Baru-baru ini, penyanyi, Iskandar Ismail mencuri perhatian ramai apabila berjaya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza Musim Ke-12 (GV12) selepas berjaya menewaskan lima peserta lain pada pentas akhir yang berlangsung penuh gemilang, sekaligus meraih markah tertinggi sebanyak 78.10 peratus.

Kemenangan tersebut sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara figura vokal paling konsisten sepanjang musim pertandingan itu berlangsung.

Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12 Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12

Dalam pada itu, mengulas keputusan pertandingan, juri tetap Datuk Syafinaz Selamat atau lebih mesra dipanggil Tok Naz berkata, kesepakatan juri terhadap keputusan akhir adalah berdasarkan kualiti persembahan yang konsisten ditampilkan oleh para peserta.

“Jadi semua orang bersetuju atas pilihan para peserta yang bertanding pada malam ini. Kelebihan persembahan malam ini pada saya adalah kerana kestabilan daripada persembahan pertama, kedua dan ketiga, kita nampak kesungguhan dan persiapan yang dilakukan,” katanya.

“Kalau nak cakap tentang vokal, kita nampak memang semua orang berusaha dan cuba sedaya upaya menampilkan yang terbaik, tetapi malam ini rezeki berada di pihak Iskandar dan saya rasa ia adalah sesuatu tanda yang hebat,” jelas beliau ketika sidang media minggu akhir GV12, pada Ahad.

Ads

Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12 Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12

Susulan itu, Iskandar Ismail meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang diraih selepas mengharungi pertandingan selama 12 minggu.

“Saya bersyukur, Alhamdulillah selama 12 minggu ini dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua. Saya ingin berterima kasih kepada media kerana memberikan saya platform yang baharu dalam pasaran Malaysia serta sokongan peminat dari Malaysia yang sentiasa mengikuti perjalanan saya dalam GV12 ini,” katanya dalam sidang media yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan juri yang sentiasa memberikan kepercayaan sepanjang penyertaannya dalam pertandingan tersebut.

Ads

“Saya juga ingin berterima kasih kepada juri Tok Ram, Tok Naz dan juga Bonda Hetty kerana percaya pada saya. Terima kasih,” tambah Iskandar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12

Di samping itu, bagi tempat kedua menjadi milik kumpulan Mendua dengan kutipan markah 74.40 peratus, diikuti Nubhan di tempat ketiga yang memperoleh 70.48 peratus. Sementara itu, Mark Adam berada di kedudukan keempat dengan 68.65 peratus, manakala Mell Sakura menamatkan saingan di tempat kelima dengan markah 66.08 peratus.

Ads

Sementara itu, Ruri Repvblik pula menduduki tempat keenam selepas mengumpul markah keseluruhan sebanyak 64.73 peratus. Kesemua finalis mempersembahkan keupayaan terbaik masing-masing dan menerima pujian juri atas usaha serta komitmen tinggi yang ditampilkan pada malam kemuncak tersebut.

Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12 Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12 Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12

Untuk info, GV12 yang bersiaran secara langsung selama 12 minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad. Barisan juri tetap pula terdiri daripada Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.

Iskandar Ismail Dinobatkan Juara Gegar Vaganza Musim Ke-12

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads