Presiden Tunisia, Kais Saied telah mengumumkan yang perlembagaan baharu negara tersebut tidak akan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Keputusan ini diambil atas dasar untuk mereformasi landskap politik negara itu yang telah dituduh sebagai kerajaan yang huru-hara dan mengamalkan rasuah.
Namun begitu tindakan ini turut dilihat sebagai satu usaha untuk mengetepikan parti-parti politik Islamik yang menjadi saingan kepadanya.
Dalam satu penerangan kepada wartawan, Kais berkata, “Perlembagaan Tunisia seterusnya tidak akan menyebut Islam sebagai agama negara, tetapi tergolong dalam masyarakat yang menganuti Islam sebagai agamanya. Masyarakat dan negara adalah dua perkara yang berbeza.”
Presiden Tunisa ke-7 itu menyampaikan draf teks tersebut pada hari Isnin, ia dilihat sebagai satu langkah penting dalam usahanya untuk merombak negara Tunisia selepas dia memecat kerajaan lama pada Julai lalu dalam satu gerakan yang dianggap sebagai rampasan kuasa oleh lawannya.
Ads
Sadeq Belaid, pakar undang-undang yang mengetuai jawatankuasa penggubalan, telah memberitahu AFP dalam satu temu bual bulan ini bahawa beliau akan menghapuskan semua rujukan kepada Islam daripada dokumen baharu itu sebagai cabaran kepada parti Islam.
Berikutan kenyataan yang dikeluarkan Kais, Rached Ghannouchi, ahli politik Tunisia dan pengasas bersama parti politik Islam, Ennahda, menyelar tindakan tersebut di laman Facebook. Rached menyifatkan pelan hala tuju presiden untuk membina semula sistem politik Tunisia sebagai pejalanan dengan jalan buntu. Dia juga menekankan bahawa Kais telah mengubah Tunisia daripada rejim demokratik kepada rejim diktator.
Ads
Ujarnya, “Rampasan kuasa Qais Saeed memindahkan Tunisia daripada rejim demokratik kepada pemerintahan diktator yang mahukan kesahihan rampasan kuasanya dengan menulis perlembagaan dengan tergesa-gesa menolak kebanyakan kuasa, personaliti dan ahli undang-undang untuk menyertainya.”
Tunisia merupakan sebuah negara yang terletak di utara benua Afrika, ia bersempadan dengan Algeria dan Libya. 99 peratus rakyat negara ini menganut Agama Islam dan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi negara.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Belum pun reda kisah seorang pemandu hampir maut kerana keretanya dihempap kepingan konkrit, kini kes yang lebih kurang sama apabila seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap besi Menara kren.
Kejadian berlaku di Jalan SS2/24, Petaling Jaya pada jam 5.45 petang itu membabitkan seorang mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Ketika mangsa melalui kawasan tersebut, tiba-tiba muatan besi Menara kren dari sebuah treler jatuh menimpa kenderaannya. Akibat kenderaan itu, bumbung cermin hadapan dan beberapa bahagian lain kereta rosak, namun dilaporkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler yang membawa bahan muatan menara kren berkenaan tersangkut pada kabel telefon menyebabkan dua tiang telefon tumbang dan kabel telefon merentangi Jalan SS2/24.
Mangsa telah pun membuat laporan polis manakala pemandu treler belum tampil membuat laporan setakat ini. Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 19 Kaedah Lalulintas 166/59 kerana muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan.
Malang tidak berbau. Diharap tiada lagi kes seperti ini berlaku. Semoga mangsa mendapat pembelaan yang setimpal.
Figura sektor pendidikan negaram Tan Sri Lim Kok Wing yang juga merupakan pengasas Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pantai, awal hari ini.
Pemergiaan beliau disahkan setelah tempoh seminggu beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi yang dihadapi kerana terjatuh.
Namun begitu, punca kematiannya yang sebenar masih belum dikeluarkan oleh pihak hospital.
Umum mengenali Universiti LimKokWing sebagai sebuah universiti yang banyak menjurus kepada pengajian dalam bidang kreatif. Hal ini bukanlah perkara yang menghairankan kerana mendiang merupakan seorang insan yang berseni.
Kerjaya pertama Tan Sri Limkokwing adalah sebagai seorang illustrator dan beliau pernah mereka muka hadapan bahan bacaan. Kemudian, beliau nekad mendekati akhbar Eastern Sun dengan komik yang dihasilkannya dengan harapan agar akhbar tersebut menyiarkan karyanya.
Usaha yang ditonjolkan tidak sia-sia, akhbar itu bersetuju dan Tan Sri Limkokwing mencapai kejayaan pertama selepas siri komiknya – ABU – menjadi siri komik bersiri tempatan pertama di Malaysia dan Singapura.
Mendiang terus bekerja dengan Eastern Sun selama dua tahun hinggalah akhbar berkenaan menamatkan operasi. Perkara ini membuatkan Tan Sri LimKokWing bertekad menuju ke arah cita-cita yang lebih besar.
Pada tahun 1970, Tan Sri LimKokWing menyertai McCann-Erickson. Beliau pantas mendaki tangga kerjaya dan muncul di antara barisan handalan untuk menjadi pengarah kreatif serantau di agensi pengiklanan antarabangsa ini.
Suasana di universiti sebelum pandemik Covid-19. Sumber gambar: Study Co
TENTANG UNIVERSITI
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing diasaskan pada tahun 1991 dan ketika itu ia dikenali dengan nama Institut Teknologi Kreatif Limkokwing. Pada tahun 2002, institut ini merupakan kolej persendirian pertama di Malaysia yang memperoleh taraf universiti kolej.
Takziah REMAJA ucapkan kepada keluarga serta kenalan rapat mendiang Tan Sri Limkokwing.
Jika sebelum ini syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengenakan caj sebanyak RM20-RM30 untuk penumpang yang melakukan daftar masuk di kaunter, kini ia telah dinaikkan kepada RM100 bermula 1 Mac 2022.
Urusan check-in dikaunter yang akan dikenakan bayaran ini merangkumi penerbangan domestik dan antarabangsa dari dan ke Malaysia menerusi lapan negara yang disenaraikan termasuklah Vietnam, Brunei, Laos, Taipei, Kaohsiung, Honolulu Hawaii dan India.
Walau bagaimanapun, pelanggan boleh mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran itu dengan melakukan urusan check-in di laman web, aplikasi mudah-alih atau kiosk lapangan terbang. Langkah mengenakan caj ini juga dikatakan untuk mengalakkan pelanggan menggunakan kaedah digital yang disediakan, disamping menjaga jarak fizikal disebabkan pandemik COVID-19.
Namun begitu, ada beberapa kategori penumpang yang tidak akan dikenakan caj ketika melakukan urusan check-in di kaunter termasuklah individu yang tidak berupaya, yang terbang bersama bai bawah 24 bulan, penumpang muda antara 12 ke 16 tahun, penumpang yang mengalami perubahan jadual penerbangan dan beberapa kategori lain.
Ha, jangan nak mengeluh sangat kalau tak mahu bayar RM100, korang check-in awal-awal sebelum ke lapangan terbang ya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kenapa bateri telefon cepat habis masa travel walaupun tak guna aplikasi? Ketahui penjelasan sebenar tentang proses cellular handover dan tip jimat bateri semasa perjalanan jauh.