
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Kisah Peluk ‘Player’ Berpeluh…” – Tangisan Che’ Puan Besar Khaleeda Iringi Kemenangan Johor Jewels

Gelaran baharu itu ke atas isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail itu diumumkan menerusi Jumaah Majlis DiRaja yang berkuatkuasa 31 Disember lalu.
“Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam atau versi Inggeris, ‘Her Highness Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam’,” titah Baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi semalam.
Terdahulu, pada 23 Mac 2021, Che’ Puan Mahkota Khaleeda menerima gelaran Che’ Puan Besar daripada Sultan Ibrahim.

Che’ Puan Mahkota Khaleeda dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 selamat diijab kabul dengan Tunku Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014.
View this post on Instagram
A post shared by YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam (@ymchepuankhaleeda)
Pasangan diraja itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua puteri dan dua putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dak-Dak Twitter Ajar Cara Paling Fun Belajar Cakap Korea

Budak-budak Twitter memang jarang hambar. Ada Sahaja content menarik yang mereka buat untuk menghiburkan netizen. Hiks!
Terbaru, mereka mengajar cara cakap Korea menerusi gambar. Memang kreatif. Bagi yang tidak pandai berbahasa Korea, mungkin ini cara paling mudah untuk korang belajar sedikit demi sedikit. Bolehlah setakat basic saja. Hehe!
Jom kita lihat antara bahasa mudah yang diajar oleh dak-dak Twitter ni.
1. Meanne

2. Kajja

3. Oppa

4. Saranghae

5. Yeoreobun

6. Eodie

7. Jinjja?

8. Araso

9. Ottoke

Ha amacam, power kan? Hiks!
Sumber: Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya RM199,000 – Lebih Ramai Rakyat Diramal Pandu EV Selepas Tesla Lancar Model Y Di Pavilion

Pelancaran Model Y oleh jenama kereta Amerika Syarikat, Tesla di pusat membeli-belah Pavilion pada tengah hari tadi menjadi penanda aras kepada jumlah pemandu kenderaan elektrik atau EV di Malaysia yang diramal bakal meningkat.
Tesla melancarkan model dari jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) dan ia didatangi dengan tiga varian; bermula daripada Model Y RWD (RM199,000), Model Y Long Range AWD (RM246,000) dan Model Y Performance AWD (RM288,000).
Biarpun Model Y ini baru dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini, tempahan sudahpun dibuka sejak beberapa hari lalu menerusi laman sesawangnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Temuduga Di Cyberjaya Diserbu! Ribuan Rakyat Malaysia Teringin Bekerja Untuk Tesla Malaysia – REMAJA


Tinjauan terhadap Model Y mendapati ia mempunyai ruang kargo berkeluasan 2100-liter (wow!) dan mampu memuatkan lima orang penumpang pada satu-satu masa. Di samping itu, ia juga didatangkan dengan ciri keselamatan yang baik, autopilot, sistem penapisan udara HEPA serta berbumbung kaca. Memang rasa mewah dan futuristik lah apabila duduk di dalam! Hehe..
Pada majlis pelancaran tersebut juga, Pengarah Tesla Serantau, Isabel Fan sempat berkongsi bahawa rakyat di Malaysia akan mula memandu Model Y seawal tahun depan.
Pemilik kenderaan Tesla juga katanya tidak perlu risau dengan keberadaan stesen pengecasan pantas atau Supercharge selepas ini.

Pada hari ini, ia telahpun melancarkan stesen pengecasan pertamanya di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur dan tidak lama lagi, bilangan stesen pengecasan ini akan diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain termasuklah sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Ini selari dengan usaha kerajaan untuk menyediakan 10,000 stesen pengecasan bagi kenderaan EV menjelang 2025 di seluruh negara.
Untuk pengetahuan korang, Model Y oleh Tesla mempunyai daya pecutan 100km/h dalam masa 3.7 saat dan mampu mencapai jarak sehingga 533 kilometer bagi setiap pengecasan.

Pembeli Tesla Model Y layak menerima pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 selain daripada diberi insentif lain oleh kerajaan seperti insentif pengecualian fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan sepenuhnya kepada Kategori Kenderaan Motor Elektrik (EV) bermula awal Januari 2022 hingga akhir 2025.
Jadi, ada yang berminat untuk memiliki Tesla Model Y? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Nabawan Ke Pentas Dunia: Anak Sabah Ini Suarakan Hak 2 Juta Pelajar Global!

Dari Nabawan ke pentas dunia, anak muda Sabah ini membuktikan bahawa asal-usul bukan penghalang untuk mencipta kejayaan luar biasa. Kisahnya menjadi bukti bahawa remaja Malaysia juga mampu berdiri sama tinggi di persada antarabangsa, membawa suara jutaan pelajar global.
Beliau ialah Aikal Danish Juman, 19, anak kelahiran Kampung Indah, Nabawan yang kini mencipta sejarah dengan terpilih sebagai ahli Youth Advisory Council (YAC) 2025-2026 anjuran International Baccalaureate Organisation (IBO). Lebih membanggakan, Aikal dipilih mewakili suara hampir 2 juta pelajar dunia, menjadikannya satu-satunya wakil Malaysia dalam barisan kepimpinan muda antarabangsa itu.
Dari 1,400 Permohonan, Anak Sabah Jadi Pilihan
Pemilihan Aikal bukan sesuatu yang mudah. Beliau dipilih daripada lebih 1,400 permohonan dari 92 negara, sekaligus meletakkan namanya sebaris dengan 11 pelajar cemerlang lain dari seluruh dunia. Sebagai wakil rantau Asia Pasifik, Aikal akan menyuarakan isu pendidikan, akses digital serta keperluan pelajar di pentas berprestij, termasuk di IB Global Conference 2025 yang dijadualkan berlangsung di The Hague, Belanda pada Oktober depan.

“Membesar di Nabawan, saya amat sedar jurang pendidikan yang dihadapi pelajar luar bandar. Kami perlu bekerja lebih keras untuk mendapat peluang yang mudah dimiliki pelajar di bandar besar,” katanya kepada Bernama.
Suara Jujur Dari Pedalaman
Proses pemilihan YAC sangat ketat — calon perlu menulis tiga esei dan menyediakan dua video berkaitan isu global. Namun, Aikal memilih untuk bersikap jujur, menyuarakan isu sebenar yang dialaminya sendiri sebagai pelajar pedalaman.
“Jawapan saya tidak direka untuk sedap didengar. Saya mahu mereka tahu realiti yang kami hadapi di Nabawan, Sabah, dan juga di Kolej MARA Banting,” jelasnya.
Kini, peluang ini membuka jalan untuk Aikal bekerjasama dengan Ketua Pengarah IB, Olli-Pekka Heinonen, dalam memperjuangkan akses pendidikan lebih adil, termasuk hasratnya untuk memperkenalkan program IB di Nabawan agar pelajar pedalaman tidak lagi ketinggalan.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Aikal turut menghargai sokongan ibu bapa, rakan baiknya Jacqueline Atat, serta pensyarah Kolej MARA Banting yang banyak membantu sepanjang perjalanan ini. Pengalaman sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar turut melatihnya menjadi pemimpin muda berwibawa.
Cita-citanya jelas – melanjutkan pengajian dalam bidang Neurosains dan menjadi pakar neurologi sambil terus memperjuangkan hak pendidikan adil buat semua.
Dari Nabawan Ke Dunia
Kejayaan Aikal Danish Juman adalah bukti bahawa anak pedalaman juga mampu berdiri di pentas dunia. Dari sebuah kampung sederhana di Nabawan, kini suaranya bergema mewakili jutaan pelajar global.
Untuk remaja Malaysia, kisah Aikal adalah inspirasi bahawa dengan semangat, usaha gigih dan keyakinan diri, tiada apa yang mustahil.
Sumber: Bernama
FT Image: Aikal Danish Juman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

