Korang dah menjejakkan kaki ke Saloma link? Satu tarikan memukau terbaru di Kuala Lumpur.
Menariknya Saloma Link ini, jambatannya ditaburi dengan cahaya lampu LED dengan berlatarbelakangkan pemandangan pencakar langit KLCC.
Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.
Jambatan ini mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi
Maka, berpusu-pusulah orang awam terutamanya ‘instaworthy’ berkunjung ke jambatan itu untuk melihat sendiri tarikan terbaru di Kota Kuala Lumpur ini sambil menambah koleksi gambar di instagram.
Ads
Menyakitkan Mata
Malangnya, walaupun sudah masuk tahun 2020 satu sifat yang mungkin tidak sepenuhnya orang kita buang ialah tentang menjaga kebersihan di tempat awam. Twitter Cyberjaya Info memuat naik sebuah gambar kesan tumpahan air berperisa di laluan jambatan yang menyakitkan mata.
Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni.
Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain.
Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni. Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain. Sama-sama kita jaga kebersihan.
Saloma Link Kotor
Ads
Pastinya tempat tular seperti ini dipenuhi orang ramai dalam masa terdekat. Seharusnya, kita sendiri peka untuk menjaga prasarana barulah sentiasa kelihatan cantik dan terjaga.
Kalau tidak, harapanlah mahu melihat negara sendiri seindah tarikan pelancongan di negara lain.
Respon Netizen
Ads
Rata-rata netizen memberikan respon yang sama iaitu tidak setuju dab menyelar dengan perangai rakyat yang tidak menjaga kebersihan harta benda awam.
Untuk info, Saloma Link merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Ish apa la perangai macam ni kan, apa pula pendapat korang?
Berita baik untuk kaki ‘gaming’. Facebook baru- baru ini mengumumkan akan melancarkan aplikasi mudah alih permainan video pada hari ini, Isnin (20 April) yang akan memberi tumpuan kepada penstriman permainan secara langsung.
Facebook sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna menstrim permainan video secara langsung ketika sedang dimainkan, dan memudahkan pengguna lain untuk menontonnya. Ciri berkenaan sendiri sedia memposisikan Facebook sebagai pesaing untuk Twitch iaitu kendalian Amazon.com Inc, laman YouTube milik Google dan khidmat Mixer yang ditawarkan oleh Microsoft Corp. Ini menunjukkan, syarikat gergasi laman sosial berkenaan melangkah setapak lagi kehadapan.
Facebook Gaming pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada Jun, namun syarikat itu akan melancarakannya lebih awal berikutan orang ramai menjalani kuarantin diri di rumah akibat COVID-19, menurut laporan itu.
“Membuat pelaburan dalam permainan umumnya menjadi satu keutamaan bagi kami kerana permainan merupakan satu bentuk hiburan yang benar-benar menghubungkan orang ramai,” menurut akhbar yang menukil pengarah aplikasi permainan Facebook, Fidji Simo.
“Ia memberi hiburan yang bukan hanya satu bentuk penggunaan pasif tetapi juga hiburan yang interaktif dan menghubungkan orang ramai,” kata Simo.
Facebook telah melabur dalam permainan video selama bertahun-tahun, dan telah berusaha untuk membina komuniti penstrimannya dengan kerjasama beberapa pencipta permainan dan juga mengadakan kejohanan e-sukan.
Walaupun Facebook mempunyai pangkalan pengguna yang besar – lebih daripada 2.5 bilion orang menggunakan Facebook setiap bulan – ia masih ketinggalan dibelakang Twitch dan YouTube apabila berkaitan menstrim video permainan selama berjam-jam.
Aplikasi itu juga meliputi permainan biasa dan akses kepada penggemar permainan video. Setakat ini dilancarkan untuk versi Android, manakala versi iOS akan dikeluarkan setelah mendapat persetujuan Apple.
So korang rasa mampu ke Facebook menyaingi platform sosial permainan video yang sedia ada?
Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pembukaan taman tema Genting Skyworlds secara rasmi yang dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
Kadar tiket harian dijangka akan dijual sekitar RM200. Selain itu, taman tema ini juga khabarnya mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari. Namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari buat masa ini.
“Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti kurang daripada jumlah maksimum, kami percaya taman hiburan ini akan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal,” jelas seorang firma penganalisis.
Bagaimanapun, Genting masih akan meneruskan pembukaannya kerana objektif utama taman tema ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland. Apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun seramai 6,600 orang sehari atau 2.4 juta orang pengunjung setahun pada 2014.
“Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari,” katanya.
Hm, apa pendapat korang dengan jangkaan harga tiket masuk ke Genting Skyworlds ini? Okay lah kan. Kalau kita ke taman tema luar negara pun harganya lebih kurang saja ataupun lebih mahal daripada RM200.
Jika berkemampuan, tidak salah sekiranya korang nak berlibur. Sama-sama kita nantikan tarikh pembukaan taman tema ini secara rasmi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang berusia 20 tahun, Masya Masyitah telah pun mengharumkan nama neara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.
Masya berjaya menundukkan pesaingnya, penyanyi dari Filipina yang dikenali sebagai Phem, sekali gus melayakkan diri memenangi hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
Pertandingan mencungkil bakat ini sebenarnya telah berlanjutan selama empat bulan dan Masya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menewaskan lebih daripada 3,000 peserta yang bertanding.
Kefasihan anak muda itu berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Menurut laporan Kosmo, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu nyanyian asal Bon Jovi, Living On A Prayer dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog di peringkat akhir.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang diraih semalam. Semoga kerjaya Masya dalam bidang nyanyian terus sukses dan mendapat tempat di hati peminat.