Selepas melalui fasa kehamilan dan memberi tumpuan kepada keluarga, Datin Intan Najuwa atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, mengakui dia kini tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran.

Menerusi perkongsian terbaharu di Threads, pelakon itu meluahkan rasa lega selepas selamat bersalin dan sudah mula merancang langkah untuk membuat comeback dalam bidang lakonan.

“Legaaa nya dah bersalin, tak sabar nak start berlakon balik! Insya-Allah, ramai yang boleh take care of my babies now, so mommy can slowly make a comeback to acting semula hehe.

“Now tengah discuss and choosing which drama to start with. Excited but nervous at the same time! It’s been a whileee,” tulisnya.

Intan Najuwa Sudah Mula Pilih Drama

Dah Lama Tinggalkan Set, Intan Najuwa Akui Nervous Nak Kembali Berlakon Selepas Bersalin

Lebih mengujakan, Intan mendedahkan dia kini sedang dalam perbincangan dan mempertimbangkan beberapa tawaran drama sebelum menentukan projek yang bakal menjadi naskhah pertamanya selepas berehat daripada dunia lakonan.

Biarpun teruja untuk kembali menghidupkan watak di hadapan kamera, Intan tidak menafikan turut berasa gementar memandangkan sudah agak lama dia tidak berada di set penggambaran.

Perasaan teruja bercampur gementar itu dapat difahami memandangkan Intan Najuwa sudah melalui satu tempoh yang cukup berbeza dalam kehidupannya. Daripada memberi tumpuan terhadap kehamilan sehinggalah menjalani rutin sebagai seorang ibu, kini dia perlu kembali menyesuaikan diri dengan jadual kerja di set penggambaran.

Ads

Buat masa ini, Intan masih belum mendedahkan drama yang bakal dipilih sebagai projek kemunculan semulanya. Perkongsiannya bagaimanapun memberi bayangan bahawa proses perbincangan sudah bermula dan dia sedang memilih naskhah yang dirasakan sesuai untuk menandakan kepulangannya ke dunia lakonan.

Kini Ibu Kepada Dua Puteri

Dah Lama Tinggalkan Set, Intan Najuwa Akui Nervous Nak Kembali Berlakon Selepas Bersalin

Terdahulu, Intan berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Laudya.

Ads

Kelahiran tersebut melengkapkan lagi keluarga kecil Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, 42, selepas mereka terlebih dahulu dikurniakan anak sulung perempuan, Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

Kehadiran dua puteri itu menyaksikan Intan kini melalui kehidupan sebagai ibu kepada dua cahaya mata dalam tempoh dia berehat daripada bidang lakonan.

Untuk rekod, Intan dan Ahmad Azraf mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos 2023.

Ads

Nampaknya selepas melalui fasa baharu sebagai ibu kepada dua cahaya mata, peminat mungkin tidak perlu menunggu terlalu lama untuk melihat Intan Najuwa kembali menghiasi kaca televisyen.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads