“Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tida memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.”
– Riwayah Al-Bukhari (3318) –
Perbuatan tular seorang remaja lelaki yang melemparkan kucing ke udara semata-mata untuk merekodkan video di aplikasi TikTok kelmarin telah dikutuk netizen Malaysia. Malah, perbuatan tersebut telah menerima perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia ( Animal Malaysia) yang kini memoho kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai pelakunya itu.
Berdasarkan informasi yang diterima wakil persatuan menerusi maklum balas di akaun Facebook Rasmi Persatuan Haiwan Malaysia, remaja lelaki tersebut dipercayai berasal dari Sarawak dan lokasi keberadaannya telahpun diketahui.
Ads
Catat mereka, “Pelaku dipercayai seorang pelajar di Limbang dan menetap di Kuarters Kerajaan Sundar, dekat Lawas, Sarawak.
“(Dia) perlu tampil dan serah diri segera. Apa yang dilakukan adalah (terhadap) makhluk bernyawa dan tentunya ada risiko kecederaan mahupun kematian. Rata-rata masyarakat menganggap perbuatan tersebut kejam dan tidak berakal,” kata mereka.
Ads
Menurut laporan temuramah oleh rakan media di Harian Metro semalam bersama presiden persatuan, Arie Dwi Andika, mereka telah cuba untuk mendapatkan maklum balas remaja itu menerusi akaun Instagram-nya. Bagaimanapun, akaun trsebut telah dinyahaktif (deactivate) selepas dipercayai diserang oleh netizen.
Lalu sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian dan identiti remaja lelaki itu boleh menyalurkannya kepada persatuan dengan menghantar kiriman WhatsApp ke nombor +6011 20901097 dengan segera.
Tidak kiralah jika korang ingin berhibur dan berseronok dengan aplikasi media sosial, itu tidak bermakna setiap tindakan itu dibolehkan dan tidak mendatangkan akibat yang memudaratkan.
Walaupun hanya melibatkan haiwan dan bukannya manusia, perbuatan seperti melempar ini juga boleh dianggap sebagai satu bentuk kezaliman, jenayah dan memperalatkan haiwan demi meraih likes dan pengikut.
Hah! Kan dah kantoi sebab tak perasan tuan rumah pasang CCTV.
Tindakan selamba seorang gadis yang berhenti di hadapan sebuah rumah di taman perumahan di Nong Chik Height, Johor Bharu malam semalam dan mengambil kucing peliharaan tuan rumah nyata memakan diri sendiri.
Ini kerana “dia” mungkin tidak menyedari tuan rumah ada memasang kamera pengawasan rumah atau CCTV yang berjaya merakam semua perlakuannya. Dapat dilihat dia selamba turun dari sebuah kereta Toyota Varis putih dengan nombor pendaftaran VDT 2408, mengambil kucing yang berada di pintu pagar, mendukungnya dan membawa masuk ke dalam kereta sebelum berlalu pergi.
Ekoran kucing diculik yang diberi nama ANDY, satu video telah ditularkan di twitter oleh @Qahshahhh yang meminta bantuan orang ramai untuk mencari kucing sepupunya yang diculik di hadapan rumah.
“Korang, aku perlukan bantuan korang utk viralkan video ni ! Kucing sepupu aku kena culik area Nong Chik Heights, Johor Bahru. Mintak tolong semua utk bantu cari org yg curi kucing and kucing sepupu aku balik ! Please Folded hands”
Tidak sampai sehari selepas menularkan hal ini, seorang individu telah DM dan memaklumkan maklumat penting di mana dengan tindakan itu, si bulus comel, Andy telah selamat ditemui kembali.
Sebelum mendapat maklumat penting itu, berdasarkan rakaman CCTV, carian mendapati kenderaan dinaiki gadis berkenaan disewa melalui aplikasi Socar. Malah ketika mereka meminta butiran individu yang menyewa kenderaan tersebut dari pihak Socar, ia tidak semudah itu kerana butiran penyewa adalah rahsia.
Satu laporan polis juga telah dibuat ekoran kehilangan kucing berkenaan.
Ekoran kuasa viral, kucing berkenaan dipulangkan kembali oleh kawan kepada gadis berkenaan kepada tuan rumah (bukannya gadis berkenaan yang mungkin telah malu ekoran berita itu telah tersebar luas).
Namun mereka tidak boleh menerima alasan diberikan oleh pencuri di mana katanya kucing berkenaan ditemui dalam keadaan kotor dan mahu dimandikan di hotel kucing. Tapi ketika dipulangkan dan saat Andy dicium tuannya, bau rokok kuat melekat
Ermm, nampaknya pelik-pelik kes curi sekarang. Kucing pun jadi mangsa. Sumber: Twitter @Qahshahhh
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjadi antara acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia. Selepas 38 tahun mengukir sejarah dengan menganjurkan festival fizikal, kini pembaca semua terpaksa akur kerana PBAKL bakal ditransformasi ke platform atas talian gara-gara wabak pandemik COVID-19.
Menurut laman Facebook rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat banyak tawaran hebat termasuk diskaun serta baucar yang bakal diterima oleh pelanggan.
PBAKL ini merupakan yang pertama kalinya dilakukan secara online dan terbesar boleh korang akses melalui Shopee. Antara promosi yang bakal berlangsung adalah seperti berikut:
• Lebih 140 penjual buku dan semakin bertambah
• Lebih 30,000 judul terkini
• 30,000 baucar pelanggan baru
• 10,000 baucar pembelian oleh penerbit
• 20,000 diskaun seluruh platform
• 10,000 x Tawaran RM7.00
• 5,000 baucar pelanggan sedia ada
• 4,000 baucar permainan
• 4,000 baucar tempoh terhad
Jangan bersedih sekiranya korang tidak dapat ke PBAKL tahun ini kerana semuanya lebih mudah dibuat secara online. Tidak perlu berasak-asak dengan ramai orang, buat pembelian atas talian kan lebih selesa dan jimat masa.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 ini akan berlangsung pada 25 Jun sehingga 8 Julai 2020. Jangan lepaskan peluang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, sudah tentu Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah merupakan ‘buah hati’ setiap rakyat Malaysia.
Sebagai contoh baru-baru ini, seakan memahami kepenatan dan kepayahan yang dilalui oleh para petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19, Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah mengharukan rakyat jelata apabila baginda menghadiahkan makanan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.
Apa yang lebih mengharukan, makanan yang disumbangkan itu dimasak sendiri oleh Raja Permaisuri Agong untuk diberikan kepada mereka.
Namun semalam, satu cerita tidak enak yang tular di Twitter tentang satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong
Tweet yang menggangu sensitiviti rakyat Malaysia itu telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @imamofpeace.
Menerusi tweet yang ditulis itu, dia berkata “Queen Malaysia adalah wanita paling hipokrit di Asia, memasak untuk petugas barisan hadapan ketika wabak Coronavirus.
Individu ini menambah “Tetapi dia (Raja Permaisuri Agong) tidak akan berkata apa-apa mengenai wanita dan gay dari Malaysia yang telah dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah.”
Indiividu yang kononnya dikenali sebagai Imam of Peace ini kemudiannya turut menyertakan gambar seorang wanita yang sedang dihukum depan khalayak di dalam tweet tersebut.
Mendatangkan kemarahan netizen Malaysia
Dikhabarkan tweet ini mendapat banyak kecaman daripada ‘onion Army’ dan netizen negara kita.
Sampaikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut memberikan komen pada ciapan berbau fitnah ini.
Rata-rata rakyat Malaysia menyatakan bahawa dakwaan yang dibuat individu itu adalah tidak tepat di mana gambar tersebut sebenarnya di Indonesia dan bukannya Malaysia.
Susulan daripada penghinaan yang dibuat itu, netizen di Twitter juga turut membuat laporan secara beramai-ramai terhadap akaun tersebut.
Bagaimana pun, selepas teruk diserang tentera bawang dari Malaysia, pengendali Twitter Imam of Peace memohon maaf atas keterlanjurannya menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Saya minta maaf kerana bersikap kurang ajar terhadap permaisuri anda. Saya cintakan Malaysia. Tolong maafkan saya. Ibu saya tidak hijau,” kata lelaki tersebut melalui Facebooknya, Imam Tawhidi Facts.
Semoga ada tindakan tegas dapat dikenakan terhadap individu ini. Ingat senang-senang je minta maaf. Dia tak tahu lagi ‘onion army’ kita macam mana kan…huhuhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!