Isi UPU Jangan Semberono! 5 Tip Bijak Elak Jadi Graduan Tersadai Lepas Konvo

Share

Musim isi UPU kembali lagi. Inilah masanya untuk semua lepasan STPM, matrikulasi dan asasi buat keputusan besar dalam hidup. Tapi awas, silap langkah masa isi borang UPU, boleh buat korang menyesal bila tiba hari konvo—grad tapi kerja tak tentu hala, tersadai tanpa hala tuju.

Realitinya, pointer cun belum tentu jamin masa depan. Apa yang lebih penting, strategi dan kesedaran ketika buat pilihan. Lyna Noh, seorang pengguna Facebook yang banyak berkongsi realiti dunia pasca-graduasi, ada kongsi beberapa tip yang sangat relevan dan eye-opening untuk korang hadam.

Gambar Hiasan AI

Berikut 5 tip penting yang boleh bantu korang isi UPU dengan lebih bijak:

1. Fahami Risiko Kursus Pilihan – Jangan Main Redah!

Dulu, bidang perubatan dan kejuruteraan macam ‘golden ticket’. Sekarang, semua bidang pun dah mula oversupply. Ada yang pegang PhD pun belum tentu dapat kerja.

Sebelum pilih kursus, tanya diri sendiri:
📌 Ada peluang kerja ke lepas ni?
📌 Graduan bidang ni ramai menganggur ke?
📌 Pulangan pelaburan (ROI) pendidikan ni berbaloi tak?

Contohnya, ada graduan sains sosial yang akhirnya jadi guru kerana kekangan peluang dalam bidang asal. Bukan salah jadi cikgu, tapi kalau bukan passion dan bukan plan asal, korang mungkin kecewa.

2. Pilih Universiti Berdasarkan Merit – Jangan Rendahkan Potensi Diri

Kalau korang skor merit tinggi, jangan takut apply universiti ‘top-tier’. Elakkan mindset “aku tak mampu catch up”. Sebaliknya, cabar diri untuk berada dalam kalangan yang sepadan dengan tahap korang.

Belajar dalam suasana yang kompetitif tapi serasi boleh bantu korang grow lebih jauh. Jangan downgrade diri semata-mata takut gagal—diri korang lebih hebat dari yang korang sangka.

3. QS Ranking Bukan Segalanya – Tengok Juga Kebolehpasaran Graduan

QS Ranking ni memang nampak gah. Tapi untuk korang yang nak terus bekerja selepas grad, fokus kepada universiti yang ada reputasi tinggi dari segi employability. Ada universiti yang ranking sederhana tapi ‘hot’ di mata majikan kerana program praktikal dan latihan industri yang kuat.

Kalau bercita-cita jadi pensyarah atau sambung PhD, ranking mungkin jadi keutamaan. Tapi kalau nak terus kerja, lihat pada track record alumni dan hubungan industri universiti tu.

4. Ambil Kira Lokasi & Kos Sara Hidup – Jangan Kaji Jarak Je

Ramai yang pilih universiti jauh kononnya nak “bebas”. Tapi tak semua IPTA sediakan asrama penuh. Ada yang kena cari sewa sendiri selepas semester pertama dan ini boleh jadi beban besar kepada ibu bapa.

Sewa luar = duit makan, duit sewa, duit pengangkutan, semua kena fikir. Bandingkan lokasi dan kos sara hidup universiti pilihan korang. Kadang-kadang, pilih tempat yang dekat dan jimat lebih berbaloi jangka panjang.

5. Fahami Gaya Pengajaran Universiti – Bukan Semua Sama

Ada universiti suka beri nota lengkap, ada yang biar pelajar berdikari sepenuhnya. Ada kuliah dalam Bahasa Melayu, tapi exam dalam Bahasa Inggeris. Ini semua perkara yang ramai tak ambil kira awal-awal.

Masa belajar nanti, tak ada istilah warm up. Minggu pertama dah kena gear up sepenuhnya. Jadi penting untuk tahu dan sedia dengan pendekatan pengajaran di universiti yang korang pilih.

Borang UPU bukan sekadar borang. Ia adalah ‘peta’ masa depan korang.
Isi dengan ilmu, bukan emosi. Jangan terlalu ikut kawan, jangan terlalu terpengaruh dengan nama, dan jangan isi borang ikut angin.

Bincang dengan ibu bapa, dapatkan pandangan orang berpengalaman, dan mohon petunjuk dari Allah. Pilihan yang bijak hari ini boleh selamatkan masa depan korang esok.

Ingat, jangan jadi graduan yang hanya bangga masa pakai jubah konvo, tapi ‘lost’ bila masuk alam kerja. Bertindak dari sekarang. 💼🎓

BACA LAGI : Nelydia Senrose Sudah Tidak Lagi Berhijab?

Sumber: Lyna Noh

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana