Pembukaa peluang untuk bekerja dengan syarikat Tesla di Malaysia tidak dilepaskan  ribuan orang ramai yang menghadiri sesi temuduga secara ‘walk-in’ pada hari Sabtu, 17 Jun 2023.

Bertempat di pejabat Cyberview Sdn Bhd yang terletak di Persiaran Apec Cyberjaya, foto-foto yang kini bertebaran di media sosial memperlihatkan kelompok pencari kerja mula beratur di kawasan parkir berbumbung seawal jam 10 pagi lagi; biarpun secara teknikalnya temuduga itu difahamkan bermula dari jam 12 tengah hari sehingga ke 4 petang.

Begitupun, sekitar jam 12.30 tengah hari; pihak penemuduga memaklumkan kepada para pencari kerja bahawa pihaknya tidak mampu bertemu kesemua yang telah beratur. Sebaliknya, mereka diminta meninggalkan resume untuk diteliti kemudian.

Terdahulu pada awal Mac, Tesla telah mengumumkan akan membuka ibu pejabat pertamanya di Malasyia menerusi platform Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla.

IKLAN

Ia susulan keputusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk meluluskan permohonan jenama EV popular itu untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini.

Tidak lama kemudian, Tesla Malaysia pula mengiklankan pengambilan pekerja untuk operasi ibu pejabat tersebut.

Lima jawatan telah dibuka kepada orang ramai dan ia terdiri daripada penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Pelajar MRSM Fakhirah Khairuddin Kini Bergelar Jurutera Di TESLA – REMAJA

Difahamkan juga, Tesla Malaysia juga menerima permohonan untuk beberapa jawatan bagi platform dalam taliannya termasuklah pentadbir pejabat, jurutera pembekal perindustrian (pembelian), akauntan kanan, juruteknik sokongan IT dan pakar operasi penghantaran.

BACA LAGI: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Miliki Kereta Tesla, Anggaran Kos Cas RM120 Untuk 500KM Perjalanan – REMAJA

IKLAN

SUMBER: AWANI

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI