Aktres jelita, Datin Intan Najuwa tampil bersuara berhubung kes kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, yang sehingga kini masih meruntun hati ramai.
Menerusi satu perkongsian di Threads, pelakon berusia 28 tahun itu menegaskan agar keadilan dapat ditegakkan tanpa campur tangan rasuah serta meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap pihak yang bersalah.
Ads
“Keadilan buat Zara, adik kecil ini berhak pada keadilan yang tulus, bersih tanpa noda rasuah dan pilih kasih.
“Jangan sesekali biarkan wang jadi alasan untuk melepaskan yang bersalah. Yang salah tetap salah dan mesti dihukum, bukan sekadar untuk membalas tetapi sebagai peringatan agar tiada lagi anak kecil yang jadi mangsa,” tegas Intan.
Dalam pada itu, Intan turut menitipkan doa agar kebenaran segera terbongkar dan roh Allahyarhamah Zara Qairina terus terbela.
Ads
“Doa kami buatmu Zara. Insya-Allah kebenaran akan menyinari jalanmu dan keadilan akan ditegakkan,” tulisnya lagi.
Sebagai rekod, Zara Qairina, 13, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pagi 16 Julai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukankah sudah dimaklumkan oleh pihak pawagam setiap kali sebelum mana-mana filem ditayangkan, JANGAN RAKAM.
Namun begitulah tebalnya sifat ‘ignorant’ yang ada pada diri sesetengah individu.
Kali ini, pempengaruh terkenal Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Noor Neelofa telah menjadi mangsa cercaan warganet setelah gadis berusia 20 tahun itu ‘terkantoi’ merakamkan babak filem House of Gucci yang baru mula ditayangkan di pawagam; lalu memuat naik klip tersebut di akaun media sosialnya.
Dalam keterujaan untuk menonton filem yang diminati, tangan pula gatal untuk merakam sesetengah babak filem tersebut.
Perbuatan ini sekaligus membuatkan ramai warganet bengang.
Bukan saja filem tersebut belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara (pada waktu Ameera dijemput untuk menontonnya).
Sifat ‘ignorant’ atau tidak ambil peduli seperti ini juga adalah punca mengapa pihak pawagam terpaksa bertindak lebih tegas terhadap rakan media serta selebriti lain. Untuk pengetahuan korang, satu prosedur baharu yang dipraktikkan sekarang sewaktu rakan media dijemput untuk menonton tayangan perdana filem akan datang adalah untuk mneyerahkan telefon bimbit kepasa staf pawagam atau penganjur sebelum kami dibenarkan masuk ke pawagam.
Biarpun rakan media memahami relevan di sebalik prosedur ini agar tiada sesiapa merakam babak filem, ia sedikit sebanyak ‘meragut’ peluang kami untuk menerima sebarang talian kecemasan sewaktu berada di tempat duduk pawagam.
Menerusi hantaran oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Arsya Ridzuan, dia membuat aduan terbuka menerusi ciapan dan mempersoalkan sama ada pawagam Golden Screen Cinema (GSC) akan membenarkan perbuatan ini dilakukan.
“Hi @GSCinemas, mengapa (tingkah laku) ini dibenarkan di pawagam anda? Dan, mengapa perbuatan ini masih dilakukan? 2022,” catatnya yang tidak memahami mengapa masih wujud mindset penonton sedemikian walaupun kes seperti ini telah berulang kali ditularkan.
Nampaknya, pihak GSC tidak terus berdiam diri dan membalas semula dengan menulis, “Melakukan rakaman kandungan filem adalah dilarang sekeras-kerasnya. Kami mengambil serius mengenai insiden ini dan telah menghubungi serta melaporkannya kepada pemilik untuk tindakan lanjut. Terima kasih kerana memberi pencerahan!”
Wakil GSC turut menambah bahawa pihak pengedar filem House of Gucci iaitu United International Pictures telah sedia maklum mengenai perkara ini untuk sebarang tindakan lanjut daripada pihak mereka.
Bukan niat sesiapa untuk menjatuhkan kecaman terhadap Ameera saja. Kami pasti, ramai lagi penonton yang pernah merakamkan babak filem di pawagam sebelum memuat naiknya ke media sosial.
Namun Ameera (dan selebriti lain) harus sedar bahawa mereka membawa imej yang dijadikan ikutan ramai orang terutamanya dalam kalangan remaja. Sekiranya Ameera terlepas daripada sebarang tindakan hanya kerana popularitinya, nescaya lebih ramai lagi pihak yang akan terus berkelakuan tidak endah dengan peraturan serta amaran yang ditetapkan oleh pihak pawagam selepas ini.
Kemas Kini : Jujurnya, kami pun musykil jika sebarang tindakan yang bakal dikenakan akan mengubah persepsi Ameera. Ini setelah dia memuat naik hantaran di Instagram Story (foto di bawah) seakan memberi mesej bahawa dia tidak kisah lagi dengan cercaan daripada mana-mana pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ini boleh dikatakan setiap urusan kita menjadi lebih mudah dengan teknologi yang sedia ada, semuanya dapat dikendalikan tanpa memakan masa yang panjang.
Jika dahulu segala urusan perbankan perlu dilakukan di cawangan bank, termasuklah untuk menukar kad bank, kini orang ramai boleh menukar kad debit dengan hanya menggunakan kiosk yang disediakan. Segala urusan dapat dilakukan secara layan diri dan cepat, hanya mengambil masa selama beberapa minit.
Perkongsian ini telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @Ejal.asv menunjukkan cara-cara bagaimana menukar kad debit Maybank yang telah tamat tempoh. Korang hanya perlu masukkan kad bank yang lama dan kemudian ikut sahaja arahan yang diberikan.
So guys, lepas ni kalau nak tukar kad debit Maybank korang yang dah nak tamat tempoh, boleh terus ke cawangan-cawangan berikut untuk mencari mesin layan diri ini tanpa perlu menunggu giliran untuk ke kaunter bank.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kebanyakan sektor pelancongan sudah pun mulai dibuka secara berperingkat dan khabarnya Pulau Langkawi juga dijangka akan dibuka kepada pelancong pada 16 September ini sempena dengan Hari Malaysia.
Dalam kegembiraan kita mendengar banyak lokasi pelancongan yang sudah dibuka, ada beberapa perkara yang korang perlu ambil kira sebelum membuat keputusan beriadah di tempat awam.
Seperti di Port Dickson, individu yang tidak lengkap menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkelah dan perkhemahan di pantai peranginan daerah itu.
Penguatkuasa sedang memeriksa pengunjung yang datang untuk memastikan mereka sudah menerima dua dos suntikan vaksin di kawasan pantai Port Dickson (Sumber foto: Harian Metro)
Keputusan ini adalah seperti yang telah digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak pantai itu dibuka pada 26 Ogos lalu.
Semua aktiviti berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama.
Aktiviti perkelahan serta perkhemahan dibenarkan dalam daerah yang sama dan individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi menyertai aktiviti dengan SOP yang ketat.
Pengunjung juga diingatkan perlu patuh dengan mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di kawasan pantai selain mematuhi protokol kesihatan umum.
Selain itu juga, hanya peniaga yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan berniaga untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengunjung yang datang beriadah.
Ha, nampaknya bukan hanya kedai-kedai di pusat membeli-belah sahaja yang akan menyemak status vaksinasi pelanggan, malah kini ada juga pusat riadah terbuka seperti pantai di Port Dickson yang turut mempunyai pegawai penguatkuasa untuk memeriksa sama ada pengunjung sudah divaksinasi atau tidak.
Tak mustahil juga lebih banyak pusat-pusat pelancongan yang akan turut mengenakan arahan yang sama, iaitu hanya pengunjung yang sudah menerima vaksin lengkap sahaja dibenarkan berkunjung ke sana.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...