Pejam celik, sudah sepuluh tahun usia acara muzik besar-besaran, Good Vibes Festival di Malaysia rupanya!
Tampil lebih eksentrik dan bertenaga untuk meraikan ulang tahun dekad pertamanya sejak ia dianjurkan pada tahun 2013, penganjur Good Vibes Festival pada minggu ini mengumumkan bahawa mereka bakal kembali dari 21 Julai – 23 Julai kelak.
Berlainan dengan edisi-edisi terdahulu yang pernah dianjurkan di The Ranch Gohtong Jaya, Genting Highland dan di Sunway Lagoon Petaling Jaya pada tahun lalu, edisi kali ini menjanjikan skala yang lebih besar apabila ia bakal dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang.
Mungkin ramai dalam kalangan korang yang tidak ingat bahawa edisi pertama Good Vibes Festival pada tahun 2013 sebenarnya bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
Justeru, kembalinya acara tahunan ini ke lokasi asal pada kali ini membawa kenangan nostalgik buat penganjur dan juga pengunjung ‘OG’ dahulu.
Kongsi Pengarah Hiburan Future Sound Asia, festival kali ini menyenaraikan barisan penghibur paling ramai dalam sejarah penganjurannya.
Paling dinantikan ialah kumpulan rock Amerika, The Strokes dan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 yang kembali ke Malaysia setelah kali terakhir menjayakan slot persembahan semasa Good Vibes Festival 2016.
The StrokesThe 1975
Selain mereka, Good Vibes Festival turut diserikan dengan kemunculan penghibur antarabangsa lain seperti The Kid Laroi, Giveon, Rini, DPR Live & DPR Ian, Sabrina Carpenter dan NxWorries feat. Anderson Paak serta Knxwledge.
Kongsi penganjur menerusi poster pengumuman tersebut, lebih ramai lagi nama-nama penghibur antarabangsa yang bakal disenaraikan tidak lama lagi.
Ads
Bagi penjualan tiket pula, ia akan dilakukan secara berfasa demi mengelakkan trafik laman web tergendala. Yang penting, lebih awal korang beli lebih murah harga tiket yang ditawarkan.
Fasa pertama penjualan dibuka mulai 22 Februari sehingga 5 March 2023, manakala fasa kedua dan ketiga penjualan masing-masing akan dilakukan pada bulan Mac dan Mei. Jom lihat jumlah harga tiket bagi setiap fasa ini.
Fasa Pertama (22 Feb – 5 Mac)
Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM788
Fasa Kedua (6 Mac – 7 Mei)
Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM888
Ads
Fasa Ketiga & Terakhir (8 Mei hingga habis terjual)
Kemasukan biasa untuk tiga hari: RM988
*
Difahamkan, sekiranya tiket Good Vibes Festival 2023 habis terjual (termasuklah bagi kategori VIP bernilai RM1388 dan kategori ‘Squad Goals’ untuk 5 tiket bernilai RM4,190) di akhir tarikh fasa kedua, maka status penjualan tiket dianggap sebagai sold out dan tiada tiket tambahan (ataupun tiket ‘1-day pass’ yang dinanti-nantikan) akan ditambah selepas itu.
Haa, berbaloi ke tak gaiss? Cer komen sikit.
Ads
Sementara itu, jom kita #throwback beberapa persembahan daripada CL pada edisi Good Vibes Weekender 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boneka yang ditakuti kanak-kanak 90an kembali menghantui kamu tahun ini! Trailer baru yang akan membuatkan memori kamu terhadap patung kejam, pasti akan membuatkan kamu gerun bila teringat babak-babak dalam filem-filem sebelum ini.
Chucky yang kembali dengan tajuk iaitu Child’s Play selepas filem pada tahun 2004, Seed of Chucky. Konsepnya masih sama, gemar membunuh orang sesuka hati tanpa belas kasihan, namun penceritaan dan sedikit kelainan terhadap penggunaan boneka ini berubah mengikut peredaran masa kini.
Mengambil nama yang sama dari filem tahun 1988, Child’s Play menceritakan tentang seorang ibu yang membeli patung mainan untuk anak lelakinya sebagai teman pada ulang tahun anaknya tanpa menyedari bahawa patung yang dibeli itu sebenarnya kejam dan jahat sehingga mampu untuk membunuh sesiapa saja.
Filem yang bakal ditayangkan pertengahan tahun 2019 ini dibintangi oleh Gabriel Bateman, Aubrey Plaza, and Brian Tyree Henry.
Walaupun Chucky kembali menghantui peminat di pawagam, namun suara latar kepada patung keji ini, Brad Dourif tidak lagi menyumbangkan suaranya dalam filem ini, ia digantikan dengan Mark Hamill. Berita ini disampaikan oleh Mark sendiri melalui video pada 30 Mac.
Tak kisahlah siapa pun yang memainkan suara Chucky ni, REMAJA tak sabar nak tengok filem ini di pawagam. Siapa pulak dak Chucky ni nak bunuh lepas ni kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat, masa Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini viral remix lagu Kesana Kesini di sosial media. Malah ia turut meraih perhatian ramai selebriti untuk menghasilkan video menari menggunakan lagu remix ini sebagai latarbelakang rakaman mereka.
Siapa sangka, PKP 2.0 ini juga muncul lagu khas hasil ucapan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.
Menariknya, idea lagu ‘PKP 2.0’ ini yang diambil daripada kumpulan Nasyid Raihan bertajuk lagu Bismillah ini memang sangat cool dan kreatif. Untuk pengetahun korang, lagu ini dihasilkan oleh komposer serta gitaris ternama Hujan, AG Coco yang dimuat naik di saluran YouTube ML Studios.
Rata-rata peminat Hujan tidak menyangka AG Coco akan menghasilkan lagu seperti ini dan ternyata ramai yang menyukai lagu PKP 2.0 ini.
‘Will trending on TikTok soon’
Sumber : Komen Youtube ML Studios
Versi penuh lagu PKP 2.0 ini telah meraih lebih 109,996 tontonan walaupun baru semalam dimuat naik.
Lagu Penuh Mesej Dan Peringatan
Walaupun, lagu ini idea daripada petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai unsur humor namun video dan lirik lagu ini terselit nasihat dan peringatan bahawa COVID-19 ini memberi kesan kepada semua dan mengapa kita perlu tegas dalam menghadapinya.
Lirik lagu PKP 2.0
Dimulakan dengan dua minggu
Disudahi dengan berminggu-minggu
Begitulah kita semua dok membilang
Mudah-mudahan COVID-19 hilang.
Dimulakan dengan dua minggu Disudahi dengan berminggu-minggu
Begitulah berbulan PKP PKP PK PK lah sampai tak boleh pikiaq.
Mula mula (RATUS) Lepas tu? (4 RIBU)
Hari tu dah 0 tapi tak lama Kuarantin 2 minggu pun tak mau dengaq cakap
Sama sama pakat takmau dengaq cakap
Begitulah berbulan PKP PKP PK PK lah sampai tak bleh pikiaq.
PKPB PKPD PKPP
Ramai ramai jagalah SOP
Jangan jadi 2020 lagi
Tahun ini jangan jadi lagi.
Lirik: AG Coco
Apa-apapun, pastikan korang selalu cuci tangan, pakai facemask, guna ‘sanitizer’ serta lakukan semua SOP yang ditetapkan oleh KKM bagi menghindari dari pandemik COVID-19 ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat setia kumpulan popular Indonesia, Dewa 19 yang dikhabarkan bakal mengadakan konsert ulang tahun ke-30 Dewa 19 Di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Berita ini telah disahkan sendiri oleh laman Facebook rasmi Dewi19 – Anniversary Tour dan sempena ulang tahun yang ke-30, Dewa 19 akan menjelajah 30 kota dengan 30 lagu dan Kuala Lumpur turut tersenarai dalam salah satu kota konsert jelajah ini.
Foto: Facebook Dewi19 – Anniversary Tour
Menurut mereka lagi, jualan tiket untuk Konsert Ulang Tahun ke-30 Dewa 19 di Kuala Lumpur akan bermula dalam tiga hari sahaja lagi.
Kumpulan popular Indonesia ini difahamkan akan menganjurkan konsert jelajah di kota-kota besar Indonesia terlebih dahulu, termasuklah di Semarang, Malang, Lampung dan Surabaya.
Tidak dinafikan Dewa 19 mempunyai pengikut mereka tersendiri, buktinya mereka mampu bertahan selama 30 tahun dan masih lagi menjadi kegilaan peminat. Antara lagu-lagu hits mereka adalah Kirana, Kangen, Bukan Cinta Manusia Biasa, Pupus, Roman Picisan, Laskar Cinta dan banyak lagi.
Nantikan update terbaharu di media sosial rasmi Dewa 19. Fuh, mesti ramai yang dah tak sabar!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!