit saintifik kerana data yang dikeluarkan adalah tidak begitu tepat. Sebagai contoh, Maryam selepas melakukan ujian mendapati jenis selaput daranya adalah elastik. ini bermakna dia mungkin tidak akan berdarah ketika melakukan hubungan seks.
Tertekan hingga bertindak cuba membunuh diri
Malah, Maryam yang tertekan dengan desakan dan tuduhan yang dilemparkan oleh suaminya itu pernah mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan cara menelan beberapa biji pil. Namun, wanita itu berjaya diselamatkan apabila dia dibawa ke hospital dalam kadar segera.
Kisah Maryam adalah realiti yang ditempuh ramai wanita di Iran, menjadi perawan sebelum berkahwin amat penting bagi kebanyakan gadis. Ia adalah nilai yang berakar umbi dalam konservatisme budaya di sana.
Wanita dan lelaki mula berkempen menentang ujian perawanan
Bagaimanapun, keadaan mula terlihat berubah apabila kebanyakan wanita dan juga lelaki di seluruh negara itu telah berkempen untuk menentang ujian keperawanan terhadap gadis-gadis agar dihentikan.
November lalu, petisyen dalam talian menerima hampir 25,000 tandatangan dalam tempoh sebulan, ini adalah kali pertama ujian keperawanan dicabar secara terbuka oleh begitu ramai rakyat Iran.
Walaupun demonstrasi menentang ujian keperawanan semakin meningkat, namun ramai yang percaya bahawa larangan sepenuhnya terhadap amalan ini serta penggubalan undang-undang oleh kerajaan tidak akan berlaku buat jangka masa terdekat.
Macam-macamlah zaman sekarang ni, apa-apapun DARA atau tidaknya yang tahu hanya si wanita tersebut. Keperawanan memang penting, tapi masih ada yang lebih penting iaitu ketulusan cintanya kepada kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir kesemua cawangan McDonald's di seluruh negara sekarang menjadi rebutan pengunjung disebabkan hadiah percumanya yang kini tular.
Ia merupakan tempat letak cawan (cup holder) untuk penumpang di dalam kereta. Datang dalam bentuk karakter Hello Kitty, tak hairanlah hadiah tersebut menjadi barangan hangat di pasaran.
Peminat Hello Kitty sememangnya ramai di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Malah ramai merupakan pengumpul tegar sebarang barangan edisi terhad seperti ini untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Namun, tak ramai yang tahu mengenai satu rahsia ini. Hello Kitty sebenarnya bukan – ahem – seekor KUCING!
Setelah 45 tahun menemui orang ramai dalam bentuk permainan, siri televisyen malah taman temanya sendiri, pemilik jenama Hello Kitty iaitu Sanrio telah melaporkan bahawa Hello Kitty hakikatnya bukanlah seekor kucing.
Ia sebenarnya ialah karakter animasi yang berupa kanak-kanak perempuan. Oleh sebab itulah, Hello Kitty tidak pernah ditonjolkan sebagai kucing yang berkaki empat, tetapi hanya berjalan seperti manusia biasa.
Ia bagaimanapun mempunyai nama timangan sendiri iaitu Charmmy Kitty. Nama penuhnya pula ialah Kitty White dan dilahirkan berbintang Scorpio.
And get this, Hello Kitty mempunyai kembar perempuan yang menetap berdekatan dengan bandaraya London.
Hhm, ada yang terkejut dengan pendedahan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi tersebut mempersoalkan tindakan pemilik jenama tudung terkenal, Datin Vivy Yusof, yang mengeluarkan produk pakaian dan barangan aksesori bertemakan Palestin.
Menurutnya, penjualan tersebut disifatkan ‘opportunist’ dan seakan tidak sensitif dengan penderitaan yang sedang dihadapi saudara Islam di Gaza pada masa kini.
“Sama sahaja dengan Israel. Dua-dua suka ambil kesempatan,” tulisnya dalam perkongsian di laman X.
Walau bagaimanapun, penyanyi Sekali Lagi itu merasakan tindakan itu sama sekali tidak sensitif dan bercanggah dengan konflik yang sedang dialami rakyat Palestin.
“Siap jual water mug yang ada warna bendera Palestin.
“Rakyat Palestin sendiri pun kena sekat diorang kemudahan air dan lain-lain oleh Zionis,” komennya.
Kata-apa korang nak kata;
Tapi kalau kau okay if any brands jual barang tak jaga timing sensitivity;
Siap jual water mug yang ada warna bendera Palestin dimana rakyat Palestin sendiri pun kena sekat diorang punya water access dan kemudahan lain oleh Zionis gila tu.
Manakala menerusi perkongsian usahawan berjaya tersebut di laman Instagramnya, beliau menjelaskan bahawa usaha yang dilakukan tersebut adalah kerana tidak mahu lagi melihat penderitaan yang dihadapi kanak-kanak di negara bergolak itu.
“Suatu hari nanti kita akan ditanya apa yang kita buat setelah melihat kekejaman yang berlaku di dunia kita hari ini.
“Oleh itu saya dan pasukan buat keputusan untuk mengutip dana dengan melancarkan koleksi kecemasan ini.
“Semua hasil jualan akan didermakan dan kami tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada jualan ini,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Awani, BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!