Berjuta pengguna telefon bimbit lama seluruh dunia nampaknya tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp bermula 1 Januari 2021 kerana aplikasi tersebut akan memberhentikan kepada peranti lama.
Dalam beberapa kes, pengguna masih lagi boleh mengemaskini software untuk memastikan WhatsApp tetap beroperasi, namun sesetengahnya tidak akan lagi dibenarkan untuk mengakses aplikasi pesanan ini.
Mulai 31 Disember 2020, mana-mana pengguna iPhone yang lama daripada iOS 9 tidak lagi dapat menggunakannya. Ini bermakna, iPhone 4 dan versi yang lebih lama tidak dapat mengakses WhatsApp selepas ini.
Foto: unsplash.com
Manakala, iPhone 4S, 5, 5C, 6 dan 6S semuanya masih boleh dikemaskini ke iOS 9 untuk memastikan aplikasi WhatsApp mereka beroperasi seperti biasa.
Sementara itu, mana-mana peranti Android yang menggunakan perisian lama daripada Android 4.O.3 akan turut terjejas.
Ads
Nah, kalau telefon bimbit korang tidak lagi dapat dikemaskini, nampaknya azam tahun baru kena simpan duit beli telefon baru la ya. Hiks!
Foto: unsplash.com
Korang juga boleh melakukan back up sekiranya tidak mahu kehilangan chat lama dan pastikan back up sebelum tahun baru.
Ads
Caranya, buka ruangan chat yang ingin disimpan dan pilih Group Info. Kemudian, terus ke Export Chat untuk pilihan sama ada ingin memuat naik chat dengan atau tanpa media.
Ads
WhatsApp yang dilancarkan pada tahun 2009 ini merupakan aplikasi pesanan paling popular di dunia dan pada 2014, ia diperoleh oleh Facebook dengan harga $19 billion.
Facebook juga kini sedang dalam usaha untuk menggabungkan WhatsApp bersama Instagram dan Facebook Messenger agar pengguna dapat berinteraksi melalui ketiga-tiga platform tersebut dengan lancar.
Menangi pelancongan ke Maldives pada Februari ini lebih bermakna untuk kamu dan pasangan ya!
Sebut saja bulan Februari, ramai orang yang terus mengaitkannya dengan bulan cinta.
Tentunya ramai yang tidak mahu lepaskan peluang untuk meraikan bulan penuh cinta bersama yang tersayang. Bukan eksklusif kepada mereka yang dah berpunya je tau. Kamu juga boleh meraikannya bersama ibu bapa dan rakan baik.
Malah, tak salah pun untuk kamu berikan pemberian istimewa kepada diri sendiri – lets love ourselves first, right?!
Untuk meraikan rasa cinta, kita memerlukan persiapan rapi untuk membeli hadiah. Jadi kami ingin berikan idea hadiah pemberian yang lebih ‘functional’ dan memang betul-betul membantu kita dalam rutin harian.
IDEA 1
Kamu wajar peka dengan aktiviti kegemaran si dia. Ada pasangan yang sukakan aktiviti hujung minggu seperti menonton filem bersama. Ada yang suka makan masakan air tangan pasangan dan jangan terkejut jika ada pasangan yang suka bermain game bersama.
Anda juga boleh memaparkan skrin daritelefon pintar HUAWEI ke MateBook D 15 ini untuk bermain game di skrin besar dengan fungsi Multi-screen Collaboration.
Komputer riba dapat membantu kamu untuk melakukannya bersama Matebook D 15 adalah komputer riba terbaik HUAWEI.
Ia mempunyai skrin IPS FullView skrin sebesar 15.6 inci, hanya seberat 1.53 kg dan mempunyai ketebalan 16.9 mm je! Jelas, komputer ini sesuai dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa ke mana-mana.
HUAWEI MateBook D 15 (8GB + 256GB) boleh dibeli pada harga RM2,299.
IDEA 2
Si dia selalu mendengar muzik ketika berlari di treadmill? Ataupun dia ingin mengelakkan kebosanan semasa menaiki pengangkutan awam pada setiap hari?
Kami amat sukakan idea pemberian fon telinga baru kerana pasangan akan sentiasa teringat kepada kamu tatkala mereka sibuk seharian, gitu!
HUAWEI FreeBuds 3 adalah pilihan yang terbaik dengan harganya berpatutan iaitu RM679.
Pasangan boleh memiliki fon telinga tanpa wayar yang dilengkapi ciri-ciri bagus seperti pembatalan bunyi agar muzik boleh ‘dilayan; tanpa gangguan bunyi bising di sekeliling.
P.S: Jika si dia membebel, pinjamlah Huawei FreeBuds 3 ini. Hiks!
IDEA 3
Simpan memori indah kamu bersama si dia dengan pemberian telefon pintar HUAWEI Nova 7i.
HUAWEI Nova 7i adalah siri Nova terbaharu HUAWEI dengan kamera yang telah dinaik taraf, terutama kamera bahagian hadapan untuk swafoto.
Kamu berdua boleh mengambil gambar bersama sebanyak mungkin walaupun di malam hari. Ini kerana HUAWEI Nova 7i dilengkapi fungsi mod malam yang membolehkan keadaan gelap bertukar menjadicerah.
Selain itu, HUAWEI Nova 7i juga mempunyai kualiti panggilan video yang tinggi.
Jika kamu dan si dia berjauhan, kamu boleh menggunakannya untuk panggilan video melalui MeeTime. Fungsi MeeTime ini membolehkan panggilan video dibuat dengan mudah tanpa perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga.
HUAWEI Nova 7i dijangkamula dijual pada 22 Februari 2020 pada harga RM1,099.
Bagaimanapun, kamu boleh menempahnya lebihawal bermula hari ini(14 Februari) sehingga 21 Februari 2020 dan boleh merebut promosi Huawei Band 4 pada harga RM139 saja (selagi stok masih ada).
Tempahan HUAWEI Nova 7i boleh dibuat di SINIataupun melalui HUAWEI Official Flagship Store*(sementara stok masih ada)
Sekarang ini, HUAWEI sedang melakukan promosi yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Nikmatilah pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Instalment hingga ke 12 bulan hanya dengan RM4.87 sehari*dari 22nd Feb 2020 (pakej untuk nova 7i)! Klik link di bawah untuk menempah segera HUAWEI nova 7i kepunyaan anda:https://huaweitogether2020.3ex.com.my/
Selain daripada 3 produk di atas, HUAWEI turut menawarkan promosiuntuk produk mereka yang lain.
Antaranya ialah telefon pintar Huawei Nova 5T Crush Green (RM1,399), telefon pintar HUAWEI Y7P (RM699) dan jam tangan digital HUAWEI Watch GT2 42mm Rose Gold (RM899). Kesemuanya dijual pada harga yang lebih murah sempena promosi Hari Valentine.
Kamu juga berpeluang untuk memenangi 3 pasang baucar melancong ke Maldivesbernilai sehingga RM36000 dengan pembelian produk HUAWEIterpilih dari 10th -16th Februari 2020.
Kamu hanya perlu imbas kod QR, jawab soalan yang diberi, isi maklumat peribadi dan lampirkan resit pembelian kamu untuk menyertai peraduan ni. Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI pada 14 Mac 2020.
Dunia semakin canggih dengan pelbagai teknologi yang memudahkan urusan seharian manusia. Kalau dulu, setiap kali gambar yang diambil perlu dihantar ke kedai untuk dicuci, harganya pun boleh tahan mahal, tapi kini hanya menggunakan aplikasi saja semua boleh settle.
Bayangkanlah kalau dulu kita cuci gambar 4R sekeping harganya dalam 70 sen, kalau 100 keping tak ke sampai RM70 kita kena bayar?
Tapi korang tak payah risau lagi sebab dah boleh dapat yang lebih murah. Dengan hanya Rm8 saja, korang boleh dapat 50 keping gambar menggunakan aplikasi @photobookww. Jimat kaw kaw kan?
Macam mana nak buat? Nah, berikut merupakan tujuh langkah yang dikongsi oleh alya_meyh untuk menggunakan aplikasi mudah ini.
1. Kena ada apps #photobookworldwide
2. Klik dekat Photo Prints dan pilih saiz 4R
3. Pilih 50 gambar dalam smartphone korang
4. Dah pilih, korang boleh edit sendiri
5. Pilih jenis kertas yang korang nak
Gloss paper photo tu pun dah okay dan memang berbaloi-baloi
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.