Jika korang berada di persimpangan empat penjuru Bukit Bintang dan terfikir untuk menggunakan tandas di restoran McDonald’s di sana, well – think again mister!
Khabarnya, cawangan McDonald’s tersebut telah melakukan satu perubahan sempena tahun baru 2023 apabila ia mengekhaskan penggunaan tandas bagi pelanggan yang telahpun membuat penbayaran di kaunter.
Hanya pelanggan yang memesan makanan daripada McDonald’s dan diberikan resit sahaja yang kini boleh menggunakan fasiliti tersebut.
Konsi seorang pengguna Twitter bernama @tekong, sekiranya restoran lain memberikan kata laluan bagi perkhidmatan Wi-Fi kepada pelanggan, lain pula ceritanya dengan cawangan McDonald’s yang satu ini apabila ia memberikan kata lalun untuk menggunakan tandas!
Jelas tertera di bawah resit kata laluan tandas untuk korang gunakan sebagai pelanggan. Jika tiada resit ini, jangan haraplah korang boleh buka pintu tandas itu.
Ads
Hantaran di Twitter tersebut menjadi tular susulan rasa terkejut yang dirasai warganet apabila mengetahui tentang peraturan baharu ini.
Demi membuktikan bahawa kata laluan pada resit itu benar-benar legit, hantaran itu disertakan dengan foto yang menunjukkan kotak pin di sebelah pintu tandas agar pelanggan boleh memasukkan nombor kata laluan. Turut serta dalam foto tersebut adalah arahan penggunaan tandas tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam. Terbaru, Universal Studios Singpura (USS) juga sudah pun memulakan operasinya bermula 1 Julai 2020.
Malah, segala informasi tentang pusat taman teman itu juga turut dikongsi dalam laman web rasmi rwsentosa.
Pembelian tiket hanya boleh didapati secara dalam talian dan tiket masuk adalah untuk semua tarikan yang ada di dalam USS, kecuali bagi acara-acara khas seperti Halloween Horror Nights. Resorts World Sentosa (RWS) juga menjelaskan bahawa kebanyakan daripada permainan di USS sudah pun dibuka termasuklah sesi meet & greet. Namun begitu, difahamkan semua persembahan di USS akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Taman tema ini antara yang menjadi pilihan bagi masyarakat Malaysia, namun dek kerana negara kita masih belum membuka pintu sempadan untuk ke luar negara, maka diharapnya agar korang sabar dahulu ya. Hiks!
Di negara kita pula, taman tema Sunway Lagoon dan Genting Highlands Skypolis juga sudah memulakan operasinya pada Julai ini.
Apa yang menariknya, jika korang beli tiket masuk ke Sunway Lagoon ke secara online, korang bakal mendapatkan FREE QUACK EXPRESS pada 4 dan 5 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Sunway Lagoon.
Bagi yang mahukan cuaca lebih dingin, korang boleh ke Genting Highlands dan nikmati indoor theme park Skypolis yang turut dijadual beroperasi bermula bulan ini. Antara tarikan yang ada disini adalah The VOID, Sky Towers, Spin Crazy dan banyak lagi.
Selepas penat bersuka ria di taman tema tersebut, bolehlah singgah sebentar di Genting Highlands Premium Outlets untuk ‘cuci-cuci mata’ sikit. Hiks!
Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kira ‘Cuti-Cuti Malaysia’ terlebih dahulu. Khabarnya, banyak promosi harga yang akan ditawarkan bagi menarik pelancong tempatan untuk berkunjung ke taman tema tersebut.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 19 Mac lalu, soalan yang sering kita tanya-tanya mestila bila benda ini nak berakhir?
Lagi-lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan Jumaat ini, tentu la teringin berbuka puasa dengan ahli keluarga.
Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini ada memberi bayangan yang boleh merentas negeri bermula 1 Mei ini.
Menurutnya, rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.
Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mereka boleh mula melaporkan kepada polis melalui online, iaitu melalui aplikasi GerakMalaysia yang mana ini kolaborasi antara polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mulai 25 April nanti.
“Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.
Katanya, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan.
“Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya,” katanya.
So korang banyak-banyak la berdoa. Moga kes Covid-19 di negara kita berkurangan dan kita boleh balik kampung beraya….huhu
Pengguna media sosial mula mengajak orang ramai melancarkan gerakan boikot ke atas jenama fesyen terkenal, Zara setelah Ketua Pereka bahagian wanitanya, Vanessa Perilman didakwa mengeluarkan kenyataan anti-Palestin sambil mempertahankan tindakan zalim Israel.
Segalanya bermula apabila seorang model lelaki kelahiran Palestin, Qaher Harhash berkongsi mengenai ketidakadilan yang perlu dilalui oleh rakyat di negaranya berikutan pencerobohan tentera Israel.
Berdasarkan hantaran di Instagram Story milik Qaher, Vanessa telah memberi respon dengan sentimen ‘mesej kebencian’ yang sama sekali tidak masuk akal, bersifat anti-Palestin dan langsung tidak mencerminkan profesionalisme dirinya sebagai seorang wanita berkarier yang memegang posisi tinggi dalam syarikat fesyen ‘high street’ itu.
“Jadi, poin kamu adalah kamu cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah sebuah negara kejam yang melakukan perkara terkutuk kepada rakyat Palestin? OMG saya ingin muntah. Ini adalah sangat tidak adil dan merupakan satu bentuk penipuan,” catat Vanessa – dan ia sempat ditangkap layar oleh Qaher untuk kemudian dikongsikan kepada pengikutnya.
“Mungkin sekiranya rakyat kamu berpendidikan, mereka tidak perlu meletupkan hospital dan sekolah yang telah dibiayai Israel di Gaza,” tambah Vanessa. Tidak cukup dengan itu, Vanessa meneruskan komennya itu dengan menyelar rakyat Palestin sebagai pencetus keganasan di negara itu dan menyatakan, “rakyat Israel tidak mengajar anak mereka membaling batu.”
Well, nampaknya Vanessa tidak tahu kesan yang akan dihadapi akibat perbuatan tidak sensitifnya. Vanessa kembali berhubung secara mesej dengan Qaher dan menyatakan dirinya telah menerima ugutan bunuh sambil masih mempertahankan kenyataannya sebelum ini. Vanessa enggan mengaku dirinya bersifat jahil dalam isu yang melanda Palestin-Israel.
Qaher meneruskan perbualan dengan Vanessa secara private dengan menerangkan mengapa kenyataan wanita tersebut menerima kecaman ramai dan Vanessa juga didapati telah memohon maaf.
Teks perbualan mereka itu telah dikongsikan di bahagian Instagram Story Qaher; yang menyebabkan warganet berang dan mengarahkan agar orang ramai memboikot Zara kerana mempunyai pekerja seperti Vanessa.
Qaher juga telah memuat masuk segala hantaran perbualannya dengan Vanessa dalam bentukstories highlight di Instagram agar orang ramai boleh terus membacanya.
Biarpun Vanessa telah memohon maaf (dan memadamkan akaun Instagram-nya dan akaun media sosial lain), warganet masih merasakan bahawa Vanessa hanya memohon maaf kerana dia gentar dengan ugutan yang diterima – bukannya kerana dia benar-benar mengesali kata-katanya.
Buat masa ini, pihak Zara belum tampil dengan kenyataan rasmi berhubung hal ini. Bagaimanapun, menerusi hantaran Qaher di Instagram Story, REMAJA mendapati Zara telahpun berhubung dengan model Palestin itu. Malang sekali apabila Zara dikatakan ingin Qaher memuat naik kenyataan maaf Vanessa dengan harapan segalanya akan ‘kembali normal’.
Qaher menempelak percubaan Zara itu. Sebaliknya, dia merasakan Zara perlu ‘step up’ dan mempertahankan integriti selaku salah satu pemain industri fesyen utama dunia.
“Jika Zara ingin membuat kenyataan bersama saya, kenyataan itu perlu menyatakan bahawa mereka juga sedar dengan apa yang sedang berlaku di khemah perlarian rakyat China di Xinjiang, apa yang berlaku kepada orang asli dan isu Islamophobia.
“Apabila mana-mana pereka fesyen bercakap perkara berbaur anti-Israel, mereka terus dipecat,” katanya yang mempersoalkan mengapa tindakan sama tidak diambil ke atas pereka fesyen seperti Vanessa yang bercakap perkara anti-Palestin.
Respon Zara ini seakan tidak mahu dibelengu isu dan hanya akan melancarkan ‘siasatan dalaman’. Zara juga bertindak menutup kes ini setelah mendapat tahu Qaher dan Vanessa telah berhubung secara peribadi di ruangan DM Instagram; lalu menyangka mereka berdua telah memulihkan keadaan.
Tindak-tanduk Zara ini menambah rasa amarah warganet yang merasakan jenama itu tidak memandang isu kenyataan perkauman dan kebencian oleh pekerjanya sebagai satu isu besar. Ia sekaligus menyakinkan warganet untuk melancarkan gerakan #BoycottZara.
*
Biarpun isu ini telah menjadi sebesar ini, Qaher berharap agar orang ramai tidak membuta-tuli mengecam dan menghantar mesej ugutan kepada Vanessa Perilman mahupun kepada Zara.
Sebaliknya dia berharap agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan atau kata-kata Islamophobia dan perkauman seperti ini menerangkan dengan lanjut mengapa isu tersebut penting serta mengapa ia perlu diatasi.
*
Terdahulu pada awal bulan ini, jenama ‘high end’ Louis Vuitton berdepan isu panas apabila didakwa mengeksploitasi budaya pemakaian Keffiyeh Palestin sebagai skaf berharga USD705.