Ramai yang tertunggu-tunggu bila agaknya iPhone 12 akan dilancarkan secara rasmi? Apple telah pun mengumumkan mereka akan mengadakan sebuah acara yang khabarnya akan memberikan petanda iPhone 12 bakal diperkenalkan.
Acara yang berlangsung pada 13 Oktober (14 Oktober waktu Malaysia) akan dilakukan secara online dan distrim melalui saluran oleh Apple.
Ads
Apple dijangka memperkenalkan iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan bakal menggunakan cip pemprosesan terpantas cip A14. Apple juga khabarnya akan memfokuskan kepada sokongan kamera dan mungkin akan menyertakan sensor LiDAR pada iPhone paling premium.
Ads
Ads
Sebelum ini tular ramalan harga siri iPhone 12 yang dikatakan bakal bermula daripada $749 (lebih kurang RM3,081). Jadi, sama-sama kita nantikan apa yang bakal berlaku pada 14 Oktober ini.
Direkacipta oleh Meta sebagai alternatif baharu kepada aplikasi media sosial Twitter, Threads telahpun menjadi fenomena baharu yang menemui kita semua sejak 5 Julai lalu.
Dakwa Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, Threads telahpun berjaya memiliki 11 juta pengguna dari seluruh dunia hanya dalam tempoh tujuh jam sahaja!
Kejayaan luar biasa ini sekaligus membuatkan pemilik baharu aplikasi Twitter, Elon Musk tertekan dan memulakan taktik mencerca Threads menerusi ciapan-ciapan baharunya.
Tapi itu cerita lain. Kali ini REMAJA ingin berkongsi tentang satu kekurangan yang ada pada Threads.
Khabarnya, pengguna Instagram yang telah mencipta akaun Threads tidak boleh memadamkan akaun tersebut tanpa memadamkan profil Instagram mereka yang sedia ada! Haa..
Biarpun Threads secara teknikalnya merupakan aplikasi berlainan daripada Instagram, pengguna baharunya masih perlu menggunakan profil Instagram untuk mendaftar masuk ke Threads. Jika korang telah melakukan langkah ini, tentunya korang sedar kedua-duanya saling berkait rapat.
Mungkin sekali ini merupakan strategi Meta agar 2 bilion pengguna Instagram sekarang akan memuat turun aplikasiThreads.
Tinjauan portal teknologi popular, TechCrunch mendapati terdapat satu syarat yang tersenarai dalam Dasar Polisi Tambahan Meta yang menyebut mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, pengguna Threads bebas untuk menyahaktifkan (deactivate) akaun Threads pada bila-bila masa tanpa merasa takut sekiranya akaun Instagram mereka terkesan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas laman Instagram, kini aplikasi WhatsApp pula menawarkan fungsi dark mode kepada semua pengguna iOS 13 dan Android 10.
Bagi pengguna Android 9 pula, korang boleh mengaktifkan fungsi dark mode ini dalam menu tetapan Whatsapp dengan memilih WhatsApp Settings > Chats > Theme > select Dark.
Pengguna perlu menggunakan versi 2.20.67 pada Android dan 2.20.30 pada iOS untuk menikmati tema gelap tersebut.
Peranti Android 10 dan iOS 13, interface application akan berubah ke dark mode secara automatik sekiranya ia dipilih pada tetapan sistem.
Ada pelbagai jenis komputer riba atau laptop yang kini semakin berleluasa di pasaran. Pengguna lebih cenderung untuk memilih jenis laptop mengikut kehendak dan keperluan masing-masing. Bermula dengan yang berspesifikasikan rendah hingga yang tinggi dengan pelbagai pilihan harga.
Sumber :Lenexweb
Selain dari segi bentuk, harga, yang paling utama dan penting ialah spesifikasi sesebuah laptop.
Selepas melancarkan Iphone 12, terbaru syarikat terkemuka ini tampil dengan Apple M1 yang merupakan cip pertama daripada Apple Silicon yang sedia menggantikan cip intel pada model komputer dan komputer riba keluaran Apple. Cip ini menjanjikan kepantasan, ketahanan bateri yang lebih panjang, kuasa pemprosesan yang lebih efisien dan grafik yang lebih baik.
Pihak Apple turut mengatakan cip pemprosesan yang diperkenalkan ini secara tidak langsung bakal membawa perubahan kepada dunia pengkomputeran Apple.
Apple Macbook Pro
Salah satu model yang menjadi perhatian ramai pada kali ini sudah pastinya Apple Macbook Pro. Mengekalkan rekaan yang sama seperti model keluaran tahun lalu, model terbaharu ini turut dilengkapkan dengan cip Apple M1.
Mengulas dari segi spesifikasi, Apple Macbook Pro hadir dengan skrin Retina 13-inci, cip M1 serta sokongan memori dan storan sehingga 16GB RAM dan 2TB. Apa yang lebih menarik, Apple turut menjanjikan ketahanan bateri sehingga 20 jam menerusi penggunaan bateri 20 jam.
Harga-MacBook-Pro-M1-950×554-1
Apple sedia menawarkan Apple Macbook Pro dengan cip Apple M1 dengan harga bermula daripada RM5,599. Tidak seperti iPhone, para pengguna bakal turut menerima pengecas bersama pembelian Macbook Pro.
macmini-og-202011Turut dilancarkan bersama adalah Mac Mini dan Macbook Air dimana masing-masing sedia ditawarkan pada harga RM2,999 dan RM4,399. Kedua-dua model ini turut disertakan dengan cip M1.
So korang yang tengah mencari laptop tahan lama, ini la peluangnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...