Jika semalam kecoh tentang kemunculan Facebook Group baru yang diberi nama Riak Apa Hari Ini. Seperti namanya, grup ini mengumpulkan perkongsian-perkongsian riak daripada para netizen yang menghiburkan.
Menariknya, perkongsian yang dibuat netizen seolah berlumba-lumba serta komen yang dilemparkan pada setiap perkongsian antara yang membuatkan Facebook Group Riak Apa Hari Ini menjadi rancak.
Ads
Namun hari ini, seorang ustazah menegur dan menasihati agar grup Riak Apa Hari Ini ditutup.
“Mohon admin group “Riak Apa Hari Ni’ boleh tukar tajuk atau tutup terus.
“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.
Ads
“Jangan indahkan perkataan keji ‘riak’ atas nama gurauan,” katanya.
Sumber Gambar : Facebook Ustazah Asma’ Harun
Ustazah dan pendakwah bebas, Asma’ Harun di laman Facebook-nya menaik status berpendapat bahawa grup seperti ini mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya kepada warganet beragama Islam.
Ads
Rata-rata warganet bersetuju dengan status yang dimuat naik itu dan menyokong tegurannya.
Sudah lebih kurang dua tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.
Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam.
Terbaharu, Singapura sedang melonggarkan lebih banyak sekatan COVID-19, termasuk menarik semula kebanyakan sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai pelitup muka di luar rumah.
Pengumuman tersebut disampaikan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya pada Khamis.
Singapura antara negara pertama yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak berikutnya.
Foto Via Pexels
Alhamdulillah, sekarang gelombang varian Omicron di negara Asia Tenggara sudah mulai reda.
Pada kemuncaknya, Singapura melaporkan rekod hampir 26,000 kes pada Februari lalu, bagaimanapun jumlah jangkitan harian menurun kepada kira-kira 9,000 semalam.
Kebanyakan kes mempunyai simptom ringan atau tiada, dengan kira-kira 92 peratus daripada 5.5 juta penduduknya sudah divaksin sepenuhnya. Sejumlah 71 peratus lagi menerima dos penggalak.
Berita baik ni buat korang yang sudah rindu nak ke negara jiran, Singapura!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengikut statistik pada 2005-2015,seramai 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf telah didaftarkan.
Dalam satu perbandingan statistik pada 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan ibu muda hamil tanpa nikah yang menjalani pemeriksaan adalah seramai 3694 dengan purata 300 kes setiap bulan. Andai dipecahkan ke angka lebih kecil 10 kes sehari kelahiran anak luar nikah ini.
Ini bermakna tanpa sedar jumlah remaja yang melakukan kesilapan ini agak tinggi dan kita mengharapkan mereka yang terjebak melakukan kesilapan ini sudah bertaubat.
Dalam pada itu, perkongsian seorang doktor di twitternya, Muhamad Ashraf yang berkongsi pengalamannya menyambut kelahiran bayi dilahirkan oleh ibunya, remaja berusia 13 tahun mengundang sebak.
Azabnya Ketika meneran, di mana remaja ini menangis kesakitan kerana ini pengalaman kali pertamanya. Malah ketika saat menyusu juga sukar kerana putting remaja berkenaan masih lagi kecil. Lebih menyedihkan, keluarga remaja berkenaan bertanya dalam “nada gembira” bagaimana keadaan bayi berkenaan selepas dilahirkan anaknya.
Kita sebagai remaja, jadikan kisah orang lain sebagai pengajaran dan pedoman. Kreditt : Twitter :@MuhammadAshraff
Ikuti tweet ditulisnya.
Netizen zahirkan simpati
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu ramai masih ingat tragedi sedih melibatkan enam wira negara dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terkorban semasa menyertai operasi menyelamatkan seorang remaja lemas Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 tahun di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong tahun lalu.
Hari ini, tepat 3 Oktober, kenangan mengenai enam anggota bomba ini kembali melintas di ingatan. Sudah setahun kejadian ini berlalu namun lukanya begitu mendalam untuk diingati. Ini kerana dalam sejarah pasukan bomba, belum pernah terjadi sebegitu ramai anggota penyelamat meninggal serentak dalam satu operasi dan kejadian ini pastinya terpahat kukuh di ingatan rakyat Malaysia yang menzahirkan simpati atas kejadian yang berlaku.
Al-Fatihah (dengan bacaan) buat kesemua anggota bomba terlibat iaitu allahyarham Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omar baki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 yang mana hasil siasatan mendapati punca kematian terjadi disebabkan tali terbelit.
Al-Fatihah (dengan bacaan) buat enam wira negara yang terkorban semasa operasi menyelamatkan seorang remaja lemas di Taman Putra Perdana, PuchongInsiden ini mendapat liputan meluas dari rakyat Malaysia yang menzahirkan simpati
Dalam pada itu, majalah REMAJA sempat menelefon ibu kepada Muhammad Ilham Fahmy mengenang setahun kejadian tragis ini terjadi.
Tatkala nama Ilham Fahmy disebut, kedengaran esak tangisnya.
Mengakui hatinya sudah sebak sejak awal pagi lagi (sebelum REMAJA menelefonnya lagi pada sebelah petang) Rosmilawati Saidin, 46 atau mesra disapa Watie berkata, sekali pun sudah setahun kejadian menimpa anaknya namun kenangan itu tidak pernah padam walau sehari.
“Seminggu dua atau tiga kali saya dan suami akan ke kubur anak. Bacakan Yassin dan “berbual” dengannya. Walau arwah tak pernah mendengar lagi tapi ia satu cara saya untuk menghilangkan rindu terhadapnya,”katanya mengakui tidak pernah terlepas nama anaknya dalam solat dan doanya setiap hari.
“Betul-betul rindu tapi Allah lebih sayangkannya,” katanya memaklumkan dia kini bekerja secara sambilan menolong kawan berniaga di restoran (kawan ini merupakan antara individu yang turut menyelam mencari arwah ketika kejadian) demi mengisi masa lapangnya sejak kejadian.
Watie mengakui rindu pada arwah anak tidak pernah hilang dan saban minggu menziarahi kubur anaknya
Di sebalik rasa rindu yang masih menebal terhadap arwah anak, tentu ramai masih ingat tentang berita yang pernah REMAJA siarkan mengenai gangguan hantu lombong yang dihadapi Watie sekeluarga. Malah semasa liputan meluas itu juga, ada sebuah laman web turut memaklumkan di lombong berkenaan adalah tempat tinggal 14 juta jin yang sudah berkurun mendiami lombong berkenaan. Malah REMAJA juga pernah melaporkan secara eksklusif gangguan dihadapi Watie dan suaminya, Mohd Azzam dengan pergi ke kediaman mereka selepas kejadian ini menimpa.
Di lokasi batu itulah enam anggota bomba terkorban dalam operasi menyelamatkan Ilham Fahmy yang lemas selepas terjatuh dari atas jambatanDalam kejadian setahun lalu, Watie pengsan selepas mayat anaknya dijumpai. Dalam gambar ini terakam makhluk seram dengan gumpulan rambut (dalam bulatan dan Watie akui bukan rambutnya). Akui Watie hantu itu muncul dalam mimpinya dan menunjukkan wajah seramnya sehingga kini.
Percaya atau tidak, gambaran rambut mengerbang yang pernah dirakam melalui lensa kamera ketika Watie pengsan selepas meratap saat mayat anaknya dibawa naik ke darat (Ilham Fahmy dijumpai sehari selepas kejadian – 4 Oktober 2018), wanita yang diuji dengan kehilangan anak ini mengakui masih lagi diganggu oleh hantu lombong berkenaan.
“Sudah banyak tempat saya pergi berubat dan semua ustaz memaklumkan hal yang sama. Saya sendiri takut untuk tinggal di rumah ketika malam. Lampu sentiasa dipasang sama seperti tahun lalu. Kalau duduk dalam gelap, bulu roma meremang.
“Malah hantu ini pernah muncul dalam mimpi dan menunjukkan wajahnya. Ada dua ekor, satu sama seperti rambut mengerbang dan satu lagi dengan muka rompong sebelah,” katanya memaklumkan, bunyi orang melompat di dalam rumah dan bunyi sudu dilaga-lagakan ke cawan antara gangguan biasa dihadapinya.
“Ada macam-macam lagi termasuk dialihkan kerusi, ada bunyi-bunyi menyeramkan dan paling takut, seperti ada mata melihat,” katanya yang senang membuka lampu sehingga pagi bagi mengatasi ketakutannya.
“Paling takut bila hantu itu muncul dalam mimpi, berkali-kali seolah-olah ingin memberi tanda dia ada di sekeliling kami. Kami sudah puas berubat tetapi masalah ini tetap sama dihadapi,”katanya yang akhirnya enggan lagi bertemu pengamal perubatan sebaliknya hanya berserah pada Allah taala.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...