
Berita baik buat pengguna iPhone, Apple kini telah menawarkan iOS 15.4 yang mampu untuk nyahkunci peranti walaupun memakai pelitup muka. Ciri ini sedang diuji pada iOS 15.4 Beta yang akan diberikan minggu ini.

Sebelum ini, pengguna iPhone boleh nyahkunci peranti ketika memakai pelitup muka tetapi dengan syarat mereka haruslah mempunyai Apple Watch.
Pengguna yang menaik taraf kemas kini iOS 15.4 ini akan mendapat tetapan baharu pada Face ID & Passcode, iaitu ciri ‘Use Face ID with a mask’.

Walau bagaimanapun, ciri ini dilaporkan tidak dapat digunakan oleh pengguna yang memakai kaca mata hitam dan ia hanya disokong pada peranti iPhone 12 ke atas sahaja. Bagi pengguna iPhone 11 ke bawah, malangnya peranti korang tidak menyokong ciri ini.

Untuk pengguna iPhone 12 dan ke atas, selepas ini korang bolehlah mencuba menukar Face ID dengan memakai pelitup muka dan pastinya ia lebih menyenangkan kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Telefon Pintar Keluaran Tahun 2020 Yang Masih Berbaloi Untuk Dibeli

Memiliki telefon pintar adalah satu kelebihan bagi individu kerana ia dapat memudahkan urusan harian, bukan hanya untuk berkomunikasi, tetapi banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan menggunakan gajet ini.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang ada di pasaran dengan tawaran harga dan spesifikasi yang berbeza. Paling penting, korang kenalah pandai untuk memilih mana yang sesuai dan berbaloi untuk dibeli.
Walaupun kita sudah menginjak di pertengahan tahun 2021, namun masih ada lagi telefon pintar yang dikeluarkan pada tahun 2020 berbaloi untuk dimiliki. Jika hendak membeli telefon baru, tidak semestinya korang perlu mendapatkan versi yang terkini. Betul tak?
Berikut kami senaraikan antara telefon pintar keluaran tahun 2021 yang masih berbaloi untuk dibeli.
1. Samsung Galaxy S20 FE

Spesifikasi
Paparan: 6.5 inci, FHD+
Chipset: Snapdragon 865 or Exynos 990
RAM: 6/8GB
Storage: 128/256GB
Kamera: 12, 12 dan 8MP
Kamera hadapan: 32MP
Bateri: 4,500 mAh
Software: Android 11
2. LG V60

Spesifikasi
Paparan: 6.8 inci, FHD+
Chipset: Snapdragon 865
RAM: 8GB
Storage: 128/256GB
Kamera: 64 dan 13MP
Kamera hadapan: 10MP
Bateri: 5,000 mAh
Software: Android 11
3. Sony Xperia 5 II

Spesifikasi
Paparan: 6.1-inci, FHD+
Chipset: Snapdragon 865
RAM: 8GB
Storage: 128/256GB
Kamera: 12, 12 dan 12MP
Kamera hadapan: 8MP
Bateri: 4,000 mAh
Software: Android 11
4. OnePlus 8 Pro

Spesifikasi
Paparan: 6.78 inci, QHD+
Chipset: Snapdragon 865
RAM: 8/12GB
Storage: 128/256GB
Kamera: 48, 48, 8 dan 5MP
Kamera hadapan: 16MP
Bateri: 4,510 mAh
Software: Android 11
5. Google Pixel 4a

Spesifikasi
Paparan: 5.81 inci, FHD+
Chipset: Snapdragon 730
RAM: 6GB
Storage: 128GB
Kamera: 12MP
Kamera hadapan: 8MP
Bateri: 3,080 mAh
Software: Android 11
6. Asus Zenfone 7

Spesifikasi
Paparan: 6.67 inci, FHD+
Chipset: Snapdragon 865
RAM: 6/8GB
Storage: 128GB
Kamera: 64, 12 dan 8MP
Kamera hadapan: 64, 12 dan 8MP
Bateri: 5,000 mAh
Software: Android 11
Mungkin juga harganya lebih murah berbanding telefon pintar versi terkini. Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
iPhone 12 Dikatakan Bakal Dilancarkan Pada 14 Oktober Ini, Nantikan Kejutan Dari Apple

Ramai yang tertunggu-tunggu bila agaknya iPhone 12 akan dilancarkan secara rasmi? Apple telah pun mengumumkan mereka akan mengadakan sebuah acara yang khabarnya akan memberikan petanda iPhone 12 bakal diperkenalkan.
Acara yang berlangsung pada 13 Oktober (14 Oktober waktu Malaysia) akan dilakukan secara online dan distrim melalui saluran oleh Apple.

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan bakal menggunakan cip pemprosesan terpantas cip A14. Apple juga khabarnya akan memfokuskan kepada sokongan kamera dan mungkin akan menyertakan sensor LiDAR pada iPhone paling premium.

Sebelum ini tular ramalan harga siri iPhone 12 yang dikatakan bakal bermula daripada $749 (lebih kurang RM3,081). Jadi, sama-sama kita nantikan apa yang bakal berlaku pada 14 Oktober ini.
Sumber: amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Robot Bola Ganti Tugas Polis Di China, Tangkas Kejar Penjenayah

Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Tip Untuk ‘Fresh Graduate’ Yang Sedang Mencari Pekerjaan, Paling Penting Kena Yakin!

Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.

Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.

“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

