Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencipta sejarah manis dalam perjalanan seni apabila berjaya mengumpulkan lebih 65,000 peminat di lokasi ikonik, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menerusi konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love.
Konsert mega ini bukan sekadar meraikan 30 tahun penglibatan Siti dalam industri muzik, malah menjadi bukti bahawa aura dan pengaruhnya masih utuh sehingga ke hari ini.
30 Tahun Berkarya, Aura Masih Tiada Tandingan
Merupakan konsert ke-35 sepanjang karier sejak debut pada 1996, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, membuktikan statusnya sebagai penyanyi nombor satu tanah air kekal unggul dan tiada tolak banding.
Pada konsert anjuran SN Legacy Sdn. Bhd. itu, Siti mendendangkan 42 buah lagu popular yang dibahagikan kepada beberapa segmen termasuk irama tradisional, sekali gus menyaksikan lautan manusia membanjiri SNBJ, stadium terbesar di Asia Tenggara dengan sorakan dan tarian penuh semangat.
‘Joget Lambak’ Terbesar Di Malaysia?
Suasana konsert menjadi semakin meriah apabila Siti mengajak peminat untuk sama-sama ‘berjoget lambak’ seperti adat keraian orang terdahulu.
“Kalau ikut adat orang dahulu, apabila ada keraian dan keramaian, orang-orang akan berjoget lambak. Saya ajak semua yang hadir di sini untuk bangun dan joget lambak, boleh? Kita jadikan ini joget lambak terbesar.
Ads
“Silap-silap boleh masuk Malaysia Book of Records (MBOR),” selorohnya di hadapan ribuan peminat.
Untuk rekod, konsert dengan bilangan penonton paling ramai di Malaysia masih dipegang oleh Coldplay: Music of the Spheres dengan lebih 81,000 penonton.
Dua Konsert, Lebih 65,000 Penonton
Namun begitu, penganjuran Legacy 30 Siti Nurhaliza menjadikan penyanyi lagu Cindai itu sebagai satu-satunya penghibur tempatan yang memiliki dua konsert dihadiri lebih 65,000 penonton di Malaysia.
Rekod terdahulu dicatatkan menerusi Siti Nurhaliza: Fantasia Tour pada tahun 2004 yang menghimpunkan 70,000 penonton.
Ads
Lagu Tradisional, Kenangan & Dedikasi Istimewa
Konsert ini turut menyaksikan Siti mendendangkan untaian lagu irama tradisional yang cukup sinonim dengan namanya seperti Joget Menanti Kasih, Balqis, Ya Maulai serta Pandang Pandang Jeling Jeling.
Paling menyentuh perasaan, Siti mendedikasikan lagu Cindai sebagai tanda mengenang jasa insan yang banyak berjasa dalam perjalanan kerjayanya iaitu Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd. Zain, atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Ads
Barisan Artis Jemputan & Sentuhan Kekeluargaan
Tidak berseorangan, Siti turut mengundang beberapa artis untuk berkongsi pentas antaranya anak saudaranya, Umairah, selain Hafiz Suip, Noh Salleh dan Cakra Khan. Turut mencuri perhatian, Auddra atau Odah tampil sebagai penari latar pada awal kemunculan konsert.
Dalam pada meraikan peminat, Siti turut memaklumkan bahawa pihaknya menyumbang RM1 juta daripada jualan tiket konsert ini kepada Yayasan Nurjiwa.
Sebaik konsert melabuhkan tirai, Siti dikejutkan dengan sambutan hari jadi ke-47 yang jatuh pada 11 Januari, apabila ribuan peminat menghadiahkan nyanyian lagu hari jadi sebagai tanda kasih dan penghargaan.
Konsert yang berlangsung lebih tiga jam itu dihoskan oleh Muaz Mohamed dan turut dihadiri rakan artis yang hadir memberi sokongan antaranya Datuk Syafinaz Selamat, Ella, Rozita Che Wan, Aina Abdul, Awal Ashaari, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Wany Hasrita dan Aisha Retno.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli kumpulan Girls’ Generation, Taeyeon khabarnya sedang bercinta dengan rapper K-pop, Kim Won Sika tau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Ravi.
Menurut Joynews24, kedua-duanya sedang berhubungan selama lebih kurang setahun. Mereka bertemu melalui kawan biasa dan dilihat sedang berpacaran pada pada hari Krismas baru-baru ini.
25 Disember yang lalu, Joynews24 berjaya ‘menangkap’ pasangan itu berdating di rumah Ravi. Ravi menjemput Taeyeon dari tempatnya di Seongsu-dong dan kemudian ke rumahnya di Seonleung.
Pasangan ini juga pernah tampil di acara yang sama di 21st on Ravi’s show ‘Question Mark’ dan ketika Ravi menjadi tetamu di Doremi Market pada 28 November lalu.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan SM Entertainment dan GROOVL1N telah menyatakan bahawa mereka sedang mengesahkan hubungan artis di bawah naungannya ini.
Sama-sama kita nantikan pengesahan daripada kedua-dua belah pihak.
Berita tentang lanjutan PKP selama dua minggu lagi telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri petang tadi. , namun masalah urusan refund tiket penerbangan yang dibatalkan masih lagi belum selesai kerana ramai yang mengeluh sukar menghubungi syarikat penerbangan.
Bagi syarikat penerbangan AirAsia, mereka menawarkan dua pilihan buat penumpang yang telah menempah tiket, iaitu sama ada ingin menukar tarikh penerbangan atau pun tukarkan kredit di akaun AirAsia.
Namun, ramai yang mengeluh kerana berhadapan dengan kesukaran ketika ingin membuat permohonan ini.
Disebabkan itu, seorang ahli dari grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Kevin Jonathan telah pun berkongsi tip bagaimana untuk berhubung dengan Allstar, tanpa perlu menunggu sehingga 1 ke 3 jam.
Kalau korang memang pengguna AirAsia sebelum ini, apa-apa masalah kita akan dihubungkan dengan AVA chat, iaitu bercakap dengan robot. Kalau case dah closed, nak uruskan tiket yang dibeli guna akaun kawan atau sebagainya, barulah chat with Allstars sebab (mungkin) AVA tidak boleh membantu. Jadi, korang boleh ikut sahaja cara yang dilakukan oleh lelaki ini.
Pertama sekali, korang kena masuk ke laman web atau aplikasi AirAsia dan tukarkan kepada Bahasa Melayu. Lepas tu klik, Chat With AVA. Robot AVA akan bertanyakan soalan, korang taip saja No (seperti dalam gambar). Robot ni tak faham jawapan kita, so dia akan bagi soalan lain.
Korang teruskan dengan menjawab No sampai AVA pening. Hiks!
Selepas itu, robot AVA akan menawarkan Chat With Allstar, korang kena pilih satu topik dan isi maklumat yang mereka minta.
Akhir sekali, korang akan dimasukkan dalam queue line dan tunggu je Allstar ‘open a conversation‘. Kalau korang lihat pada gambar, queue line chat guna BM ini hanya 50 saat sahaja. Cepat kan?
Semoga urusan korang untuk menebus kembali tiket penerbangan yang telah dibatalkan dipermudahkan.
Stay safe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu separuh akhir pada Ahad ini, program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia (RTSMY) semakin hangat apabila sepuluh peserta yang masih meneruskan saingan kini dapat melihat peluang masing-masing di hujung jalan.
Seiringan dengan keterujaan peminat yang saban minggu memberikan sokongan mereka terhadap peserta pilihan, Astro Malaysia baru-baru ini membiarkan peserta RTSMY melupakan sebentar tekanan pertandingan menerusi acara Busking Face Off Challenge.
@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF Wow! Mereka turun Bukit Bintang untuk Battle guys!✨ Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja#remajamalaysia#remaja#RaiseTheStarMalaysia♬ original sound – Remaja
Bertempat di tengah-tengah kesibukan lokasi tumpuan pelancong di Bukit Bintang, para peserta RTSMY dibahagikan kepada dua buah kumpulan; Team On Beat dan Team On Fire untuk mempersembahkan lagu-lagu medley secara ‘busking’ sambil diiringi oleh grup pemuzik jalanan, Genji Buskers.
Sekaligus, penglibatan kumpulan buskers tersebut memperlihatkan kepelbagaian dalam persembahan muzik di Malaysia.
Kumpulan Team On Beat dianggotai oleh Aril Eles, Zuana, Darling, Didie Shazry, Zury, Rayme dan Sharee Lopes.
Manakala Team On File pula terdiri daripada Pasya, Scha Nuril, Hariz Fayahet, Keka, Melinda Dadew, Aliff Amie dan Max Brandon.
@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF Kali ini bukan setakat battle nyanyi, tapi siap menari gelek! Hebat!!🤩 Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja#remajamalaysia#remaja#RaiseTheStarMalaysia♬ original sound – Remaja
Tidak cukup sekadar itu, dua orang juri tetap RTSMY iaitu Shila Amzah dan Aina Abdul juga turun padang bagi menghiburkan pengunjung yang hadir. Kongsi Shila dan Aina, inisiatif yang dilakukan oleh Astro ini menonjolkan lagi identiti peserta-peserta program berkenaan.
Ia bukan hanya memberikan peluang kepada bakat besar tempatan untuk beraksi di konsert minggu pada setiap hari Ahad tetapi juga mendekati para peminat mereka tempoh hari.
@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF OMG! It’s Shila Amzah guys!🥰Ini penampilan Shila buat pertama kali ber-busking di Bukit Bintang🩷 Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja#remajamalaysia#remaja#RaiseTheStarMalaysia♬ original sound – Remaja
“Orang yang kita hiburkan setiap hari adalah masyarakat awam, merekalah penonton kita. Apabila mempunyai peluang untuk berjumpa 1-1 sebegini bersama audience, ia akan membina keyakinan dan keselesaan mereka di atas pentas,” ulas Shila.
Sementara itu, Aina berkata, “Dengan adanya usaha ini, saya rasakan lebih ramai bakat-bakat muda di luar sana untuk tampil berani dan melebarkan sayap. Ia juga adalah cara untuk membuka pintu rezeki kerana pintu rezeki itu luas. Saya puji inisiatif Astro menerusi Raise The Star MY ini.”
@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF Eeeii comel betul tengok Aina Abdul layan peminat dia!🥰🩷✨ Love sangat!!☺️ Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja#remajamalaysia#remaja#RaiseTheStarMalaysia♬ original sound – Remaja
Menamatkan acara pada malam itu, Shila dan Aina turut menghiburkan orang ramai menerusi persembahan khas bersama kumpulan Genji Buskers. Tidak kiralah sama ada ketika di atas pentas atau di jalanan, Shila dan Aina membuktikan mereka tidak janggal sebagai penghibur sejati!
Berbaki dua episod sahaja, RTSMY kini bukan hanya mencari kelebihan vokal peserta tetapi juga ‘X-factor’ pada identiti masing-masing yang boleh disesuaikan dengan lagu yang bakal diberikan kepada mereka oleh Ajai, Shila Amzah, Audi Mok, Aina Abdul dan Ikhwan Fatanna.
Jangan lupa untuk teruskan sokongan korang dengan menonton RTSMY pada hari Ahad, 9 malam di Astro Ria. Korang juga boleh strim melalui pakej Astro One bermula dari RM49.99/sebulan atau menerusi aplikasi sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!