Foto: Kosmo

Sambutan bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri pada tahun ini dijangka lebih meriah berbanding tahun lalu kerana bazar Ramadan dan Aidilfitri telah pun dibenarkan beroperasi. Namun, para peniaga dan pelanggan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan kerana kita masih belum bebas dengan wabak COVID-19.

Waktu operasi bagi bazar Ramadan adalah dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam dengan syarat untuk jualan dan minuman sahaja, manakala bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam untuk barangan kering sahaja.

SOP Bazar Ramadan & Aidilfitri Bagi Kawasan PKPB & PKPP Yang Perlu Dipatuhi
Foto: BERNAMA

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan antaranya adalah seperti berikut:

A. Kawalan kemasukan pengunjung

• Kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter

• Tempat beratur dengan jarak 1 meter ditanda

• Peniaga dan pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di bazar

IKLAN

• Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk

• Peniaga diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan sekiranya tiada liputan internet

• Pelanggan diwajibkan check in menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sekiranya tiada liputan internet

• Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius adalah TIDAK DIBENARKAN masuk

IKLAN
SOP Bazar Ramadan & Aidilfitri Bagi Kawasan PKPB & PKPP Yang Perlu Dipatuhi
Foto: Sinar Harian

B. Kawalan keselamatan, lalulintas & pembersihan

• Kawalan oleh DBKL/PBT, RELA dan penganjur
• Tumpuan kepada laluan masuk/keluar/perimeter
• Pembersihan dan nyah kuman perlu dilakukan setiap hari

Tindakan penganjur

• Menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan maklumat susun atur, tanda jarak dan tunjuk arah
• Menentukan kedudukan petak gerai di lokasi perniagaan
• Memastikan pematuhan kawalan penjaga dan pengunjung
• Memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negaran (MKN)

IKLAN

Tindakan DBKL/PBT

• Menentukan kedudukan lokasi (tapak) bazar Ramadan/bazar Aidilfitri
• Memantau pematuhan SOP MKN dan Kesihatan Makanan secara berterusan
• Menutup gerai berkaitan/bazar jika GAGAL patuhi SOP

C. Etika pemakaian pelesen & pembantu/pekerja

• Memakai pas khas yang dibekal oleh penganjut
• Diwajibkan memakai pelitup muka
• Digalakkan memakai face shield
• Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik
• Diwajiban memakai apron pakai buang plastik (bazar Ramadan)

Sekurang-kurangnya dapatlah kita semua merasa untuk pergi ke bazar Ramadan pada tahun ini. Namun, jangan ambil mudah dan pastikan setiap SOP dipatuhi dengan sebaiknya.

Sumber: KKM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI