
Pelakon dan penyanyi, Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat.
Menerusi perkongsi di Instastory miliknya, Harris memaklumkan dia baru sahaja menerima panggilan video mengenai kelahiran bayi keduanya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Gayatri Su-Lin Jadikan Ibu Zul Ariffin Sebagai Tempat Menumpang Kasih -“Saya Sangat Sayangkan Dia”

“Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ini kita pergi tengok adik,” katanya.
Dalam hantaran lain, Harris turut menjelaskan dia tidak dapat bersama dengan pelakon filem Banglo Seksyen 12 itu di hospital kerana perlu menjaga cahaya mata sulung mereka, Eevie Khadeeja di rumah.
“Saya tidak dapat teman Intan kali ini sebab kena jaga Eevie. Ibu saya ada di sana teman dia,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari 2021 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Harris Alif
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mac & Cheese Crisp, Resipi Kuah Raya Last Minit Yang Korang Boleh Buat

Zaman sekarang ni kalau nak beli kerepek biasa pun dah berganda-ganda harganya. Disebabkan itu ramai yang mencipta resipi sendiri dan hasilnya lebih berbaloi.
Seperti apa yang dilakukan oleh Wann Rohani di laman Facebooknya, resipi Mac & Cheese Crispy menjadi viral setelah mendapat lebih kurang 5.1k shares di media sosial.
Sesuai sangat la kalau korang nak jadikan kudapan ini sebagai kuih raya last minit. Hiks!
Bahan-bahan:
– Makaroni/pasta
– Cheese powder

Cara memasak:
1. Masukkan makaroni dalam mangkuk dan rendam dengan air selama 45 minit. Tak perlu rebus,rendamkan saja.
Kalau rendam lama sangat pun takut kembang. Kalau sekejap sangat, nanti goreng jadi keras pula. So, dalam 45 minit tu dah just nice la

2. Selepas 45 minit, pasta kelihatan kembang sikit. Kalau tak nak keras selepas digoreng, rendam dengan lebih lama

3. Panaskan minyak, sedia untuk digoreng

4. Semasa menggoreng, jangan kacau-kacau dan pastikan setiap ketul pasta tersebut tidak melekat

5. Selepas bertukar menjadi warna keemasan, tos kan pasta

6. Kemudian, masukkan pasta yang telah digoreng tadi dalam bekas yang ada penutup. Masukkan cheese powder

7. Akhir sekali, tutup bekas dan goncang sampai kesemua bahan rata

8. Siap! Inilah hasilnya, sangat mudah dan yang penting sedap

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serius Sedap! Ini 14 Resipi Berasaskan Telur Sesuai Untuk Orang Bujang Masak Time PKP

Bila sebut telur, ramai terbayangkan pelbagai menu masakan berasaskan telur boleh dibuat. Paling senang tentulah telur dadar atau telur mata kerbau.
Tapi sebenarnya ada 14 jenis masakan berasaskan telur yang korang boleh cuba khususnya untuk orang bujang time PKP nie. Ada telur masak kicap, sup telur, telur masak sos dan lain lagi. Hanya perlukan sedikit usaha sahaja untuk mencubanya. Lagi pun bahan-bahannya taklah sesusah mana. Boleh dibuat masakan tengahari dan juga makan malam.
REMAJA syerkan 14 jenis resipi yang disiarkan dalam fb Resipi Ibu yang dikongsikan oleh pembaca-pembacanya. So bagi yang masih bujang tu, try buat cepat kerana tak susah mana pun.

Resipi Telur Pecah Hancur Meletup (by Aleen Aireish)
Bahan-bahannya :-
3 biji telur
4 sudu makan cili yang telah dikisar bersama dengan bawang merah & putih
3 sudu makan cili sos
1 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
1. tumis cili kering hingga masak
2. masukkan cili sos
3. masukkan gula merah, gula pasir & garam
4. rasa dah meletop, pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan. Korang kaup manja telur tu dalam kuali baru jadi hancur-hancur tu. Nak jadi hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus aje gaul telur tu dangan sambal, siap
5. Sedia untuk dihidang

Sup Telur
Cara memasaknya :-
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar potong
Masukkan air
Masukkan 1 cube ayam knorr
Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
Masukkan garam dan adjust rasa
Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)
Masukkan daun bawang
Tutup api
Siap

TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahannya :-
Telur 4 biji
Sebiji bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak :-
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Siap

TELUR MASAK SOS ikhlas (by LILY)
Bahan-bahannya :-
2 biji bawang besar dihiris kasar
3-4 inci halia dihiris kasar
3-4 sudu makan cili kering kisar
Sos tomato Kimball (lebih dari sos cili untuk gantikan asam jawa)
Sos cili Life (kuantiti sikit dari sos tomato)
Kicap manis Life(4-5sudu makan)
Sedikit air
Telur goreng
Minyak menumis
1 tin kecil kacang peas(tak perlu buang air)
Cara-cara memasak:-
Panaskan minyak
Tumiskan cili kering kisar hingga masak dan pecah minyak
Masukkan separuh kuantiti bawang besar hiris dan halia hiris
Kacau hingga bawang layu
Masukkan semua sos dan kicap bersama sedikit air
Masak hingga mendidih
Masukkan baki bawang besar dan kacang peas
Kacau rata
Masukkan telur goreng renihkan seketika..
Dan siappp!
*Tak perlu garam atau asam jawa. Cukupkan semua rasa dgn bahan di atas.

Resepi : Telur Dadar Berkeju II (Olahan : Amie’s Little Kitchen)
Bahan-bahannya :-
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar – potong dadu
3 batang daun sup – hiris halus
7 biji cili padi – hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggi cukup rasa
mentega
Cara-cara memasak :-
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.

KARI TELUR AYAM
Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya
Bahan-bahannya :
bunga cengkeh
kayu manis
bunga lawang
rempah kari daging
kerisik
santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
Garam
Air- ikut citarasa nak kuah pekat &bny mana
Bahan dikisar/ ditumbuk
bawang merah
bawang putih
halia
Cara-cara memasak :-
Bahan yang ditumbuk tadi digaul dengan rempah dalam satu mangkuk dan dibancuh dengan sedikit air.
panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dengan bahan yg ditumbuk..
Biar sampai garing dan naik minyak. Lepas tu, masukkan santan tadi. Masukkan air untuk ikut tahap kepekatan yang dikehendaki.
Masukkan kerisik. Gaul bagi sebati. Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa.Tutup api dan sedia dihidangkan.

TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahannya :-
Telur 4 biji
Sebiji bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji Tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Siap
Ada banyak lagi resipi telur di situ. Korang boleh buat pilihan. Sumber / kredit : Resipi Ibu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi Hasrat Ibu Tercinta, Nabil Ahmad Ubah Rumah Pusaka Jadi Madrasah

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad baru-baru ini difahamkan sedang giat merealisasikan hasrat mulia untuk menjadikan rumah pusaka keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan sebagai sebuah madrasah.
Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad (42), projek pembinaan madrasah yang dibangunkan atas tanah seluas satu ekar setengah itu akan merangkumi penempatan bagi ustaz, para pelajar dan ruang untuk aktiviti pengajian agama.
Selain itu, kos pembangunan semula kediaman tersebut dianggarkan mencecah RM500,000 dan setakat ini Nabil membiayai sendiri projek tersebut namun beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai.

“Sekarang ini saya biayai sendiri tempat pembinaan itu tetapi InsyaAllah nanti saya akan buka kepada sesiapa yang ingin turut serta,” katanya.
“Apabila saya uar-uarkan saya mahu buka madrasah ramai yang mesej saya mahu turut serta,” kongsi Nabil.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa niat untuk membina madrasah itu lahir daripada hasrat ibunya, Rohaizah Abdul Latiff yang kini sudah lapan tahun menjalani rawatan dialisis.
“Ibu saya sering tanya mengenai madrasah. Dia juga risau sebab sudah tua jadi dia mahu buat bekalan untuk akhirat. Saya tengah cuba secepat mungkin untuk memulakan pembinaan madrasah ini,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, hos rancangan MeleTOP itu juga berusaha untuk mempercepat segala urusan supaya ibu kesayangannya dapat menyaksikan proses tersebut dengan mata sendiri.
“Impian saya kalau boleh mahu ibu lihat proses pembinaan sendiri. Jika umur dia panjang, saya nak dia tengok sampai madrasah itu didiami pelajar dan siap sepenuhnya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Nabil pernah menyuarakan niatnya untuk mengubah rumah peninggalan keluarganya menjadi pusat pengajian ilmu Islam. Beliau juga sempat berkongsi kenangan membesar di rumah tersebut bersama keluarga tersayang, menjadikan projek ini lebih bermakna buat dirinya.
Intihanya, projek dan niat murni ini bukan sahaja simbol kasih sayang Nabil terhadap ibunya, tetapi ia juga satu usaha berimpak tinggi dalam menyumbang kepada perkembangan ilmu agama dan kemudahan pembelajaran untuk masyarakat setempat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

