Pelakon Ikmal Amry akhirnya tampil bersuara susulan isu dirinya yang sering dibandingkan dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol, yang kembali hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.
Menurut Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, situasi tersebut bukanlah perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak dia masih bujang sehingga kini bergelar suami dan bapa. Isu ini sering timbul setiap kali kedua-dua nama disebut dalam platform media sosial.
Bagaimanapun, Ikmal mengakui meskipun tidak melihat perbandingan itu sebagai sesuatu yang negatif, dia merasakan sudah tiba masanya untuk perkara tersebut dihentikan.
Katanya, sebagai individu yang kini berada dalam fasa kehidupan berbeza, dia lebih selesa dikenali dengan identitinya sendiri tanpa perlu dibandingkan dengan mana-mana pihak.
Isu Tular Bermula Di Threads
Sebelum ini, nama Ikmal dan Jefri kembali menjadi bualan apabila seorang pengguna di Threads memuat naik hantaran yang menyamakan wajah kedua-dua pelakon tersebut. Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian Ikmal yang tampil memberikan respons secara terbuka.
Ads
Perbincangan ini menjadi semakin hangat apabila ramai pengguna lain turut memberikan pandangan masing-masing, sama ada bersetuju atau sekadar menganggapnya sebagai hiburan ringan.
Dalam reaksinya, Ikmal secara berseloroh meminta agar perbandingan itu dihentikan, sambil menyatakan dirinya kini seorang bapa dan bakal menimang cahaya mata ketiga. Pendekatan santai tersebut menunjukkan kematangan Ikmal dalam menangani perhatian netizen.
“Dah2 la banding2. Aku ni bapak org. Anak nak masuk 3. Ahaha. Anyway salam kenal dik @jefrinichol. Salam serumpun 🙏🏻”, katanya.
Hantaran tersebut turut menarik perhatian Jefri Nichol yang membalas dengan ucapan mesra serta mendoakan kesejahteraan Ikmal dan keluarganya. Interaksi ini sekaligus memberi gambaran bahawa isu antara mereka tidak menjejaskan hubungan profesional atau persepsi antara mereka.
Ads
“waalaikumsalam abang!! sehat selalu bang ikmal dan keluarga abang ya🙏”, balas Jefri di Threadsnya.
Netizen Anggap Sekadar Gurauan
Menariknya, majoriti netizen dilihat tidak mengambil serius isu tersebut, sebaliknya menganggapnya sebagai gurauan semata-mata. Malah, ada yang melihat situasi itu sebagai interaksi positif antara dua figura dari negara serumpun.
Difahamkan, perbandingan ini kembali hangat susulan Jefri Nichol yang kebelakangan ini aktif di platform Threads, termasuk berinteraksi dengan netizen Malaysia dan cuba mempelajari loghat serta bahasa Kelantan. Perkara itu secara tidak langsung menarik perhatian ramai.
Ads
Keaktifan tersebut menjadi salah satu faktor persamaan ini terutama apabila wajah dan gaya mereka sering dibandingkan dalam pelbagai hantaran pengguna.
Sebagai pelakon yang telah membina nama dalam industri tempatan, Ikmal Amry berharap penonton dan peminat dapat melihatnya sebagai individu unik dengan pencapaian tersendiri, bukan sekadar dikaitkan dengan Jefri Nichol semata-mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang peminat drama Korea The Penthouse, sudah tentu korang familiar dengan lagu yang dinyanyikan oleh watak utama Cheon Seo Jin dalam siri popular tersebut.
Lagu yang berjudul Queen of the Night adalah muzik klasik berbahasa Jerman yang dicipta oleh Wolfgang Amadeus Mozart untuk pertunjukan opera The Magic Flute.
The Magic Flute adalah sebuah pertunjukan opera yang diadakan oleh Wolfgang Amadeus Mozart dan kawan-kawannya. Pertunjukan opera ini ditayangkan pertama kali pada 30 September 1791 di Freihaus-Theater auf der Wieden Di Wina.
Begitulah sedikit sebanyak kisah tentang lagu yang dimainkan di dalam drama The Penthouse itu. Cheon Seo Jin merupakan penyanyi soprano yang mempunyai akademi nyanyian sendiri dan menurunkan bakat kepadanya anaknya, Ha Eun Byeol. Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang sudah tahu tentang jalan cerita drama ini kan?
Terbaharu, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai zumujahid_zack telah berkongsi nyanyi penyanyi soprano negara, Datuk Syafinaz Selamat yang juga pernah menyanyikan lagu Queen of The Night itu juga.
Tanggal 22 Februari 2022 yang lalu menjadi hari paling gembira buat Diva Pop Indonesia ini apabila anak sulungnya, Aurelie Hermansyah selamat melahirkan anak sulung. Dengan kelahiran itu secara rasminya Krisdayanti menjadi seorang nenek pada usia 47 tahun.
Bayi perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean di RSU Bunda Jakarta dengan berat 3.3-kg itu disambut dalam suasana penuh meriah dengan keluarga besar semuanya menunggu penuh debar.
Menantu Krisdayanti, Atta Halilintar menyatakan menerusi Instagramnya yang anaknya itu merupakan malaikat hidupnya.
Lumrah menjadi seorang selebriti, segala kehidupan keluarga ini menjadi tumpuan ramai. Ramai tertanya-tanya bilakah mereka akan berkongsi wajah cucu pertama. Ternyata selepas empat hari, Atta dan Aurel bersetuju sama-sama memperkenalkan anak mereka kepada umum.
Dengan wajah mulus putih bersih, si comel dengan rambut hitam lebat itu menjadi bualan. Semestinya neneknya tidak sabar-sabar untuk berkongsi berita. Dalam hantaran di laman Instagram dan beberapa foto dimuat naik di insta-story, Kridayanti berkongsi wajah cucu sulungnya itu yang didekatkan kepada wajahnya.
Ujar ibu kepada empat cahaya mata itu, “Alhamdulillah, perkenalkan cucu kami. Ameena Hanna Nur Atta.” Mengenakan busana rona merah jambu sedondon dengan cucunya itu, potret yang dimuat naik menuai pujian ramai.
Meninjau ke laman Instagram Atta pula, bapa baru ini berkongsi maksud disebalik nama anaknya itu. “AMEENA daripada nama ibu nabi yang kuat dan hebat dan melahirkan Manusia Paling mulia, HANNAH bermaksud kebahagiaan untuk keluarga kami, NUR pula cahaya keluarga kami dan nama ibu hebatnya, ATTA bermasud Binti ATTA dan juga ini nama keberuntungan keluarga ini,” kongsinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kalau saya dah buat yang paling sukar itu pun boleh dapat nombor last, jadi mungkin pada minggu hadapan saya buat yang biasa-biasa sahajalah. Boleh dapat nombor dua, tiga atau empat ke,” seloroh peserta The Hardest Singing Show, Kaka Azraff setelah beliau diletakkan di tangga tercorot pada episod pertama pertandingan itu, semalam.
Berbanding lapan lagi orang peserta, Kaka sekadar memperolehi 58.05 markah menerusi persembahannya menyanyikan lagu nyanyian asalnya sendiri, Gila dan Bukan Hal Aku.
Sewaktu ditemui pada sidang media semalam, Kaka mengakui masih sedang cuba memahami apa yang diinginkan oleh para juri dan produksi The Hardest Singing Show agar dirinya dapat memperbaiki kedudukan pada minggu-minggu seterusnya.
Kaka Azraff
“Rasanya, sudah ada sedikit elemen ‘hard’ yang diminta dalam persembahan saya tadi. Tapi macam tak cukup.
“Kalau (persembahan minggu pertama Kaka) boleh dapat nombor tercorot, kita fikirkan yang lain. Kita kena ubah sedikit permainan kita ke apa. Tengoklah.
“Kita sebenar ikut flow of the show. Tak nak lah lama sangat (tergantung di udara). Kita nak ada elemen penceritaan sebenarnya.
“Tapi kalau kita tahu (juri dan produksi) nak (tergantung) lama, saya boleh sahaja nyanyi secara tergantung sehingga habis kalau itu yang diambil kira,” ulasnya.
Kaka juga mendedahkan dirinya hanya dibekalkan satu hari latihan bersama abah-abah keselamatan atau harness. Baginya, di situlah cabaran dan elemen ‘hardest’ yang ditonjolkan oleh program tersebut.
Sebagai peserta, Kaka perlu berdepan tema dan konsep baharu yang diberikan pada setiap minggu untuk mara ke hadapan.
Janjinya, dia akan cuba dan memberikan yang lebih baik menggunakan elemen badminton dan berbasikal pula bagi persembahan minggu kedua yang bertemakan Revolu-Sihat.
FOTO: Astro/Azrul Rafie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!