Lumrah manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang kita ada.
Bergelar jutawan pada usia 29 tahun, lelaki dari United Kingdom bernama Benjamin Burns ini dikatakan lebih seronok hidup miskin walaupun dilingkari kesenangan dan kekayaan.
Dilaporkan beliau hanya menggunakan wang tunainya untuk WiFi berkelajuan tinggi, Diet Coke, keahlian gim mewah dan koleksi hobinya.
Burns menenerusi Instagram berkata beliau lebih gembira sekiranya hartanya kurang daripada itu. Pemuda yang meraih satu juta pertamanya ketika pada usia 25 tahun dan mengakui tidak kagum dengan apa yang diperolehi.
Malah berkata, wang adalah sekadar konsep rekaan dan menjadi kaya tidaklah sehebat yang disangka.
Ads
“Semua jutawan tahu wang adalah konsep yang dibuat-buat. Menjadi kaya tidaklah seperti yang anda fikirkan. Saya mempunyai banyak wang tetapi menghabiskan 99 peratus masa saya di hadapan komputer riba,”
“Saya mempunyai kehidupan sosial yang baik tetapi pekerjaan ini memberi kesan dan banyak tekanan. Ternyata menjadi miskin sebenarnya lebih menyeronokkan daripada menjadi kaya kerana anda lebih menghargai pengalaman,” kongsinya kepada portal Mirror UK.
Ben yang menceburi perdagangan mata wang kripto ketika di sekolah menengah namun gagal. Selepas melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil jurusan komputer, Burns mendapat pekerjaan di sebuah agensi perdagangan berkenaan dan meminta untuk dibayar dalam bentuk Bitcoin. Sejak itulah anak muda itu mula menambah pendapatanya.
Ads
Pemuda itu juga mengakui membelanjakan wang hanya untuk perkara-perkara berkaitan pekerjaannya. Malah untuk menjamin kesihatan, lelaki bujang itu berbelanja besar untuk suplemen.
“Saya bangun pada waktu tengah hari setiap hari dan biasanya tidur sekitar jam 5 pagi keesokan harinya walaupun pada hujung minggu.
“Saya mengambil kira-kira 30 jenis vitamin dan suplemen sehari yang menelan belanja saya sekitar $1,000 (RM5999.00) sebulan,” katanya.
Malah beliau melabur untuk kesihatan dengan mendapatkan keahlian gimnasium mewah dan hobinya yang didakwanya cara untuk menangani stres bekerja.
Ads
Di sebalik kekayaan yang dimiliki, Ben berkata wang yang diraihnya tidak banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Beliau percaya setiap orang harus mengemudi laluan mereka sendiri dalam kehidupan mengelakkan standard bekerja dari pukul 9 pagi hingga lima petang. Ujar Burns lagi, beliau berpendapat setiap orang harus mula berfikir untuk bermula bekerja keras untuk diri dan keluarga dan berhenti bekerja keras menjadikan orang lain kaya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Parasite membawa pulang anugerah Best Picture (Filem Terbaik) sekaligus menjadi filem bahasa asing pertama yang memenanginya dalam sejarah 92 tahun penganjuran Oscars.
Selain daripada ketegori tersebut, Parasite juga mencipta kemenangan dalam kategori Pengarah Terbaik (Boon Joon Ho), Filem Antarabangsa Terbaik (dahulunya dikenali sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik) dan Skrip Original Terbaik.
Parasite turut dicalonkan untuk Rekaan Produksi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Wah hebatkan!
Namun, filem yang memang besar di Oscars baru-baru ini telah terpalit dengan satu kontroversi berkaitan plagiat karya.
Menurut media Times of India, penerbit filem Tamil, PL Thenappan mengumumkan akan menyaman penerbit filem Parasite kerana dikatakan telah ‘mencuri’ idea daripada filem beliau, Minsara Kanna.
Thenappan yang akan memfailkan kes dengan bantuan seorang peguam antarabangsa mendakwa Parasite telah mengambil plot daripada filemnya yang diterbitkan pada tahun 1999 dan dibarisi oleh pelakon Tamil popular, Vijay.
Manakala pengarah Minsara Kanna, S. Ravikumar memberikan respon berbeza dengan Thenappan kerana menganggap kontroversi berkenaan membawa perhatian umum untuk menonton filemnya dan tidak berniat untuk mengambil apa-apa tindakan.
Filem Minsara Kanna secara amnya mengisahkan mengenai Kaasi yang memasuki rumah seorang wanita kaya sebagai pemandu dan membawa ahli keluarganya seorang demi seorang untuk bekerja di rumah berkenaan dengan motif tersembunyi.
Respon K-Lover
Bagaimanapun, kontroversi ini mendapat perhatian netizen seluruh dunia, terutamanya peminat K-lover. Rata-rata memberikan pendapat yang sama iaitu tidak bersetuju dengan pengarah filem Tamil, Minsara Kanna dan mempertahankan filem Parasite. Penulis sempat memuat naik beberapa komen!
Tapi ada beberapa penguna media sosial yang menerangkan perbezaan Parasite dan Minsara Kanna.
Korang dah tengok belum dua filem ni, sama tak? Tapi apa ada hal bukan pertama kali kes-kes macam ni berlaku….hiks
Baru sahaja aktiviti hiking atau liburan yang hype bagi golongan millenials ini dibenarkan sebelum ini selepas tergenjala akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP di Malaysia.
Terbaru, mulai hari 1 Disember 2021, semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa hingga 31 Januari 2022.
“Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my,” kata JPNS.
Sebelum ini, media melaporkan Gunung Nuang dekat Hulu Selangor yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta. Ia termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh.
REMAJA pernah menyenaraikan beberapa lokasi mendaki yang wajar korang cuba setelah pandemik di Malaysia semakin pulih tidak lama lagi.
Bila mendengar kes tembak-menembak di kalangan pelajar sekolah ini rasa risau dan takut pula melihat keadaan seperti ini boleh berlaku di kawasan persekolahan.
Beberapa hari lalu, satu insiden telah berlaku di Santa Clarit, California, iaitu membabitkan seorang remaja lelaki menembak mati dua rakannya pada sambutan hari lahirnya yang ke-16, manakala tiga lagi pelajar cedera dalam kejadian yang berlaku di Sekolah Tinggi Saugus.
Menurut polis, remaja tersebut cedera parah selepas menembak dirinya dan berjaya ditahan oleh pihak berkuasa yang tiba di sekolah itu selepas menerima laporan insiden.
Seorang saksi yang juga merupakan pelajar di sekolah tersebut, Mich Turner memberitahu CBS bahawa semasa dia mendengar bunyi tembakan, dia baru sahaja mendengar bunyi tembakan.
“Saya melihat dia menembak tiga kali dan pada waktu itu, saya terus terfikir untuk mencari kakak saya,” kata Turner yang ditemu bual pada hari kejadian.
Selain itu, seorang pelajar baru di sekolah tersebut sempat berlari ke rumah yang berhampiran untuk berlindung ketika insiden tembakan tersebut dan memberitahu Associated Press bahawa dia baru sahaja mendengar ramai kanak-kanak menangis dan menjelaskan mereka dalam ketakutan.
Menerusi satu sidang media yang diadakan, Kapten Wegener menjelaskan bahawa detektif yang meneliti video insiden itu menunjukkan suspek mengeluarkan pistol dari dalam beg galasnya, lalu melepaskan tembakan yang mengakibatkan lima remaja cedera sebelum menembak kepalanya sendiri.
Mangsa yang maut masing-masing adalah pelajar perempuan dan lelaki berusia 14 tahun dan 16 tahun. Tiga lagi pelajar cedera, iaitu lelaki dan dua perempuan, berusia antara 14 hingga 15 tahun.
Pasti masyarakat tidak menyangka yang sekolah sepatutnya menjadi tempat menimba ilmu bertukar menjadi tragedi yang mungkin akan memberi ketakutan kepada pelajar sekolah yang lain.
Semoga kisah ini dijadikan teladan dan dijauhkan daripada berlaku di kalangan masyarakat kita.