
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akhirnya tampil menjernihkan kekeliruan mengenai status pernikahan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Dalam satu kenyataan rasmi, JAIP mengesahkan bahawa perkahwinan pasangan itu adalah sah dan menepati hukum syarak.
Menurut jabatan tersebut, berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, pasangan berkenaan telah dinikahkan pada 4 November 2021, jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.

“Majlis akad nikah dijalankan dengan persetujuan dan kehadiran wali mujbir pengantin perempuan, iaitu bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.
“Bapa pengantin perempuan mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah itu,” kata JAIP.
Jabatan itu turut menjelaskan bahawa majlis pernikahan tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa akibat penularan COVID-19.
“Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum syarak,” jelas JAIP lagi.

Pengesahan ini secara tidak langsung meredakan spekulasi mengenai status perkahwinan pasangan berkenaan yang kini dikatakan berdepan kemelut rumah tangga.
Terdahulu, Uqasha mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran di Instagram mendakwa dirinya telah diperbodohkan oleh Kamal dan keluarga selepas mendapati tarikh pernikahan pada sijil berbeza dengan hari sebenar mereka dinikahkan.
Pelakon itu mendakwa dia sebenarnya dinikahkan pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun tarikh pada sijil pernikahan menunjukkan 4 November 2021 jam 9.30 malam. Bagaimanapun, hantaran tersebut kini telah dipadam daripada akaun Instagram miliknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Selebriti Yang Belanja Sakan Untuk Pasangan, Korang Pun Boleh Dengan Bajet Lebih Rendah!

Kalau nak diikutkan, tiada apa pun yang menghairankan selebriti kegemaran korang memuat naik gambar berbelanja.
Kadangkala, selebriti membeli bukannya sebab mereka suka untuk membazir pun. Tetapi ia adalah untuk memenuhi keperluan mereka. Cuma netizen yang melihat gaya hidup membeli mereka itu sebagai satu pembaziran.
Untuk selebriti berstatus single, sememangnya mereka akan membeli barang untuk diri sendiri. Kalau tidak pun, mereka akan membeli untuk ahli keluarga, BFF mahupun untuk peminat mereka (ingat tak Oprah Winfrey?!)
Namun, apabila selebriti sudah berpunya, pastilah segala perbelanjaan dicurahkan kepada girlfriend atau boyfriend masing-masing. Ada juga yang kononnya berbelanja sakan untuk skandal. Opps!
Nak tahu betapa dalamnya cinta selebriti kepada pasangan? Cuba tengok 5 selebriti pilihan REMAJA ini, sakan ke tidak?
==============================
Elfira Belanja Sufian Naik Helikopter
Amboi, tak cukup bawa jalan-jalan naik kereta, Sufian Suhaimi dikejutkan oleh tunangnya, Elfira Loy yang mengajak menaiki helikopter sempena hari jadi Sufiab yang ke-25, tahun ini.
Pada mulanya mereka berdua sekadar breakfast nasi lemak je di Kuala Lumpur. Sekali, Elfira persembahkan chopper ride selama 20 minit untuk mereka berdua saja, bermula dari Tasik Titiwangsa.

Lahirkan Anak, Amyra Dapat Kereta
Besar pengorbanan pelakon, Amyra Rosli yang melahirkan anak sulungnya bersama Amar Baharin pada 15 Oktober 2017. Walaupun sehingga sekarang, pasangan selebriti ini merahsiakan nama bayi mereka (just tell us already!), satu kejadian yang menarik perhatian peminat sehingga like posting tersebut mencecah 185,800 likes adalah apabila Amar menghadiahkan kereta baru kepada Amyra.
Wow! Setiap tahun pun kita sanggup beranak ni hehe..

Aaisyah Rai Birthday Ke-3 Di UK
Okay, ni jeles. Sempena hari lahir ketiga si comel Aaisyah Dhia Rana 1 November lalu, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin telah membawa puteri mereka itu untuk melancong ke London, Paris dan Geneva.
Sebenarnya, hadiah percutian selama 10 hari itu sepatutnya diberikan kepada Aaisyah pada tahun lalu. Namun kerana pada tahun lalu, Che Ta telah disekat daripada ke luar negara kerana isu tunggakan cukai, percutian terpaksa ditunda ke tahun ini. Untunglah dapat pergi Disneyland Paris!

Beberapa Lagi Selebriti Dapat Kereta.
Bukan Amyra Rosli seorang saja, rupanya ramai lagi yang dapat kereta baru! September lalu, pelakon Yana Samsudin dikejutkan oleh suaminya dengan hadiah kereta jenis SUV berwarna putih. Siap diikat riben pink lagi tau!
Khai AF1 juga mempunyai idea yang sama apabila menghadiahkan isterinya, Rosma dengan kereta mewah Audi TT setelah Rosma dilaporkan lama mengidam untuk memiliki model kereta tersebut.

50 Kuntuman Ros Untuk Fattah
Okay, lepas ni penulis boleh pergi check-up kaki. Takut-takut kencing manis pulak sebab mereka ini sweet sangat!
Sempena hari lahir ke 27 Fattah Amin pada September lalu, pasangan skandal are-they-or-are-they-not Fattah iaitu pelakon, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntum ros merah, dessert dan kad ucapan berbentuk heart (OMG!) kepadanya. Mungkin mereka berdua ini sememangnya obses dengan bunga ros apabila Fattah juga pernah memberikan 500 kuntum bunga yang sama kepada Fazura sebagai hadiah hari jadi.
==============================
Sweet ke tidak? Kebanyakan daripada hadiah yang diberi oleh para selebriti memanglah mahal sehingga mencecah ratusan ribu Ringgit. Bunga ros sekarang pun dah mahal tau!
Sebenarnya korang pun boleh menghadiahkan pasangan dengan hadiah dengan bajet yang kureng sikit daripada mereka. REMAJA war-warkan beberapa produk khas keluaran Disember ini yang pastikan akan buatkan pasangan sayang lebih punyalah!

Body Shop Special Edition Festive Fragrance
Dipakejkan dengan gel mandian, sugar scrub, body butter dan krim tangan, korang tak perlu lagi susah-susah nak balut hadiah kerana packaging set daripada Body Shop ini memang dah cantik dah! RM99 untuk setiap perisa.

Fenty Beauty Holiday Collection
Yasss, Rihanna is back! Koleksi mekap yang dijual dengan jumlah terhad ini pasti menjadi favourite pasangan korang yang sukakan glitter. Paling mencuri tumpuan tentulah palet Galaxy Eyeshadow yang memuatkan 14 warna glitter. Bermula dari RM80 hingga RM240

Laneige Pop! Holiday Collection
Jika pasangan sukakan warna-warna ceria pula, koleksi ini memang wajib dimiliki. Ini kerana ia mengandungi pelbagai produk berversi mini seperti Sleeping Mask, Two-Tine Tint Lip Bar, Cushion Blusher dan pembayang mata. Bermula dari RM85 hingga RM165

SK-II Facial Treatment Essence
Khas untuk peminat SK-II, korang perlu gasak pasangan masing-masing untuk menghadiahkan koleksi edisi terhad ‘Change Destiny’ ini. Pilih saja rekaan botol berserta mesej yang korang sukakan. Walaupun sedikit mahal tetapi essence daripada SK-II ini memang diakui berkesan. Bermula dari RM657
innisfree Winter Skin Care Puzzle Collection
Bayangkan pasangan boleh mendapat semua jenis produk penjagaan diri di dalam sebuah kotak? Mereka mesti dah tak ada alasan nak merajuk dengan korang. Koleksi musim percutian daripada jenama Korea Selatan ini menyediakan Green Tea Seed Serum (bestseller!), pupur Black Green Tea Mas, Orchid Enriched Cream (krim anti-penuaan), Green Tea Mineral Mist, dan Green Tea Sleeping Pack). Kalau tak cantik juga ni tak tahulah hehe. RM120
==============================
Bestkan!
Bukanlah bermaksud rasa kasih sayang antara pasangan, adik-beradik, ibu-anak dan kawan akrab itu terletak pada pemberian hadiah. Namun jika pasangan mampu, apa salahnya untuk memanjakan mereka sekali-sekala.
Paling penting, hadiah doa yang ikhlas kepada pasangan wajib diberi; seperti yang dilakukan ibu Neelofa, Datin Kartini kepada anaknya sempena ulang tahun ke 28, awal tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna
![[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna 27 [Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna](https://cdn.remaja.my/2019/06/7dde06ea-ccc4-4059-a321-e477d8c4fe73-09_48_214191-09_48_374269.jpg)
Saban tahun, bukan saja selebriti di Malaysia menjadi tumpuan peminat setiap kali tiba musim perayaan. Selebriti di Bollywood juga tak kurangnya, sampaikan peminat sanggup berkumpul di hadapan rumah mereka!
Nama-nama besar Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Katrina Kaif serta pelakon baru seperti Kitri Sonan dan Sara Ali Khan (anak Saif Ali Khan) meraikan Aidilfitri penuh ringkas tetapi meriah pada tahun ini.
Shah Rukh Khan
![[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna 28 [Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna](https://cdn.remaja.my/2019/06/ccd7ba3d-d20d-4c12-a9c0-f67a83424473-09_08_058143.jpeg)
Sambil menyatakan terima kasih kepada peminatnya yang sekali lagi menjadikan kediamannya sebagai lokasi pertama untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini, Shah Rukh Khan ditemani oleh anak lelakinya, AbRam Khan dan hos televisyen, David Letterman.
Setiap tahun, Shah Rukh akan menemui para peminat di luar kediaman Bandra-nya (seperti Salman Khan) dalam pakaian kurta putih.
Salman Khan
![[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna 29 [Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna](https://cdn.remaja.my/2019/06/05d942ff-9255-476d-9a0d-95b215bfaca0-09_10_349594.jpeg)
Salman Khan tidak pernah terlepas daripada menyambut Aidilfitri bersama para peminat yang akan setia menanti di luar kediamannya di Bandra untuk melihat kelibat pelakon kegemaran mereka itu.
Aidilfitri tahun ini lebih istimewa kerana filem lakonan Salman iaitu Bharat menemui penonton pada hari Raya pertama. Salman yang berdiri di balkoni rumah menyambut kehadiran peminat yang menyalakan cahaya flashlight daripada telefon pintar mereka.
Katrina Kaif
![[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna 30 [Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna](https://cdn.remaja.my/2019/06/b6fe3bab-5b4b-4f24-9937-8e5c68534eaf-09_14_981965-09_15_078819.jpg)
Katrina Kaif cantik mengenakan kurta Coral sambil memberikan ucapan Aidilfitri di Instagram miliknya.
Sonam Kapoor
![[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna 31 [Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna](https://cdn.remaja.my/2019/06/d9b0f4cd-ed67-4a3d-b070-f2988301e859-09_48_283780.jpeg)
Sonam Kapoor Ahuja menyambut Aidilfitri dengan rekaan baju anarkali oleh Gaurang Shah yang dihadiahkan oleh ibu mertuanya, Priya Ahuja.
Sara Ali Khan
![[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna 32 [Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna](https://cdn.remaja.my/2019/06/aa3a184c-4895-48ff-a2a9-03a36163f726-09_32_608084-09_32_737527.jpg)
Model & anak dara kepada pelakon Saif Ali Khan ini juga tak ketinggalan untuk menyambut Aidilfitri bersama ibunya, Amrita.
Kriti Sanon
![[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna 33 [Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna](https://cdn.remaja.my/2019/06/918d8287-0431-4a46-8941-ee33f4775bfa-09_39_212124-09_39_283824.jpg)
Pelakon cantik yang popular dengan filem Luka Chuppi (2019) dan Dilwale (2015) ini meraikan Aidilfitri bersama rakan jurusolekan & penata gayanya, Aasif Ahmed dan Adrian Jacobs.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Naim Kata, ‘Kau Godeklah Lagu Tu’..” Firdaus Rahmat Minta Izin Penyanyi Asal Sebelum Bolot Kedudukan Top 2

Persembahan lagu Sembah nyanyian asal Naim Daniel oleh Firdaus Rahmat di pentas Big Stage 2023 semalam nyata memberi impak kepada momentumnya dalam program nyanyian realiti itu.
Bercakap kepada REMAJA selepas konsert minggu ketujuh melabuhkan tirainya, Firdaus, 25 tidak menyangka percaturan lagu yang dipilih oleh Dato’ Ramli MS untuknya itu ‘menjadi’ lalu membolot kedudukan kedua terbaik dengan pungutan markah sebanyak 85% di belakang Nadeera Zaini.

“Jujurnya saya terkedu mendengar komen-komen juri minggu ini. Sangat-sangat positif. Saya pun tak sangka akan mendapat markah sebanyak itu kerana bagi saya, ia benar-benar melangkaui jangkaan.
“Persembahan kali ini memang 100 peratus dari hati saya dan hampir ternangis juga di atas pentas tadi. Saya berjaya kawal balik agar tidak teremosi. Ini kerana mesej lagu itu sendiri amat berat intepretasinya bagi saya,” katanya yang membina nama terlebih dahulu menerusi single berjudul Test Drive untuk drama hit, Projek: High Council.
Bangkit Daripada Sakit
Bukanlah untuk membandingkan corak persembahan Firdaus pada minggu ketujuh ini dengan apa yang dipersembahkannya pada minggu kelima menerusi lagu Coba nyanyian asal Faizal Tahir. Namun jelas, sinar potensi yang ada padanya kali ini lebih mengilau sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di auditorium.
Jelas Firdaus, selain daripada pemilihan lagu yang tepat; dirinya juga kini kian pulih daripada sakit tekak yang dialaminya.
“Alhamdulillah, dua minggu lepas saya tidak berapa perform disebabkan faktor kesihatan hingga tidak ada suara. Jadi pada minggu ini saya berjaya bangkit semula walaupun kesihatan saya hanya hingga tahap 90 peratus,” katanya.

Bercakap mengenai idea di sebalik persembahan Sembah ini, REMAJA bertanyakan sekiranya Firdaus ada melakukan perbincangan dengan penyanyi asalnya, Naim Daniel.
“Konsep ini daripada saya dan pasukan sendiri. Ada juga saya berborak dengan Naim tapi sekadar untuk mendapat kebenarannya untuk ‘godek-godek’ lagu ciptaannya agar ia menjadi versi saya.
“Katanya, ‘Kau godeklah lagu tu. Kau buatlah’. Saya memang nak jadikan versi ini milik Firdaus Rahmat dan bukannya versi Naim Daniel featuring Man Kidal.
“Berat juga kalau hendak cerita (idea persembahan). Bagi saya, lagu ini melibatkan hubungan kita sebagai manusia dengan Tuhan. Bagi Naim mungkin maksud lagu ini berbeza, tetapi ini interpretasi saya.
“Apa yang saya faham dengan lagu ini adalah saya ‘diikat’ dengan cinta yang saya sendiri tidak mahu. Dalam suci ada debu, dalam kotor ada bersih dan dalam suka ada duka. Oleh itu, dalam percintaan pasti ada peritnya untuk kita menanggung perasaan itu.
“Apa pun yang terjadi, harapan kita seharusnya kepadaNyA dan bukan kepada manusia,” jelas Firdaus lagi.
Bersedia Berjuang
Apa juga kritikan dan pendapat yang diberikan oleh Ajai dan Aina Abdul akui Firdaus diambilnya penuh serius demi memperbaiki dirinya untuk dibawa dari minggu ke minggu. Selain daripada memperbaiki skil nyanyiannya, Firdaus turut memandang serius faktor kesihatan agar mentalitinya tidak mudah ‘koyak’.
@remaja.my #BigStage2023 Aduhhh sempat pula Firdaus Rahmat nak ‘terkucil’ masa nak perform di Big Stage Minggu Ke-3 semalam 😂 Btw, Inilah Kembar Firdaus Rahmat! Sama-Sama Masuk Air jugak kann🤣 📱 Jangan lupa saksikan video penuh di Youtube Majalah Remaja ok! #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #bigstage #dominasibbnu #firdausrahmat #fahimirahmat ♬ original sound – Remaja
“Kejayaan pada minggu (ketujuh) ini membakar semangat saya untuk meneruskan perjalanan. Agak tertekan juga (dengan markah yang diterima kali ini).
“Saya akan cuba mengekalkan markah ini pada minggu-minggu mendatang dan paling penting, saya akan cuba puaskan hati saya dahulu dengan apa yang telah saya persembahkan,” simpulnya.
All the best Firdaus Rahmat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



