Menjengah di ruangan komen, rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Terdahulu, Intan telah mendedahkan berita kehamilannya selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman, yang disatukan pada Ogos tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi khabar duka yang berlaku dalam dunia hiburan Korea Selatan apabila pelakon veteran Lee Eol dikhabarkan telah meninggal dunia kerana kanser.
Agensi Lee Eol, Starit Entertainment berkongsi khabar duka itu pada 26 Mei 2022, “Selepas bertarung dengan kanser tekak, Lee Eol meninggal dunia pagi ini.” Pelakon lelaki ini telah melawan penyakit kansernya itu sejak tahun 2021 selepas tamat drama Voice 4.
Bintang itu juga pernah muncul dalam banyak k-drama popular, antaranya dia memainkan watak Ko Dae Hwan, bapa Ko Moon Young dalam drama It’s Okay To Not Be Okay, serta watak bapak kepada Choi II Kwon dalam siri 18 Again.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kira-kira seminggu saja yang tinggal sebelum episod ketiga separuh akhir Muzik-Muzik dilangsungkan semula setelah semua kru dan penyanyi terlibat disahkan tidak dijangkiti Covid-19.
Cuma persoalannya, adakah Nabila Razali sudah bersedia untuk menyanyikan lagunya sendiri setelah memiliki masa untuk berehat?
Pertemuan REMAJA bersama Nabila hari ini di majlis pengumuman produk minuman Befine di Kuala Lumpur memberi peluang untuk bertanyakan sendiri soalan tersebut kepada empunya badan.
Untuk pengetahuan, Nabila Razali telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminatnya apabila dia memutuskan untuk menarik diri daripada menyanyikan lagu Peluang Kedua setelah mendapati kesihatan peti suaranya merosot, 20 November lalu.
“Saya perasaan suara saya sudah bertukar serak, tetapi saya tidak merasakan ia sesuatu yang serius. Saya cuma menganggap ia hanyalah disebabkan tidak cukup tidur dan kurang minum air. Rupanya apabila pergi check, saya memang sedih sangat bila tahu keadaan yang sebenar.
“Ia berkaitan dengan peti suara saya. Doktor sendiri telah menunjukkan video mengenai apa yang sedang berlaku kepada pada bahagian tersebut.
“Demi kebaikan jangka masa panjang, saya tidak boleh mengambil remeh dan meneruskan nyanyian seolah-olah tiada masalah. Suara adalah aset untuk saya cari punca pendapatan, jadi saya enggan memaksa untuk menyanyi sehingga mengeruhkan lagi keadaan,” jelas penyanyi Peluang Kedua itu.
Bercakap mengenai peluang (pun intended *wink*) untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua di separuh akhir Muzik-Muzik pada 15 Disember ini, Nabila masih dengan keputusannya untuk membiarkan penyanyi lain mewakili di pentas itu.
“Buat masa ini, (penyanyi itu) memang bukan saya. Saya yakin penyanyi tersebut akan berjaya menyampaikannya dengan baik, insyaAllah.
Seleksi minuman Befine terdiri daripada perisa asli, passion fruit, mulberry, avocado dan strawberi.
Walaupun terlepas peluang untuk menyanyikan lagu sendiri di pentas berprestij itu, Nabila percaya dengan rezeki yang ditentukan Ilahi. Hari ini, satu lagi pintu rezeki buat Nabila Razali telah dibuka apabila dia terpilih sebagai duta minuman yogurt probiotik ‘Define’.
“Walaupun dalam keadaan pandemik sekarang, saya masih diberikan rezeki apabila satu-persatu datang kepada saya. Saya bersyukur, merasa terharu dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada famili DyDo Drinco dan Befine terutamanya. Befine merupakan minuman yogurt terbaik yang saya telah rasai setakat ini dan saya bangga untuk menjadi duta pertama di Malaysia.
“Bila dah menjadi duta ini, saya enggan hanya bertanggungjawab untuk memegang barang dan ambil gambar. Tapi saya ingin mengamalkan sendiri gaya hidup sihat. Dari muat naik di media sosial saya, kamu sendiri dapat melihat saya cuba untuk menjadi seaktif mungkin. Jadi saya dan minuman Befine ini selarilah untuk menjadikan rakyat Malaysia ini lebih sihat dalaman serta luaran.
Peminat Nabila pastinya perasan jadual padat Nabila sekarang dengan tugasan sebagai duta. Baru sahaja minggu lalu dia dilantik menjadi duta sebuah jenama, minggu ini Nabila sekali lagi diangkat sebagai duta untuk minuman Befine.
Apakah fokus Nabila sekarang adalah untuk mengurangkan projek kerjaya seninya dan menumpukan kepada kerjaya sebagai duta produk?
“Buat sementara waktu, dalam keadaan saya sekarang yang tidak mengizinkan untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, jadi saya ambil keputusan untuk mengurangkan sedikit aktiviti seni saya.
“Untuk pengetahuan, ada beberapa projek yang terpaksa saya tolak termasuk penggambaran lakonan dan nyanyian. Tapi itu tak bermaksud saya tidak bekerja langsung. Saya hanya berehat dari nyanyian buat sementara waktu,” jelasnya.
Sama-sama kita doakan agar kesihatan Nabila bertambah baik dengan segera, okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kami tak letakkan sebarang harapan, tetapi kami inginkannya..”
Bakat dari Malaysia nyata bukan calang-calang tau!
Grup penyanyi 4 gadis berhijab iaitu NAMA semalam mengesahkan slot di pentas finale Asia’s Got Talent (AGT) musim ketiga selepas mereka menyanyikan lagu ‘Sax’ nyanyian Fleur East.
Kejayaan itu bertambah manis selepas NAMA juga dinamakan (pun intended) sebagai peserta pilihan juri setelah David Foster, Anggun dan Jay Park sebulat suara memilih persembahan mereka sebagai yang terbaik semalam.
Grup yang disertai oleh Nur Fazrina, Noor Syamimi Makhetar, Norfazira Malik dan Nur Farahida (kesemuanya 24 tahun) itu menganggap peluang ini sebagai sesuatu yang exciting tetapi pada masa yang sama mencabar.
“Kami sekarang bukan saja perlu bertanding dengan penyanyi tetapi juga dengan persembahan bakat lain yang unik,” kata Syamimi.
“Latihan 4 ke 5 kali seminggu, 2 ke 3 jam setiap kali telah membawa kami ke pentas final. Apa yang kami boleh janjikan adalah kami akan tampil berbeza dari segi pemilihan lagu, pakaian dan vibe di atas pentas,” kongsi Fazrina pula.
Sekiranya NAMA memenangi AGT, apa agaknya yang mereka berempat akan lakukan dengan hadiah wang tunai USD100,000 (RM407,500) itu?
Terliur kejap..
“Kami akan gunakannya untuk menghasilkan single dan bila tiba masa yang sesuai, mungkin untuk memiliki album sendiri.”
Ahli grup ini pertama kami berjumpa di festival seni Universiti Malaya dan kini mereka di pentas finale AGT bersama 8 lagi peserta lain. Korang rasa mereka layak untuk memenangi hadiah tersebut?
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.