Jika di Malaysia kita mempunyai tarikan rekreasi jambatan gantung di FRIM dan beberapa taman negara di seluruh negeri, sebuah jambatan gantung yang dipercayai terpanjang di dunia pula terletak di Dolni Morava, Republik Czech.
Menurut laporan CNN, jambatan gantung ini dikenali sebagai Sky Bridge 721 yang mempunyai jarak sepanjang 721 meter dan tergantung di udara pada ketinggian 95 meter di atas kawasan lembah di bawahnya. Ia telah dibuka secara rasmi pada 13 Mei lalu.
Projek pembinaan jambatan ini mengambil masa selama dua tahun dan menghubungkan antara dua tebing gunung yang terletak di kawasan itu. Pengunjung berpeluang untuk menikmati pemandangan menakjubkan pergunungan Jeseniky dan mampu memberikan pengalaman mencabar kepada mereka.
Sky Bridge 721 ini hanya selebar 1.2 meter, dibina pada altitud antara 1,110 meter dan 1,116 meter dari paras laut. Khabarnya, jambatan gantung ini telah mengatasi rekod Jambatan Banglung Parabat di Nepal yang mempunyai jarak 567 meter.
Seorang blogger dari Austria telah berkongsi foto melawat Sky Bridge 721 di laman instagramnya. Jelasnya, dia takut jambatan gantung itu bergegar dengan kuat namun ia tidaklah seteruk yang disangka. Pemandangannya sungguh menakjubkan dan pengunjung boleh melihat hutan belukar dibawah trellis itu. Nah, pastikan korang tidak takut tinggi okay?
Untuk info, jarak Sky Bridge 721 ini adalah sekitar 2 jam 30 minit pemanduan dari ibu kota Czech, Prague. Sekiranya korang ingin melancong ke Prague, mungkin boleh masukkan lokasi jambatan gantung ini dalam itinerari percutian korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara, ramai diantara kita yang tidak dapat melalukan aktiviti seperti biasa termasuklah pergi bekerja seperti biasa dan bagi pelajar terpaksa membiasakan diri dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Banyak sebenarnya kekangan yang dilalui oleh para pelajar ketika PdPR ini dijalankan terutamanya dari segi ialah jalur internet, dan gadjet ketika kelas online ini.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif memperkenalkan semula saluran khusus TV Pendidikan yang akan mula bersiaran 17 Februari ini dengan dikenali sebagai DidikTV KPM.
Saluran itu ke udara setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam dan dijadual dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama bersiaran jam 8.00 pagi.
“Saluran ini adalah usaha berterusan dalam meningkatkan akses pendidikan berkualiti bagi semua murid seluruh negara,” kata kenyataan dari KPM.
Langkah proaktif yang telah diambil pihak beliau menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan salah satu siaran televisyen iaitu NTV7 mencapai taraf ‘saluran khas’ yang semata memfokuskan kepada pembelajaran di peringkat sekolah.
DidikTV bakal menjadi satu lagi saluran pembelajaran di samping beberapa lagi saluran yang turut menyediakan waktu penyiaran (airtime) secara percuma bagi tujuan PdPR antaranya TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR 601 & 602.
Wah, makin canggihlah adik-adik zaman sekarang, belajar dengan tv je. Semoga dengan adanya usaha ini dapat memudahkan lagi sesi pembelajaran dan setidaknya tidak ada pelajar yang tercicir dalam pelajaran akibat PdPR.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah agak ramai orang di sekeliling kita yang menerima suntikan vaksin. Daripada apa yang kita lihat, kebiasaannya mereka akan demam sehari selepas mendapat suntikan tersebut.
Namun, korang tidak perlu risau kerana ia merupakan kesan biasa yang dihadapi oleh mana-mana individu sejurus mereka menerima suntikan vaksin. Lazimnya, hanya dengan mengambil paracetamol atau lebih biasa dipanggil Panadol, seseorang akan kembali sihat selepas mendapatkan rehat secukupnya.
Hal ini mendapat perhatian seorang pengguna Twitter yang juga merupakan ahli kimia untuk menerangkan kandungan, kebaikan dan kesan pengambilan paracetamol.
Beliau juga menjelaskan mengapa korang perlu mengambilnya selepas dan bukannya sebelum menerima suntikan vaksin.
Berikut merupakan penerangan yang telah dibuat oleh Sir Mas Faiz.
Paling popular, tapi kena berhati-hati kerana kandungannya ialah ion garam Natrium (Na+) yang tinggi sebanyak 173mg per tablet. Ambil maksima 2 biji sahaja ya.
Na+ memudahkan penghadaman dan diserap laju di usus kecil. Sebab itulah ia dinamakan ‘fast’. Bagi individu yang mempunyai penyakit darah tinggi, elakkan.
Ini antara formulasi terbaru. Kesan terapeutiknya laju, hanya dalam 20 minit. Panadol ini menggunakan Calcium Carbonate (CaCO3) dan alginic acid untuk menggantikan ion Na+, jadi mudah bagi kamu hadam.
Kandungan NA rendah, lebih selamat tapi sedikit berasid. Jadi sebelum makan kena alas perut terlebih dahulu.
Gabungan paracetamol dan kafein 65mg sesuai untuk yang mengalami simptom migrain atau sakit kuat. Kafein ialah sejenis analgesic untuk tahan sakit. Individu yang banyak minum kopi dan merokok harus mengelakkan pengambilan Panadol jenis ini. Tahap maksima kafein sehari ialah 500mg. Ingat, secawan kopi mengandungi lebih kurang 80-100mg.
Tahan lama dalam 6 hingga 8 jam sedangkan panadol biasa hanya bertahan untuk 3 atau 4 jam. Sebab apa ia tahan lama? Kerana ia mengandungi double layer complexation. Penghadaman paracetamol ini adalah slow and steady namun tidak mendatangkan kesan yang kuat.
Formulasi khas untuk individu yang susah nak telan ubat kerana pahit. Campuran ion garam Na+ sangat tinggi iaitu kira-kira 450mg untuk satu biji tablet.
Makan sebiji sudah mencukupi. Jangan melebihi 2400mg ion Na+ sehari. Maklumlah, kita makan lauk pun ada garam lagi. Yang ada penyakit darah tinggi, elakkan.
Campuran PCM dan pamabrom, 8-bromo theophylline. Kesan receptor kuat disebabkan kandungan bromine atom. Ikut perskripsi doktor. Panadol ini khas untuk yang ada haid. Yang tak ada jangan gatal nak makan.
*
Sir Mas Faiz juga menjelaskan bahawa Panadol adalah nama komersial dan paracetamol ialah nama pendek. Para-acetaminophenol ialah nama IUPAC dan ia sama saja seperti panadol atau paracetamol.
Ada banyak jenama ubat lain yang mengandungi paracetamol jadi korang boleh semak dulu di belakang kotak sebelum beli.
Kenapa makan Panadol (jika perlu) SELEPAS suntikan vaksin dan bukannya sebelum?
Ini kerana Panadol akan menaikkan kandungan ion garam Na+ dalam badan dan meningkatkan tekanan darah. Apabila tekanan darah tinggi, pengambilnya boleh pening dan kesan vaksin akan memburukkan lagi keadaan.
Paling penting, jangan makan Panadol lebih daripada had maksima. Semak dahulu kandungan milligram (mg) PCM dan Na+ pada setiap kotak jika ingin mengambil melebihi satu biiji. Ingat, Panadol ini adalah ubat tapi kalau sudah terlebih dos, ia boleh bertukar menjadi dadah.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan pengetahuan dan manfaat buat semua.
Kicap merupakan bahan perasa yang digunakan ke dalam hampir semua masakan Asia dan bagi masyarakat negara kita pula, kicap dimakan terus bersama nasi. Antara padanan lauk yang popular disajikan bersama kicap adalah telur goreng. Walaupun nampak ringkas, tetapi ia mampu membuka selera.
Namun, satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Abdul Rahman Mohamed mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pembelian kicap jenama Habhal kerana jelasnya terdapat nama Abdul Lathief yang tertera dilabel botol kicap dengan tulisan jawi.
Jelasnya, nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah swt yg digabungkan dengan lafaz Hamba. Nama Al Lathief jika di tulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertaluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik, namun apabila ditulis dalam teks Arab, ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan di tempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.
Meskipun perkara ini masih ada hujahnya, namun korang dinasihatkan apabila mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT.
Diharap selepas ini jika korang membeli kicap jenama Habhal, pastikan korang peka sebelum membuang botol kicap tersebut. Sebarkan informasi ini kepada keluarga dan rakan terdekat supaya mereka juga turut peka dengan perkara ini.