Ujian Allah terhadap hambaNya berbeza-beza. Ada diuji dengan kesusahan, ada diuji kesenangan (kesenangan juga adalah ujian sama ada tahu bersyukur, mahu bersedekah atau tidak). Ada pula diuji dengan pangkat dan jawatan, ada diuji dengan kesakitan. Apa pun ia adalah ujian Allah buat hamba-hambaNya untuk menguji keimanan mereka.
Penderitaan seorang remaja Syahidah Rashid, 18 yang menderita kanser kulit sejak enam tahun lalu semakin teruji apabila keseluruhan kulitnya melepuh. Akibat rasa sakit, pedih akibat seluruh tubuh melepuh, Syahidah juga menghadapi kesukaran bergerak berikutan lututnya kerap sakit kebelakangan ini.
Ibunya, Kamsiah Mohamed Arsad, 55, berkata, anak bongsu daripada lapan beradik itu dilahirkan secara normal dan jarang sekali sakit sehingga mengalami demam panas ketika berusia 13 tahun.
Menurutnya, pada mulanya Syahidah hanya demam biasa, namun menjadi serius apabila tumbuh ruam di pipinya selain mengalami sakit sendi.
“Anak saya jarang sakit, kalau demam sehari pun dia masih pergi sekolah, namun pada tahun 2014 keadaan berubah apabila dia kerap demam.
Ads
“Bila pergi hospital doktor tak dapat kenal pasti dia sakit apa, bila kerap demam saya bawa dia ke klinik dan hanya diberi ubat tahan sakit dan ubat sapu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Kamsiah yang merupakan ibu tunggal dan menghidap asma kronik berkata, keadaan Nur Syahidah menjadi makin teruk apabila kulitnya menggelupas dan rambutnya menjadi gugur sehingga botak.
Katanya, kulit di seluruh anggota badan Nur Syahidah melepuh seolah-olah melecur terkena api.
Ads
”Pada Disember 2014, Nur Syahidah demam panas, tekanan darahnya rendah manakala jantungnya berdegup laju. Ketika mendapat rawatan di hospital, barulah doktor dapat sahkan anak saya menghidap kanser kulit.
“Sejak itu Nur Syahidah kerap tidak ke sekolah kerana alami kesakitan, jika terkena panas matahari sikit pun muka dia akan jadi merah, melecet dan keluar darah,” katanya.
Kamsiah yang menjalankan perniagaan tapai secara kecil-kecilan berkata, kebiasaannya untuk membawa Nur Syahidah ke hospital dia akan menggunakan perkhidmatan e-hailling.
Ads
Katanya, kini dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk memudahkan anaknya bergerak terutama untuk ke hospital.
“Bantuan lain Alhamdulillah cukup, saya dapat bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan sewa rumah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
“Cuma kalau boleh nak belikan sebuah kerusi roda kerana saya tak mampu. Sekarang anak saya sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang kerana platelet darahnya turun,” katanya.
Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat (nombor akaun 220696118980) atas nama Nur Syahidah. Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“SAYA maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat, namun undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.”
Demikian luahan Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran, malam kelmarin.
Muhammad Rizal berkata, dia akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga belah isteri, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan.
Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika menggelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Sedangkan Allah SWT memaafkan umatnya apatah lagi manusia biasa seperti saya. Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (isteri) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.
“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya ketika ditemui di rumah, hari ini.
Jenazah anak syurga ini sudah selamat dikebumikan petang semalam. Al-Fatihah untuk arwah Nur Rashdan
Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatan sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.
Dalam kejadian itu, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.
Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.
Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.
Sementara itu, suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam di Lokap Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran kira-kira 12 tengah hari semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.
Seram kan?
Jika semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP.
Terbaru, Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihati orang ramai terutamanya bagi pencarum untuk tidak terpedaya dengan perkongsian mengenai iklan permohonan Pengeluaran Khas di media sosial.
Adui, cepat betul scammer di luar sana buat kerja ya?
Dalam satu perkongsian daripada Facebook KWSP memuatnaik satu gambar di mana ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan link palsu tentang permohonan Pengeluaran Khas di laman Twitter.
Selain itu, KWSP juga mengegaskan bahawa pihak KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan Pengeluaran Khas.
BERHATi-HATI!
KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan Pengeluaran Khas anda.
Justeru itu, maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
Untuk info, pengeluaran ini secara tidak langsung merupakan peluang keempat bagi rakyat Malaysia melakukan sedemikian selepas fasa i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesudah memasuki enam hari dalam keadaan koma di Hospital Putrajaya, penyanyi Alessandra Dianne Ampuria atau lebih dikenali sebagai Sandra Dianne telah disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 9 September 2020.
Sandra, 25 merupakan salah seorang peserta program Big Stage 2020 yang sedang berlangsung di saluran Astro Ria HD.
Pada hari raptai konsert keempat minggu lalu, Sandra dan sepupunya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke lokasi di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Impak daripada kemalangan tersebut, Sandra dilaporkan tidak sedarkan diri setelah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
REMAJA masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak penganjur dan pengurus saluran Astro Ria, Puan Emarina Kamal.
Kami ucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat Allahyarhamah Sandra Dianne. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!