Ramai juga yang mengambil kesempatan bercuti dalam bulan Jun dan Julai ini untuk mengunjungi destinasi luar negara setelah sekian lama ‘terperap’ di dalam negara akibat pandemik Covid-19.

Antara yang meluangkan masa ke luar negara bersama kenalan dan ahli keluarga mereka kini ialah penyanyi kegemaran ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini berada di London, United Kingdom.

Dalam pada bersiar-siar bersama keluarganya, Siti turut sempat menyelitkan ke dalam itenararinya masa untuk menonton konsert penyanyi terkenal Inggeris, Adele di Hyde Park.

Konsert bersempena festival muzik British Summer Time Hyde Park itu sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat Adele di negara kelahirannya itu dan Siti juga tidak melepaskan peluang sama.

Teruja Menonton Adele Depan Mata, Siti Nurhaliza Ditemani Mentornya
Adele tampil mempersonakan dalam konsert yang amat dinanti-nantikan oleh peminatnya di London, hujung minggu lalu.

Iyalah, hendak harapkan Adele ke Kuala Lumpur. Hhm, entah bilalah kan!

IKLAN

Anyway, Siti tidak keseorangan apabila ditemani mentornya dalam dunia perniagaan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan isteri, Datin Wira Hasdiana Ahmad. Turut serta ialah Pengerusi Eksekutif Richworks, Datuk Zafrol Rizal Mat.

Teruja Menonton Adele Depan Mata, Siti Nurhaliza Ditemani Mentornya Teruja Menonton Adele Depan Mata, Siti Nurhaliza Ditemani Mentornya

“Terima kasih Doc sebab beri pengalaman yang best sangat. Terima kasih Datuk J, Datin Wira, seronok sangat alhamdulillah thank you,” katanya menerusi hantaran di bahagian Instagram Story akaun @ctdk.

IKLAN

Buat Dr Azizan pula, beliau sendiri mengungkap perasaan teruja dapat menonton Adele secara langsung bersama, “biduanita negara, TokTi”. Katanya lagi, sesudah berakhir konsert tersebut, mereka meluangkan masa menaiki beca di sekitara kawasan terbabit.

“Kita naik beca, ingat dekat Melaka saja ada beca. Di London pun ada,” catat Siti.  Terdahulu, Siti dan keluarganya bercuti di Dubai UAE selama tiga hari sebelum berlepas pula ke kota London.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : AirAsia X Kembali, Tawar Penerbangan Ke London, Dubai & Istanbul – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI