“Jangan Bunuh Kreativiti Anak Muda”, Syed Saddiq Bersuara Isu Lesen Finas

Share

Youtube merupakan platform perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc yang juga syarikat induk kepada Google.

Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat you tube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan.

Namun baru-baru ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menjawab soalan  Wong Shu Qi (PH- Kluang) di Persidangan Dewan Rakyat yang mempersoalkan adakah lesen Finas diperlukan untuk media sosial atau tradisional telah mencetuskan kontroversi.

Hal ini juga mendapat respon dari mantan dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, tampil dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Menurut Syed Saddiq, beliau merayu dan mendesak dan kaji semula.

Anak muda, content creators tak mampu nak bayar RM50,000 untuk Lesen Finas.

Jangan bunuh kreativiti anak muda anak muda. Jangan jejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda!

Untuk info, sebelum ini Menteri Komunikasi Dan Multimedia memberi kenyataan bahawa semua bentuk penggambaran perlu mendapatkan lesen dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Hal ini termasuk agensi media arus perdana atau media peribadi yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisional.

Ini termasuk filem tayangan, filem pendek, trailer, pengiklanan dan apa-apa jenis rakaman termasuklah pita rakaman  dan cakera imej bergerak, ditemani atau tak ditemani dengan bunyi dan dokumentari untuk tontonan umum.”

Rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Syed Saddiq, dan tidak bersetuju dengan cadangan lesen Finas ini.

Tak kurang juga yang memuji kepimpinan anak muda seperti Syed Saddiq.

Ala dah tak boleh jadi youtuber la macam ni….huhu….So apa pendapat korang tentang isu ni?

IKLAN