Jangan Ingat Perbuatan ‘Lempar Kucing’ Boleh Terlepas, Remaja Lelaki Sarawak Kini Dicari

Share

 

“Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tida memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.”

– Riwayah Al-Bukhari (3318) –

 

Perbuatan tular seorang remaja lelaki yang melemparkan kucing ke udara semata-mata untuk merekodkan video di aplikasi TikTok kelmarin telah dikutuk netizen Malaysia. Malah, perbuatan tersebut telah menerima perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia

( Animal Malaysia) yang kini memoho kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai pelakunya itu.

Berdasarkan informasi yang diterima wakil persatuan menerusi maklum balas di akaun Facebook Rasmi Persatuan Haiwan Malaysia, remaja lelaki tersebut dipercayai berasal dari Sarawak dan lokasi keberadaannya telahpun diketahui.

Catat mereka, “Pelaku dipercayai seorang pelajar di Limbang dan menetap di Kuarters Kerajaan Sundar, dekat Lawas, Sarawak.

“(Dia) perlu tampil dan serah diri segera. Apa yang dilakukan adalah (terhadap) makhluk bernyawa dan tentunya ada risiko kecederaan mahupun kematian. Rata-rata masyarakat menganggap perbuatan tersebut kejam dan tidak berakal,” kata mereka.

Menurut laporan temuramah oleh rakan media di Harian Metro semalam bersama presiden persatuan, Arie Dwi Andika, mereka telah cuba untuk mendapatkan maklum balas remaja itu menerusi akaun Instagram-nya. Bagaimanapun, akaun trsebut telah dinyahaktif (deactivate) selepas dipercayai diserang oleh netizen.

Lalu sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian dan identiti remaja lelaki itu boleh menyalurkannya kepada persatuan dengan menghantar kiriman WhatsApp ke nombor +6011 20901097 dengan segera.

*

Tidak kiralah jika korang ingin berhibur dan berseronok dengan aplikasi media sosial, itu tidak bermakna setiap tindakan itu dibolehkan dan tidak mendatangkan akibat yang memudaratkan.

Walaupun hanya melibatkan haiwan dan bukannya manusia, perbuatan seperti melempar ini juga boleh dianggap sebagai satu bentuk kezaliman, jenayah dan memperalatkan haiwan demi meraih likes dan pengikut.

Berani buat, beranilah tanggung.

‘Buddy’ Kucing Jalanan Yang Berani, Pernah Ditembak Di Kepala Kini Kembali Sihat – REMAJA

IKLAN