Sumber Foto : The Star

 

Adakah kehidupan kita semua semakin menghampiri apa yang dilabel sebagai ‘normal’?

Seperti yang dijanjikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini telah mengadakan sidang media bagi beberapa pengumuman penting seiring dengan musim endemik di Malaysia sejak awal bulan ini.

Menterinya, Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin telah memaklumkan sebentar tadi bahawa pemakaian pelitup muka kini hanya diwajibkan semasa seseorang itu berada di dalam bangunan (indoor) dan semasa berada di dalam kenderaan pengangkutan awam termasuklah kenderaan e-Hailing.

Ini bermakna, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan di kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan ke atas kita semua. Begitupun, kata Khairy, ia masih amat digalakkan kerana pelitup muka secara tidak langsung dapat mengurangkan penularan sebarang bentuk jangkitan.

IKLAN

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan bahawa penjarakan sosial kita tidak lagi diwajibkan. Namun, kita masih digalakkan untuk menjarakkan diri ketika berada di kawasan orang ramai tanpa memakai pelitup muka.

Selain itu, kita juga tidak lagi perlu mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera. Hampir semua individu kini dibenarkan untuk masuk ke premis-premis tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus Berisiko Tinggi atau di bawah HSO.

IKLAN

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Di Luar Bangunan & Kawasan Terbuka – KKM

Kesemua kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ini bakal terlaksana bermula 1 Mei 2022.

IKLAN

*

Dapatlah kita menyambut Hari Raya secara lebih bebas pada tahun ini, kan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI