
Ramai yang tertunggu-tunggu bila agaknya iPhone 12 akan dilancarkan secara rasmi? Apple telah pun mengumumkan mereka akan mengadakan sebuah acara yang khabarnya akan memberikan petanda iPhone 12 bakal diperkenalkan.
Acara yang berlangsung pada 13 Oktober (14 Oktober waktu Malaysia) akan dilakukan secara online dan distrim melalui saluran oleh Apple.

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan bakal menggunakan cip pemprosesan terpantas cip A14. Apple juga khabarnya akan memfokuskan kepada sokongan kamera dan mungkin akan menyertakan sensor LiDAR pada iPhone paling premium.

Sebelum ini tular ramalan harga siri iPhone 12 yang dikatakan bakal bermula daripada $749 (lebih kurang RM3,081). Jadi, sama-sama kita nantikan apa yang bakal berlaku pada 14 Oktober ini.
Sumber: amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Sekadar Dengar Muzik, Spotify Kini Siap Ada Lirik Lagu

Teringat dulu, memori telefon selalu penuh gara-gara list lagu-lagu favourite. Siapa macam ni?
Tetapi zaman sudah berubah dimana sejak internet sudah mula ditawarkan lebih murah, pengguna mula beralih arah kepada aplikasi penstriman muzik.

Spotify, aplikasi muzik paling sohor kini apabila dimuat turun lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Aplikasi yang diasaskan Daniel Ek dan Martin Lorentzon dari Sweden itu merupakan platform muzik digital yang memuatkan lebih sejuta lagu tempatan dan luar negara.
Perkhidmatan ini mempunyai beberapa ciri yang mana turut diikuti oleh perkhidmatan penstriman muzik yang lain. Namun, ada ciri yang belum diikuti oleh Spotify, iaitu sokongan bacaan lirik lagu di platform.

Sejak November lalu, Spotify ada mengesahkan bahawa ia menguji lirik masa nyata (real-time) yang diselaraskan dengan muzik di beberapa negara terpilih. Kini, nampaknya akan mula menyambungnya bermula 30 Jun di 26 negara termasuk Malaysia.

Manakala 25 negara lain yang akan menerima sokongan ini termasuklah Argentina, Brazil, Colombia, Chile, Mexico, Peru, Bolivia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, Guatemala, Honduras, India, Nicaragua, Panama, Paraguay, El Salvador, Uruguay, Vietnam, Philippines, Indonesia, Thailand, Taiwan, Singapore dan Hong Kong.
Wah seronok la peminat spotify ni dah boleh karok lagu kegemaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PTPTN Lancar Aplikasi myPTPTN Bagi Mudahkan Urusan Pengguna

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang dikatakan dapat memberi manfaat kepada lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, usaha ini selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 bagi memperkasakan organisasi ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan agar perkhidmatan kepada pelanggan berada di tahap terbaik.

Aplikasi ini juga merupakan satu inisiatif utama PTPTN sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun dalam memastikan institusi kewangan itu berada di tahap setanding dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini.
Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi itu adalah merangkumi semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN, permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.

Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat melakukan sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan cara yang mudah. Aplikasi myPTPTN boleh dimuat turun di App Store dan Playstore.
Untuk membuat pendaftaran aplikasi ini, korang boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1. Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Store dan Apple App Store.
2. Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang.’
3. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
4. Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
5. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.
6. Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengguna Boleh Guna Aplikasi Signal Sebagai Menggantikan WhatsApp

Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel tentang pengguna telefon bimbit lama nampaknya tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 Januari 2021 kerana aplikasi tersebut akan memberhentikan operasi kepada peranti lama.
BACA: Aplikasi WhatsApp Bakal Dihentikan Pada 1 Januari 2021 Bagi Pengguna Telefon Lama
Bukan itu sahaja, WhatsApp juga telah mula mengemaskini polisi dan kepenggunaan baru untuk aplikasi mereka dengan memnta izin berkongsi data pengguna kepada Facebook. Jika korang tidak bersetuju data dikongsi oleh Facebook korang terpaksa berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.
Polisi baru ini akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021 dan selepas tarikh tersebut, pengguna perlu bersetuju jika ingin terus menggunakan aplikasi itu.

Ekoran daripada situasi ini, Elon Musk yang merupakan pengasas Tesla telah memuat naik ciapan di Twitter dengan menyaran pengguna menggunakan aplikasi Signal sebagai pilihan. Walaupun Musk tidak menyebut Facebook atau WhatsApp secara terang-terangan namun ia memberi gambaran bahawa dia mengesyorkan pengguna untuk beralih kepada Signal susulan daripada kes polisi baru WhatsApp.

Ha, lepas ni korang bolehlah cuba untuk download aplikasi Signal ini kalau tak mahu data korang dikongsi di Facebook. Mungkin fungsinya seakan WhatsApp so why not kan?
Sumber: The Verge
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

